NAZ||NELLY - BAB 25❤️‍🔥

23.6K 685 12
                                    



NAZREEQ berdecit apabila melihat riak wajah kawannya yang seakan-akan mengejeknya.

"Woo wooo abang Naz kita. Akhirnya! Datang juga ke office ni. Berjanggut aku tunggu kau masuk kerja ke sini tau?" Nazreeq menjulingkan matanya.

"Diam lah kau Rash. Kau tengok muka aku ni macam ikhlas ke nak bekerja kat sini? Aku terpaksa tau!"

Firash terkekeh ketawa. Firash sudah lama bekerja di syarikat bapa Nazreeq. Walaupun dia agak liar namun dia tetap juga bekerja dengan tertib. Tak seperti Nazreeq dan Naqib. Naqib bekerja di syarikat bapanya sendiri. Namun acuh tak acuh sahaja dia tu. Kadang-kadang dalam sebulan MC 10 kali. Husnudzon mungkin nak rawat otak yang senget.

"Habis tu apahal kau muncul tiba-tiba ni?" Nazreeq menjeling tajam ke arah Firash yang mengemam bibir.

Nazreeq terus memukul kepala Firash. "Wei sakit la gila! Apahal kau pukul kepala aku? Senget la otak aku nanti.." Katanya sambil menggosok kepala.

"Dah ingat belum? Aku pukul sebab bimbang kau hilang ingatan. Kau dah lupa ke aku dah jatuh miskin? Nak jaga budak tak semenggah tu lagi.. Banyak tanggungjawab pula aku ni."

Firash gelak. "Elelele sayang jugak kau dekat si Nelly eh? Sebelum ni bukan main menyampah dengan dia.."

Nazreeq mendengus. Here we go again. Topik yang sama lagi.

"Aku takut dia arwah je kalau aku tak bekerja ni. Mana kami nak cekau makanan kalau aku tak kerja?"

"Elelele coverline." Nazreeq menolak Firash. "Dah ah kau menyemak je macam anjing kurap." Firash tersengih. Dia tidak pernah terasa dengan Nazreeq kerana sudah terbiasa.

Firash mengekori Nazreeq. "Eceee abe Naz kita blushing ke teww muka merah-merah."

Nazreeq berdehem. "Kat luar panas la gila. Cahaya matahari terik menyinari mata aku."

"Dan Nelly menyinari hati kau la kan?" Nazreeq terus mengheadlock kepala Firash.

"Wei wei bodo tercekik aku!" Firash memukul-mukul lengan Nazreeq yang berada di lehernya.

"Kau banyak mulut sekaran kan. Haa ambil kau! Geram aku."

"Sakit la Naz tak guna!"

Bergema ruangan pejabat dengar suara mereka.

*:・゚✧*:・゚✧

"KOMPANG dipaluu pengantin baru.." Nelly terus menekup mulut Dee.

"Ish kau ni Dee.. Malu la aku!" Dee tergelak. Dia terus duduk ditepi Nelly.

"Kenapa kau datang kolej hari ni? Tak honeymoon eaa?" Tanya Dee sambil menyenggol bahu Nelly. Nelly berdecit.

"Nak honeymoon macam mana kalau duit tak ada?" Dee ketawa terbahak-bahak. Nelly ada menghantar pesanan kepadanya semalam tentang hal itu. Menggelupur dia ketawa.

"Bagus apa papa kau buat macam tu. Biar rasa si Naz tu. Siapa suruh sebelum ni malas sangat. Duk terkinja-kinja macam beruk dek-- Aduh Nelly sakit la perut aku kau cubit!"

Nelly menjeling. "Kutuk sangat laki aku. Haa padah." Dee mencebik. "Ceh sayang sangat laki dia."

"Of course." Dee menjulingkan matanya lalu matanya tertancap ke arah seorang gadis yang bru memasuki kelas. Dee menyenggol bahu Nelly.

"Weh tu bukan ke sepupu laki kau?" Nelly panggung kepala dan mengangguk. "Hmm dia lah."

"Kau nak tau tak aku nampak dia dan Khairina keluar bersama dari kelab semalam?" Nelly mengerut dahi. "Tak kan lahh. Kalau Khairina keluar kelab aku percaya. Tapi kalau Alisya keluar.. tak kot. Hmm tak tak."

Dee menjulingkan matanya. "Habis tu kau nak cakap aku ni salah orang la ni? Eh mata aku 100% perfect tau. Sumpah la weh. Masa aku duduk di kaunter kedai ayah aku, aku nampak diorang keluar bersama.."

Nelly berkerut. "Diorang rapat ke?" Dee mengangguk. "Nampaknya macam tu lah."

"Mungkin nak bincang pasal presentation kot."

Dee mendengus. "Kau ni lepas kahwin dah jadi makin bodoh ke? Siapa je yang berbincang di tempat yang bingit macam tu?" Nelly mengeluh. Kena beritahu abang ke tak pasal ni?

*:・゚✧*:・゚✧

"BELI sikit je. Kalau tak cukup duit aku jual je kau kat pasaraya ni."

Nazreeq dan Nelly berada di sebuah pasaraya. Nak beli barang basah katanya. Semalam pun makan maggie je. Tu pun berebut sakan.

"Alaa beli kerepek pun tak boleh?" Nazreeq menggeleng.

"No. Kerepek rm3.50. Mahal. Rm3.50 tu kau boleh beli nestum. Nestum lebih mengenyangkan berbanding kerepek." Nelly ternganga. Lahh macam tu pulak?

Nelly memuncung. "Kalau nak beli yogurt?"

"Keperluan ke?" Nelly berdecit. Benci lah dia ni.

"Kalau Nelly nak ambil nugget boleh? Nak makan untuk malam."

"Kau masak makanan berat waktu tengahari. Malam kau panaskan balik lauk tu. Settle." Nelly mendengus.

"Kedekutnya abang." Nazreeq berhenti dari berjalan. Dia memusingkan badan menghala ke arah Nelly.

Dia menyilang tangan didada. "Bukan kedekut. Tapi berjimat. Kau kena ingat sekarang kita bukan dibawah tanggungjawab mama dan papa. Sekarang ni kau adalah tanggungjawab aku. Jadi aku yang kena tanggung segala keperluan kau. Faham tak lagi cik isteri?"

Nelly mengangguk malas "Yelaaaa faham encik suami.." Nazreeq gelak perlahan. Dia mengusap kejap rambut Nelly.

"Kau jangan salahkan aku dalam hal ni. Kau kena ingat disebabkan kau la aku jatuh miskin tau?" Nazreeq menjeling dan meneruskan perjalanannya. Dia menolak troli ke arah sayur.

Nelly terkedek-kedek mengikutnya. "Alaa macam tu pun nak mengungkit. Mana la Nelly tahu papa nak buat macam tu. Sorry la abanggg." Nelly memeluk kemas lengan kanan suaminya.

Nazreeq menepis. "Eh apa sentuh-sentuh ni? Tak malu ke?" Nelly mencebik.

"Bukan haram pun." Nazreeq mendengus.

"Memang la tak haram tapi aku mudah rimas."

Wajah Nelly mendung. Terkedip-kedip matanya memandang Nazreeq yang membelakanginya.

"Abang rimas dengan Nelly ke?" Nazreeq meletakkan semula lobak yang dipegangnya tadi.

"Ha'ah rimas." Nelly menggigit bibir. Walaupun ringkas sahaja jawapannya namun ia mampu merobek hati Nelly.

Salah ke jika dia ingin bermanja dengan suami sendiri? Silap dia ke jika dia ingin bersentuh kulit dengan suaminya?

"Aku rasa dah cukup. Jom bayar." Nazreeq terus meninggalkan Nelly sendirian. Nelly mengemam bibir menahan airmata. Dia mendongak sekejap dan menarik nafas perlahan..

"Tak apa.. Dah biasa." Gumamnya perlahan.

TBC🤍
Nelly come hug me😭😭

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt