Bab 25

7K 310 3
                                    

"Are you understand now?"

Sebaik sahaja telinga ni ditadah untuk mendengar sedikit sebanyak taklimat ringkas daripada Luthfan, aku mengangguk. Sekarang ni, kaki aku memang dah tak boleh nak duduk diam. Rasa nak lari dapatkan pistol aje. Hehe...

"Take this first." Safety requipment seperti google dan alat khas penutup telinga Luthfan serahkan. Aku melihat ke arah itu sebelum tangan mengambil dan memakainya.

Perfect!

"Pistol mana?" Amboi, tak sabar bebeno! Haha!

Aku nampak dua sudut bibir Luthfan melebar. Senyum.

"Stay calm, sayang..." Dicuitnya hidungku manja sebelum dia berlalu entah ke mana.

Aku terdiam. Habis hilang segala fungsi badan aku. Kejung ditempat yang sama. Hanya pandang dia yang sedang memakai alat penutup telinga dan google keselamatan jauh nun di sana.

Ya Tuhan...

Dia tunjuk manis dan sekali lagi aku cair. Damn...

"Melati"

Tak semena-mena, mati terus lamunanku. Laju saja kepala menoleh ke arah suara tadi. Kejap kejap...

Melati? Siapa pula Melati ni?

Bila kepala sudah seratus lapan pula darjah berpusing ke kiri, aku nampak Alan yang sedang menapak ke arahku.

"Bapak ah kau, Melati. Apa kau bagi makan si Fan tu sampai gulanya tumpah selori eh?"

Wait...

Ada yang pelik. Kejap...

Eh! What?!

Did he just call me...

Melati?! Euww!

"Melati kepala hotak kau!" marahku. Suka hati mak bapak dia aje nak panggil aku Melati.

"Tak boleh eh? Sedap apa. Melati. Nampak klasik gitu..."

"Klasik? Euw! No! No! No!" Aku menggeleng tanda tak suka.

"Dah elok nama aku Aileen. Jangan mengada nak ubah, eh?" Aku bercekak sebelah pinggang. Rasa ringan aje tangan nak tarik telinga budak ni!

Budak? Tak. Dia lagi tua setahun dari aku.

Aku nampak Alan mencebik. Kecewa ke? Awww...meh sini aku pulas bibir tu. Mengada!

"Ya lah ya lah. Aileen pun Aileen lah. Nak buat macam mana, kan?"

Buat macam mana apanya? Dah nama aku Aileen! Eee dia ni lah...

"Apa-apapun, aku salute gila dengan kau. Macam mana kau boleh cairkan hati batu lagikan dingin bos aku tu? Dia tu...tak macam tu tau sebelum ni. Muka ketat, macam seluar dalam."

Amboi, sedap kau mengutuk laki aku!

Tapi memang betul pun...

Aku berdehem. Mata aku curi-curi pandang Luthfan sekejap. Masih bercakap dengan Leo. Apa dia orang cakap pun, aku tak tahu. Tak dengar. Dan kalau dengar pun, malas nak ambil tahu.

"Sejujurnya lah eh, sejujurnya..." Aku mengecilkan suaraku. Sajalah supaya Luthfan tak terdengar aku dan Alan membawang tentangnya.

"Apa?" Alan turun mengikuti rentakku, berbisik.

"Luthfan tu tak lah sweet sangat sebelum ni. Masa kahwin mula-mula pun, dinginnya mengalahkan ais di Antartika. Aku yang selalu nak ambil hati dia ni pun, dia buat-buat macam tiang. Dah lah annoying. Ugh!" Kenyataan!

Aku nampak Alan mengangguk dengan mulut yang membentuk 'ooo'. Faham.

"Habis tu, macam mana dia boleh men-changed?" soal Alan lagi ingin tahu. Lantak dia aje nak rojak bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

| C | Aileen X LuthfanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora