Bab 31

5.7K 280 3
                                    

"Aileen, jom"

Sebaik sahaja aku putuskan talian dengan Luthfan, Leo langsung mendekatiku. Terus saja aku kalih memandangnya.

"Pergi mana?" soalku pelik. Tiba-tiba ber-jom, dia nak ajak pergi mana ni?

"Luthfan told us to send you back"

What?

Kejap-kejap. Otak aku blank. Sejak bila pula si Luthfan suruh Leo hantar aku balik? Kan dia tengah on-call dengan aku tadi.

"Bila dia suruh?"

"Tadi."

"Tadi?" Aku tayang muka blur. Dan Leo langsung mengangguk.

"Sebenarnya, Luthfan yang hantar kita orang ke sini. Dia suruh kami tengok-tengokkan keselamatan Aileen."

Wait what?

Bila dengar itu, aku terus terbungkam. Serius, kenapa aku baru tahu ni?

Eh, kejap. Maknanya, Leo dan Alan ni sejak tadi mengendap aku ke?

Kalau betul...weh!

"Sejak bila kau orang mengendap ni?" soalku dengan muka yang kian membahang.

"Sejak kau sampai mall ni lagi." Alan yang baru saja mendekat tiba-tiba bersuara. Sebelah tangannya masuk poket dan sebelah lagi pegang gelas minuman. Acah sempoi.

Dan aku apalagi langsung menjerit lah. Sumpah, aku rasa gelabah. Bukan apa, tapi...

"Kau nak tahu tak tadi. Aku nampak ada orang tu berjoget dalam kafe." Alan senyum mengusik.

Weh, sumpahlah. Malu gila!

Ini semua salah Lita!

"Sumpah, Aileen. Teruk gila kau menari. Macam..."

"Isy, diamlah!" Aku menempelak geram. Jelingan maut aku lemparkan kepada Alan. Teruk. Lepas ni, habislah aku kena bahan.

Alan dah mula bantai gelak. Teruknya! Leo di sebelah aku kerling pula. Santai saja reaksinya. Hanya tersenyum tipis sambil buat mulut 'tak payah layan' kepadaku.

Ah, waktu-waktu macam ni. Leo is the best!

*****

Mamat nama Alan ni memang bermasalah lah. Waktu orang nak on the way balik ni lah perut dia buat hal. Itu okey lagi. Setakat minta Leo singgah stesen minyak tu, apalah sangat kan. Tapi ini tidak. Sebelum dia turun, sempat pula dia bagi 'hadiah' istimewa dekat aku dengan Leo.

"Alannn!!! Pleaselah! Busuk lah gila!" Tak sampai sesaat, Alan terus berlari keluar meninggalkan aku dan Leo berdua dalam kereta. Terperangkap!

Wah, kurang ajarnya dia ni!

Sudahlah tak berterima kasih dengan Leo, boleh pula dia bagi surprise gift. Ugh!

"Tak guna Alan!"

Tiba-tiba, tingkap kereta Audi RS7 yang aku naiki kini terturun. Aku terus kerling Leo yang masih berada di tempat duduk pemandu. Dia aku nampak sedang tersenyum sambil menggeleng kepala.

"We need fresh air."

Haa, setuju sangat!

Aku mengangguk setuju sebelum kedua-dua kami bantai dengan gelak. Tak tahulah. Rasa lawak pula. Haha!

Okay, we're done.

Aku kembali pandang Leo yang berada di depan. Kala ini, aku nampak dia sedang bersandar dengan tangan yang disilangkan rapat ke dada. Kepalanya pula ditutupi dengan top hoodie berwarna hitam yang dia pakai sedari tadi. Maco juga ya?

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now