NAZ||NELLY - BAB 41❤️‍🔥

23K 691 16
                                    


"CANTIKNYAA awan ni abang.. Nampak cute je warna putih macam tu.." Gumam Nelly yang sedang melihat awan di luar tingkap. Dia dan Nazreeq berada didalam kapal terbang.

Nazreeq menjeling isterinya. Hampir luruh jantungnya apabila Nelly memberitahunya mereka akan pergi honeymoon dengan tajaan tokmanya.

Apabila sudah tahu sebabnya, bukan main Nazreeq memarahi Nelly malam itu. Bergaduh sakan mereka. Sehingga sekarang Nazreeq masih dingin dengannya. Mana taknya? Ada ke patut Nelly menceritakan hal dalam kelambu.

Nazreeq pun malu tau..

"Abang tengok lahh. Nelly tak mampak apa-apa dah kat bawah sana.." Ujar Nelly yang masih setia memandang ke arah luar.. Namun dahi Nelly berkerut apabila tiada jawapan dari Nazreeq.

Dia mengalihkan badan dan pandangan ke arah Nazreeq. Gulp. Dia menelan liur kesat kerana riak wajah Nazreeq begitu garang dan tegang..

Nazreeq menjelingnya. Nelly tersebik. Sudah 4 hari Nazreeq pulaukan dia. Dia buat tak endah sahaja dengan Nelly. Tapi malam pandai pula dia cari Nelly untuk memeluknya..

Nelly menguis paha Nazreeq. "Abang marah lagi?"

Nazreeq berdecit dan mengalih paha ke arah lain. Nelly menggigit bibir. Agak terasa juga sebab dah lama Nazreeq tidak mengelak darinya.

Namun kebelakangan ini Nazreeq dah brubah mnjadi abang angkatnya yang dahulu yang sering menjauhkan diri darinya.

"Nelly mintak maaf la abang.. Nelly tercakap dekat tokma.. Nelly tak berniat pun nak buka aib kita.." Nelly sebik. Hampir menangis dia apabila dipulau oleh Nazreeq.

Dia memerhati sahaja Nazreeq yang sudah memejamkan matanya.. Makin tersebik dia..

Mereka sudah tiba di bilik. Nelly hanya memerhati sahaja suaminya yang menanggalkan baju dan terus berbaring diatas katil. Kenapa Nelly rasa janggal sangat? Rasa seumpama Nazreeq membuat halnya sahaja.

Nelly senyum kelat. Dia memandang ke arah laut dihadapan hotel. "Abang.. kita mandi laut jom? Macam best je air laut tu.."

Krik krik.

"Abang dah tidur?"

Krik krik.

Nelly menunduk. Dia bermain jarinya. "Tak apa lah. Nelly mandi dulu tau.." Nelly mengerling sekilas suaminya yang sudah memejam mata. Air mata sudah menitis. Terasa hatinya apabila suami buat tak endah saja padanya.

Dia mengambil tuala dan baju salinan. Baru sahaja dia ingin menanggalkan bajunya, dia mengerling ke arah Nazreeq. Hmm abang tidur.. Baru je nak seksi depan dia..

Nelly membatalkan niatnya. Buang dalam bilik air je lah..

Nazreeq yang memejam mata tersenyum tipis. Dia sengaja membuat isterinya sedih dahulu kerana dia sudah ada kejutan untuk isterinya malam ini.

Nelly keluar dari bilik air. Berkerut dia apabila suaminya tiada dalam bilik. "Abang?" Nelly mencari di penjuru bilik namun Nazreeq tetap juga tidak kelihatan.

Dia memakai baju kemudian mengintai ke luar tingkap. Dia mengecilkan mata melihat ada dua orang ditepian laut. Terbeliak matanya apabila melihat suaminya dan seorang gadis? Gadis itu berpakaian bikini pula tu.

Nelly mengetap bibir dan terus menonong keluar dari bilik. Nak mengamuk!

Nelly melangkah menghampiri Nazreeq. Gadis itu melihat Nelly yang cemberut. "Aw this is your sister?"

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora