NAZ||NELLY - BAB 17❤️‍🔥

24K 796 60
                                    



NAZREEQ dan Nelly keluar dari pejabat. Encik Nazeem dan Puan Aydina masih berbincang dengan Prof Fahri serta pihak atasan tentang hal ini.

Nazreeq memerhati muka sugul Nelly disampingnya. Dia menghela nafas perlahan.

Kemudian dia panggung kepala ke sekeliling. Dia berdecit perlahan melihat mata-mata yang memerhati Nelly seolah-olah sangat jijik pada dia.

"Kau apehal duk tengok orang macam nak tercabut biji mata?!" Terkejut Nelly akan jerkahan itu.

"Abang.." Nelly menegur.

Nazreeq mengerling sekilas wajah Nelly seterusnya mencerlung ke arah mata-mata lain.

"Takdelah, diorang tengok kau macam kau buat maksiat pula. Ape korang ingat korang suci sangat ke? Eh nak dibandingkan korang dengan Nelly, Nelly lagi suci la!"

Terkejut mereka untuk sekian kalinya apabila dijerkah sebegitu.

"Oh ya? Biasanya anak yang tak diketahui maklumat bapa ni anak luar nikah. Suci ke kalau anak luar nikah?" Khairina bertanya sambil berpeluk tubuh dihadapan Nelly.

Nazreeq mencerlung tajam wajah Khairina. Nazreeq senyum sinis.

"Eh ikan kering.." Pelajar disitu menahan ketawa mendengar panggilan itu. Melopong Khairina apabila dipanggil sebegitu rupa. Nelly mengemam bibir tahan ketawa.

"Kau tu suci sangat ke?" Khairina mencerlung. "Atleast i tak hipokrit macam Nelly yang acah-acah anak orang kaya. Jijik perangai kau Nelly!"

"Kau lagi jijik la setan. Kau ingat aku tak kenal kau? Semalam kau pergi mana berhampiran jalan tar hujung bandar?"

Terlopong mata Khairina.. Macam mana dia tahu Khairina pergi ke kelab semalam? Nelly mengerdipkan mata. Dia tak faham akan hal itu.

Nazreeq senyum sinis. Dia tahu kerana dia upah seseorang untuk memerhati Khairina. Kerana apa? Kerana Khairina cari pasal sangat dengan Nelly!

Nazreeq merapati Khairina. Khairina mula mengundur perlahan. "Listen whore, rahsia kau ada dalam tangan aku. Bayangkan kalau aku hantar semua gambar kau dengan dato-dato gila seks tu dalam group kelas kau. Kau rasa apa patut kau buat? Bunuh diri? Atau jadi gila? Pilih."

Bisik Nazreeq perlahan. Khairina meneguk liur kesat. Dia takut akan aib nya itu. Nazreeq senyum sinis dan kembali berdiri disamping Nelly.

Dia memerhati sekeliling. "Korang jangan nak acah suci sangat. Korang pun ada aib jugak. Bezanya Allah tutup aib korang. Dan kepada manusia yang suka membuka aib orang lain, aku doakan aib kau akan tersebar dalam masa terdekat." Ujar Nazreeq namun mata mencerlung pada Khairina.

Khairina meneguk liur kesat lalu tangan menyeka peluh didahi. Dia tahu ayat itu dituju kepadanya.

Nazreeq mendengus lalu menggengam tangan Nelly. Dia ingin melangkah keluar. Serabut! Macam mana Nelly bolej tahan dengan kehidupan toksik seperti ini?

"Suci konon. Kalau suci takde maknanya dia biarkan kau sentuh tangan dia seperti sekarang. Kau tu abang angkat dia je. Bukan mahram dengan adik angkat."

Nelly menunduk dan perlahan-lahan menarik tangannya dari genggaman Nazreeq selepas ditegur begitu oleh salah seorang pelajar lelaki disitu.

Namun Nazreeq menggenggam erat tangan Nelly. Tersentak Nelly dibuatnya. "Dia bukan adik aku." Nelly memejam mata erat. Tahu bahawa Nazreeq tidak pernah menganggapnya adik dari dulu sehingga sekarang.

"Dia juga bukan adik angkat aku. Aku tak pernah anggap dia sebagai adik angkat atau keluarga aku." Khairina senyum sinis melihat wajah Nelly yang mendung dan ingin mengalirkan air mata.

"Sebab dia bakal isteri aku." Nelly terus panggung kepalanya. Alangkah terkejutnya mukanya saat ini. Bakal Isteri? Aku.. salah dengar ke?

Sementara itu Shafiq dan Dee yang hanya memerhati dari tadi turut terkejut selepas mndengar pengumuman itu.

Para pelajar di situ terkedip-kedip. Jadi.. mereka bercinta? Soal mereka dalam hati..

Nelly masih terkejut. Badannya kaku mengeras. Abang Areeq nak kahwin dengan Nelly? Nelly mengemam bibir. Suka! Tapi dalam masa yang sama masih keliru.

Encik Nazeem dan Puan Aydina yang mendengarkan itu hanya senyum tipis. Dia tahu pasti Nazreeq memikirkan hal itu kebelakangan ini kerana Nazreeq begitu tertekan. Umpama ada satu tanggungjawab yang perlu dia lakukan.

Bagus Naz. Papa bangga.. Ujar Encik Nazeem dalam hati.

*:・゚*:・゚✧

"DAH. Kau masuk la dulu. Aku nak keluar jumpa Naqib dan Firash." Ujar Nazreeq yang sudah menghentikan kereta dihadapan rumah mereka.

Nelly berpeluk tubuh. Wajahnya cemberut sahaja. "Abang. Dari tadi adik tanya betul ke abang akan berkahwin dengan adik? Atau abang terpaksa cakap macam tu juga kali ni?"

Geram betul! Sepanjang perjalanan dia menanyakan hal itu terhadap Nazreeq namun Nazreeq langsung tidak endahkannya. Kali ini dia tekad. Kalau Nazreeq taknak jawab juga, dia tidak akan turun dari kereta.

Nazreeq mengusutkan rambut. "Dah kau dengar yang tu kan? Jadi yang tu la maksudnya." Nelly mengetap bibir.

"Eii abang! Jawab betul-betul boleh tak? Adik keliru tau dengan abang sekarang ni. Tak tau aama ada abang serius atau--"

"Sayang..." Gulp. Terhenti percakapan Nelly ketika ini apabila mendengar suara garau itu. Omo.. Abang Areeq panggil Nelly apa tadi? Please sebut balik. Nak rekod..

"A..apa abang panggil tadi?" Nelly terkedip-kedip.

Nazreeq berdehem. "Aku panggil kau ayam. Duk berkokok je dari tadi. Bingit telinga aku tau?" Nelly masih dengan wajah kelirunya.

Dia menggaru sedikit telinganya. Salah dengar ke?

Nazreeq gelak perlahan. "Betul la yang aku cakap dekat kolej kau tadi. Kalau aku dah buat pengumuman maknanya betul la tu. Takkan la aku nak bergurau lepas aku cakap macam tu di khalayak ramai kot.."

"Tapi bukan ke haritu abang suruh adik kahwin dengan Abang Rash?" Nazreeq menjeling tajam.

"Apahal? Kau nak kahwin dengan dia sangat ke?" Sedikit berbaur cemburu disitu..

Nelly sengih. "Kahwin dua-dua tak boleh?"

Nazreeq langsung menarik kuat hidung Nelly. "Abang!"

"Dasar miang. Kahwin satu cukup la. Ada satu je kan? Jadi pilih satu je la.." Meleret suaranya.

"Apa yang ada satu?" Tanya Nelly sambil mengusap hidung. Pedih siot!

Nazreeq senyum miang. "Tak payah tau. Kau tu bawah umur. Esok-esok kau dah masuk zaman dewasa kau tau la.." Dia tahu Nelly polos kerana itulah dia berani bicara seperti itu.

Kerana Nelly tidak berfikiran kotor seperti dia. Muahahaha.

Nelly menjungkit bahu. "Apa-apa je lah."

"Dah. Keluar la kau. 24 jam nak melekat dengan aku. Lepas kahwin nanti kau melekat la celah ketiak aku puas-puas."

Nelly membuat muka jijik. "Eii tak kuasa adik.."

"Eleh tak merasa lagi. Lepas rasa sekali konfirm nak lagi."

Nelly menutup kedua telinganya. "Nyenyenye tak dengar tak dengar." Langsung dia membuka pintu kereta dan keluar dari situ.

Nazreeq tergelak. Aduyai. Macam-macam budak tecik ni..

Nazreeq menarik handbrake dan terus keluar dari halaman rumahnya.

Nelly tersenyum manis. Dia menekup kedua pipinya dan badannya bergoyang kiri dan kanan.

"Yeayy kahwin dengan Abang Areeq! Yippie.."

TBC🤍
Amboi budak ni.. awak tu tecik lagi tau. Dah gatal ek..

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now