Bab 14

6.6K 330 1
                                    

Bila dengar bunyi pintu berbunyi, terpisat-pisat aku membuka mata. Kiri kanan aku menoleh. Seakan baru tersedar, mata terus terbuntang.

Aku dah atas sofa.

Aku cuba mencerna. Kali terakhir, aku rasa aku berada atas pangkuan Luthfan. Dan tak tahu pula tiba-tiba aku boleh...

Mata meluas lagi. Rasa nak tepuk dahi sendiri saja sekarang. Macam mana aku boleh tertidur pula?!

"Dah bangun?"

Suara garau yang cukup kukenali itu berjaya mematikan lamunanku. Cepat-cepat, kepala menoleh ke arahnya. Waktu ini, Luthfan baru saja duduk di atas kerusinya kembali.

"Macam mana saya boleh tidur?" Apa punya soalan yang kau tanya ni, Aileen?!

Luthfan yang baru mahu mengemas meja langsung terhenti kelakuannya. Mata pandang aku. Sebelah keningnya pula aku nampak naik sedikit.

"Pardon?"

Errrr...

Aku tak tahu nak jawab apa. Sebab sekarang, aku betul-betul rasa bodoh yang teramat. Mungkin juga, aku tak bodoh. Cuma sahaja baru bangun, otak rasa mamai semacam. Baru nak cerna alam sekeliling.

"Kau tanya aku macam mana kau boleh tidur?" Terselit nada tak percaya di sana.

Aku diam. Oh, itu ke soalan yang aku tanya tadi?

Wah, teruknya kau Aileen!

"Tak payah jawablah." Mudah jawapanku. Guna jalan selamat kalau tak nak Luthfan melenting lagi.

Tapi soalan lain pula yang tersembul dalam otak.

"Berapa lama saya tidur?" Ya lah, nak juga tahu. Entah kenapa, badan rasa segar semacam.

"Lima jam." Luthfan dengan nada biasa membalas. Dan aku yang mendengarnya langsung tergamam.

"What?!" Serius, aku tak percaya. Lamanya!

Aku menggosok-gosok mataku. Kemudian, kebil-kebil. Sekeliling bilik itu aku pandang. Mahu mencari jam.

Dan saat mata mula terpaku pada jam dinding, sekali lagi mata rasa mahu terjengil dari tempat asal.

Ok, straight five hours!

Sumpah, aku tak sedar. Aku tidur mati ke apa? Setahu aku, aku kalau terlelap macam tidur-tidur ayam ni memang mudah terjaga. Ini tidak. Lima jam pula tu!

Sekarang, jarum jam menunjukkan jam tiga petang. Patutlah aku rasa segar. Badan pun rasa lega. Mungkin kah sebab aku terlalu penat? Ya lah, semenjak dua menjak ni aku selalu kurang tidur. Pembetulan. Susah nak tidur. Ya!

Dan kini, aku masih terkaku. Duduk dengan kaki yang masih berlunjur di atas sofa. Hanya menunduk sambil sesekali menggerakkan kedua belah kaki. Sampailah, terjentik sesuatu pada otakku.

Baru sedar.

Macam mana aku boleh ada atas sofa ni?

Mengenangkan tanda tanya itu, laju saja kepala menoleh ke arah Luthfan. Dia masih sama. Sibuk dengan tugasannya. Sesekali mata pandang kertas atas meja kemudian beralih pula pada skrin laptop. Fokus betul. Tapi tetap kacak dan seksi di mataku.

Ah, Luthfan. Bila masa saja dia tak menggoda!

"Psstt..." Buat bunyi aje, tak payah sebut nama.

Aku nampak dahi Luthfan berkerut sedikit. Tangan yang sibuk menaip itu juga turut berhenti bergerak. Nampak macam konsentrasinya agak terganggu.

Dan puncanya adalah aku.

Bunyi bisikan tadi aku ulang. "Psstt..." Kali ini, lebih kuat dan berjaya menarik perhatian Luthfan.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now