Bab 24

7.5K 335 7
                                    

"Sweetheart..."

Sweetheart. Darling. Baby. My angel baby. Apa lagi dia nak tabak?

Haih...

Dia ni memang tak bagi aku peluang langsung ke nak berehat? Nak tenteramkan diri. Macam nyamuk betul! Haaa... sekarang, baru aku faham. Patutlah dulu Luthfan panggil aku nyamuk. Kuat mengacau tahap minta pelempang rupanya.

Orang nak duduk dengan tenang di atas rooftop ni pun tak harmoni. Nak makan maggi pun kena sorok-sorok.

Ya! Again...Maggi!

"Sweetheart, kenapa makan maggi lagi ni? Dah berapa kali abang cakap, jangan makan benda ni lagi. Boleh makan, tapi jangan lah selalu. Ini tak, setiap hari nak dilahapnya. Kembang badan tu baru tahu..."

Kurang asam!

Aku mengetap bibir tanda geram. Dia dah masuk isu sensitif ni. Memang pantang besar betul aku kalau ada orang cakap pasal berat badan.

Apa? Dia ingat aku ni yang jenis mudah kembang tahap nak meletup ke?

Aku work out setiap hari okey!

Mendengus dalam hati.

"Suka hati orang lah nak makan apapun. Kalau gemuk pun, dia peduli apa." omelku, perlahan. Malas nak layan perangai bapak-bapak hot dia tu.

Baru aku nak suap satu sudu mee ke dalam mulut sendiri, tiba-tiba sahaja cawan maggi aku dirampas sepantas kilat. Terlepas terus sudu dari pegangan.  Sedar-sedar saja sudah berada di tangan si dia.

Aku tersontak. Nasib tak tertumpah, kalau tak memang selamat lah kaki aku terkena kuah panas.

Kepala aku dongakkan, mahu melihat Luthfan. Serius, aku rasa tak puas hati. Rasa nak marah tahap nak tenyeh-tenyeh muka tampan dia tu aje.

Tapi ku tahan sahaja firasat hati ni sebab aku tahu...

Dia sengaja buat perangai annoying dia tu supaya aku buka mulut. Huh! Jangan harap!

Riak dingin aku lemparkan ke arahnya sebelum punggung diangkat untuk membuka langkah.

"Aileen nak pergi mana?"

Gerak langkahku automatik mati saat pergelangan tangan kiriku sudah selamat disambar Luthfan. Sakit? Tak langsung!

Au...auch!

Okey, mungkin sakit sikit.

"Oh, sorry." Luthfan terus melepaskan tangannya sebaik sahaja sedar mataku tak lepas dari pandang lengan sendiri. Lengan yang menjadi mangsa sambaran dia tu.

Lega...

"Lagi sekali abang tanya. Aileen nak pergi mana?" Luthfan ulang soalan yang sama. Kali ini, suaranya kedengaran begitu lembut di gegendang telinga.

Dan sekali lagi, aku buat-buat pekak dan buta dengan layanannya. Dingin.

"Aileen pun tak tahu nak pergi mana. Rasanya pergi mana-mana aje, asal Aileen tak bertembung dengan abang." Aku mengutarakan apa yang tertumpu di fikiran. Penuh dingin dan datar cara aku bercakap. Biar berbekas di hati dia tu.

Kejam?

Tak apa. Biar dia rasa apa yang aku rasa sebelum ni. Balasan kata orang. Nak kata hati aku dah mati atau tak cintakan dia?

Oh, sudah tentu tidak!

Aku cuma nak tolong buka mata dan otak dia yang sempit dulu tu. Biar lebih cerdik dan sedar akan kenyataan sebenar. Biar dia tahu apa erti penyesalan. Bila orang dah sayang, dia tak nak balas. Bila orang dah hilang rasa, baru nak terhegeh-hegeh.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now