NAZ||NELLY - PROLOG❤️‍🔥

48.2K 899 39
                                    



BUNYIAN yang bising dihadapan biliknya telah mengganggu konsentrasinya yang sedang mengulang kaji pelajaran. Dia menutup kedua telinganya menggunakan tangan lembutnya.

Dia mendengus. "Huh! Bising betul la! Orang nak belajar pun tak senang!" Rungutnya.. dia menghentak kaki melangkah ke pintu bilik.

Dia menguak pintu biliknya lalu memincing mata ke pintu bilik dihadapan biliknya. Nelly mendengus. Dia mendekati pintu berwarna koko itu lalu mengetuk kuat.

TOK TOKKKK! TOK TOKK!

Bergema ruangan di tingkat dua itu kerana ketukan bertalu-talu.

"Abang Areeq!! Buka pintu ni!!" Nelly mengetuk kuat pintu bilik itu. "Abang! Buka lah! Kalau tak, adik sepak pintu abang ni! Nanti haa padan mu--"

Terhenti percakapannya apabila jejaka tersebut buka pintu secara mendadak. Kelihatan wajah jejaka itu sangat bengis.

Dia memeluk tubuh bogelnya. "Kau nak apa? Kalau satu hari tak kacau hidup aku tak boleh ke?!"

Membuntang mata Nelly mendengar itu. "Abang tu yang ganggu adik! Adik nak belajar tau? Tapi abang duk buka lagu kuat-kuat! Adik tak boleh fokus!"

"Tu masalah kau kan? Kenapa nak libatkan aku?" Terlopong Nelly apabila Nazreeq berkata begitu padanya dengan selamba.

"Eh budak terbuang, kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Selagi aku tak kacau kau, kau jangan sesekali datang dekat pada aku. Aku jijik!"

Dia terus menghempas kasar pintu biliknya. Mata Nelly terpejam. Diurut dadanya kejap. Fuhh nasib baik tak kena muka dia. Dia mengetap bibir. Sedih pun ya.

Tapi itulah kebenaran. Dia anak terbuang. Dibuang oleh ibubapa yg tidak tahu asal usul. Tuan Nazeem dan Puan Aydina sahaja yang sudi mengutipnya..

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now