NAZ||NELLY - BAB 6❤️‍🔥

22.9K 773 33
                                    


HUJUNG minggu menjelma. Kelihatan Nazreeq sedang bersenang lenang diatas sofa diruang tamu menonton TV. Ceit dia tu. Asyik bersenang lenang je tak kira masa.

Nelly mengemam bibir. Dia sedang berdiri tegak di tangga. Masih berfikir sama ada nak minta tolong abangnya atau tidak.. Tapi kalau tak minta pada dia, nak minta pada siapa? Kerana papa dan mamanya tiada dirumah sekarang.

Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Redah je lah. Kena marah pun hadap je lah. Macam la tak biasa kena marah..

"Ab--"

"Berdiri jauh dari aku. Nak bercakap tu boleh tapi duk jauh. Shuh shuh." Ujar Nazreeq tanpa memandang Nelly. Bukannya dia tidak nampak Nelly yang berdiri tegak dihujung tangga dari tadi. Dia sudah nampak melalui hujung mata.

Terkejut juga tadi. Fikirnya hantu kerana berdiri tegak semacam je.

"Ok ok adik berdiri jauh dari abang.." Nazreeq mengangguk. "Good girl."

Nelly tersenyum. Lelaki itu amat susah memujinya. Boleh dikira hanya sekali dalam dua bulan. Itu pun tak berapa ikhlas.

"Adik nak minta tolong abang boleh?" Nazreeq berdecit. Ini yang dia malas ni..

"Harini hujung minggu. Aku nak cuti. Kau jangan nak semakkan kepala aku dengan permintaan kau." Nelly cemberut.

"Bukan ke hari-hari hujung minggu bagi abang? Abang bukannya bekerja pun.."

Mencerlung Nazreeq memandang wajah Nelly. Nelly menggigit bibir apabila melihat Nazreeq berdiri dan melangkah ke arahnya bersama remote tv di tangan.

Nazreeq senyum senget. Dia berdiri betul-betul dihadapan Nelly. "Pandai eh kau sekarang perli aku.. Eh kau nak tahu satu benda tak?" Nelly panggung kepala. Mata bulatnya terkedip-kedip dihadapan Nazreeq.

Nazreeq meneguk liur melihat mata bundar itu. Comel juga budak kecik ni.. "Apa dia abang?" Suara lembut itu menyentakkan dirinya daripada lamunan.

Nazreeq kembali senyum miang. "Kau nak tahu tak semalam kau seksi sangat? Terjentik nafsu jantan aku tau. Kau sengaja nak provoke aku ke apa?" Nelly mengerdip mata lambat.

"Bila masa adik seksi depan ab--" Terhenti percakapannya apabila teringatkan hal semalam sewaktu Nazreeq meminta tolongnya memasak maggie.

"Abang! Eiiii pervertnya!" Nazreeq gelak kuat. Suka dia melihat wajah itu kemerahan menahan malu dan marah.

Nazreeq makin mendekatkan badannya ke badan Nellysa. "Kau tahu tak.. sekarang tinggal kita berdua je dekat rumah ni.. So.. nak proceed tak apa yang terbengkalai semalam hm?" Dia menyisir rambut Nelly menggunakan jemari kanannya.

Nelly meneguk liur kesat. Semerbak bau minyak wangi Nazreeq menusuk rongga hidungnya. Dia menolak dada Nazreeq menggunakan jari telunjuknya.

"A-apa abang mere-pek ni.." Tergagap dia ketika ini. Nazreeq mengundur dan ketawa terbahak-bahak. Sangat kelakar wajah adik angkatnya sekarang. Dia menyentuh perutnya menahan senak.

"Haa tau pun takut. Cari pasal lagi dengan aku.." Nelly menjeling. "Ish abang ni! Buat adik takut je lan." Nazreeq sengih dan memukul sedikit kepala adiknya menggunakan remote dan terus berlalu ke sofa.

"Ish abang. Sakitlah kepala adik.." Nelly menggosok perlahan kepalanya. Nazreeq yang sedang baring diatas sofa mengerling sekilas.

"Manja. Aku pukul tak berbunyi pun kau dah cakap sakit." Nelly mencebik.

"Takpe lah. Tak jadilah nak minta tolong abang. Adik minta tolong Shafiq je datang ambil adik.." Nelly terus menyeluk tangan kedalam begnya untuk mengambil telefon.

Nazreeq tercengang. Shafiq? Jantan? Dia terus berdiri dan melangkah ke arah Nelly. Dia merampas kasar telefon Nelly.

"Abang!" Terkejut dia tiba-tiba sahaja abang angkatnya muncul didepannya.

"Aku hantar. Kau jangan nak gatal sangat minta tolong lelaki lain ambil atau hantar kau kemana kau nak. Jangan nak undang fitnah dalam keluarga aku." Nazreeq menjeling dan mengambil kunci keretanya. "Dah jom!"

Nelly mencebik. Eleh. Tadi malas sangat nak hantar orang.. "Ehh abang! Habis tu TV ni siapa nak tutup?!"

"Tangan kau ada kan! Tutupkanlah untuk aku! Asyik nak berkira je dengan aku." Nelly menggeleng dalam senyuman. Abangnya itu kadang-kadang baik. Kadang-kadang setan. Tapi lebih kepada setan la..

*:・゚✧*:・゚✧

KERETA milik Nazreeq berhenti dihadapan salah satu taman mini. Nazreeq memuncungkan bibirnya sebentar melihat kawasan ini. Dia mengangguk. Bagus. Tempat terbuka dan ada ramai orang. Jadi, takde lah dia risau sangat akan keselamatan Nellysa.

Ehh? Bukan bukan.. Dia cuma risau papanya marah kalau Nelly terluka atau ada apa-apa masalah disebabkan dia. Haaa sebab tu lah. Tak lebih.

"Kau datang sini bukan sebab nak berdating kan?" Terhenti seketika Nelly yang sedang membuka tali pinggang. Dia menggeleng laju.

"Takk. Adik tak dating la. Adik nak bincang tentang presentation dengan Shafiq dan Dee. Kami bertiga." Nazreeq mengangguk. Lega. Tapi ada lelaki? Ini tak boleh jadi...

*:・゚✧*:・゚✧

SUNYI sahaja keadaan di meja yang berada di taman itu. Jeda. Agak canggung..

Dee dan Shafiq senyum buat-buat. Manakala Nelly pula tersengih namun sengihan yang agak janggal.

"Apahal kau tengok aku macam tu? Buat la kerja kau. Korek biji mata kang tak pasal jadi cacat." Ujar Nazreeq yang memandang tajam ke arah Shafiq.

Ya. Sebab orang tua ni ada lah keadaan jadi janggal tu! Benci! Sibuk nak ikut orang!

Nelly menepuk perlahan paha Nazreeq. "Abang! Tak baik la cakap macam tu dekat Shafiq." Bisiknya. Nazreeq menjungkit bahu. "Suka hati la mulut aku."

Nelly senyum janggal terhadap Shafiq. "Err sorry Shafiq. Abang aku memang macam ni.."

Nazreeq sembunyi senyum mendengar cara panggilan Nelly terhadap Shafiq. Nasib baik bukan 'awak,saya'.

Kalau tak aku sepak dua-dua ke pluto. Menggeletis sangat apahal.

Shafiq senyum sahaja. "Takpa. Memang macam tu cara lelaki bercakap dengan lelaki. Tak kasar pun bagi aku. Kan bang?" Nazreeq mencerlung tajam.

"Kau siapa nak panggil aku abang? Mak aku tak beranakkan kau pun." Nelly rasa macam nak tersedak air liur sekarang.

Kenapa la abang dia ni kasar sangat? Shafiq senyum sahaja sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa abang Nelly ni rawr sangat? Tak macam Nellysa pun perangai.

Dee hanya menggeleng. Dah tahu sangat perangai abang angkat Nellysa macam mana. Aci redah sahaja percakapannya. Bukannya fikirkan perasaan orang pun.

Nazreeq hanya selamba. Sempat pula dia bersandar di kerusi itu. Tangan kanannya elok sahaja bersandar di belakang kerusi yang diduduki Nellysa.

Nanti Nellysa jatuh dari kerusi macam mana?! Tak boleh!

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now