NAZ||NELLY - BAB 29❤️‍🔥

22.2K 728 42
                                    



TOKMA merenung tajam 'cucu menantunya' yang tersengih tidak bersalah dihadapannya ketika ini.

"Dah jadi bini orang pun tak reti masak ke?" Nelly meneguk liur kesat. Hari ini hari minggu jadi Nelly meminta Nazreeq untuk pergi ke rumah ibubapa mereka kerana Nelly ingin belajar memasak dengan Puan Aydina.

Namun Nelly bernasib malang kerana tokma juga berada disini. Dan menurut Puan Aydina, tokma akan menetap disini untuk masa yang lama kerana rumah tokma di kampung sedang diubah suai.

Andweeeeeeee. Nak belajar memasak pun tak tenanggg.. Oh nooooooo.
Rintih hati Nelly.

Tokma meletakkan pisau secara kasar diatas papan memotong. Terkejut Nelly dibuatnya. Nelly sedang berdiri tegak dengan kedua tangannya dibelakang badan. Dah seperti tentera pula.

"Potong lobak tu. Aku nak tengok"

Nelly tersengih. Dia bermain jarinya. Tokma hanya menjeling tajam.

"Tokma ajarkan boleh.. Nelly tak pandai.."

"Haa inilah anak muda zaman sekarang! Itu tak pandai ini tak pandai! Habis kau pandai apa? Beromen?!"

Gulp. Tachod. Makkk tolonggg.

Nazreeq yang berada diruang tamu tergelak perlahan. Tokma pun.. Disebutnya perkataan yang mereka tak pernah buat..

"Tak apa ke Nelly tu menghadap tokma kamu tu Naz?"

Nazreeq panggung kepala ke arah papanya. Dia menggeleng perlahan. "Biarlah. Biar dia belajar dengan tokma. Kalau belajar dengan tokma dia tak boleh bermanja. Biar dia cepat pandai.."

Encik Nazeem gelak perlahan. "Bagus.. Anak papa dah matang dan boleh berfikir dengan betul kali ni.." Ujar Encik Nazeem dan menepuk perlahan paha Nazreeq.

Nazreeq senyum dan kembali memandang isterinya yang tersebik apabila dimarahi tokmanya.

"NI DAH KENAPA YANG TU BESAR YANG TU KECIL? POTONG BALIK!!"

"Huwaa taknak la tokmaa nantu kena jari Nelly!! Saaakitttttt."

Nazreeq menggeleng. Nelly tu aci redah sahaja. Tokma garang namun Nelly hanya buat tak tahu sahaja hal itu. Nelly memang cepat rapat dengan orang. Dan kemungkinan dia juga akan cepat rapat dengan tokma kelak.

Tokma tak jahat. Cuma tokma inginkan yang terbaik untuk cucunya. Tapi ada lah juga ketegasan dalam dirinya kerana dia tidak mahu anak dan cucunya pijak kepala.

Siapa yang kecam tokma haritu tu? Haa ayok tak tayokkk.

*:・゚*:・゚✧

"ABANGG tengok jari Nelly.." Adu Nelly terhadap Nazreeq. Jari telunjuk ditunjukkan dihadapan wajah Nazreeq. Sekali pakej muka tersebik pula tu.

Nazreeq hanya memandang kosong jari Nelly yang terdapat sedikit hirisan pisau.

"Sikit je pun. Mengada." Nelly berdecit. "Yang sikit ni la sakit tau?" Nazreeq hanya buat tak endah.

"Eeii abang ni.. Tiupkan lahhh. Orang tengah sakit ni.." Nazreeq berdecit. Dia mengambil jari Nelly dan terus memasukkan jari itu kedalam mulutnya.

Terbeliak mata Nelly apabila merasakan sesuatu yang hangat di jarinya. "Dah." Nazreeq mengeluarkan jari Nelly dari mulutnya.

"Abanggggg basah la jari Nelly. Tengok ni! Penuh air liur abang kat jari Nelly." Nazreeq menjungkit bahu.

"Tadi nak sangat aku rawat kan? Ambil la. Orang bagi taknak bersyukur pulak.."

"Orang suruh tiup je la." Kata Nelly lalu mengesat jarinya di baju. Tak senonoh betul suami dia ni. Nazreeq hanya gelak perlahan.

"Nahh masakan Nelly tadi." Puan Aydina meletakkan lauk tomyam diatas meja. Manakala Encik Nazeem serta tokma juga melabuhkan punggung dikerusi makan.

Nelly menunduk. Malu! Kalau tak sedap macam mana?

Namun sedikit kurang gusar dalam dirinya apabila ada tangan kasar yang mengelus lembut tangannya. Dia panggung kepala ke arah Nazreeq. Nazreeq senyum tipis.

"It's okay. You do the good job." Kata Nazreeq tanpa suara. Nelly tersenyum. Dia faham pergerakan bibir Nazreeq. Dia membalas pegangan Nazreeq dibawah meja.

"Ehem. Makanlah. Nak bercinta naik bilik." Ujar tokma sambil meletakkan lauk ke pinggannya.

Nelly tersengih tak bersalah.

"Letak nasi dan lauk untuk suami. Takkan aku nak ajar jugak?" Gulp. Tokma yang rawr sudah datang.

Encik Nazeem dan Puan Aydina tersenyum nipis melihat Nelly yang memuncung. Nazreeq hanya merenung sahaja wajah isterinya. Muncung-muncung tu nk suruh aku cium ke?

Nelly bangun dari duduk dan meletakan nasi dan kuah ke pinggan Nazreeq.

"Abang nak ayam tak? Takyah la eh. Abang makan halia je. Abang cakap haritu abang susah nak kentut kan? Jadi kena makan halia banyak-banyak.."

Tercetus tawa Encik Nazeem dan Puan Aydina. Manakala Tokma menggeleng kepala. Terbit sedikit senyumannya melihat Nelly yang menceriakan suasana.

Nazreeq menjeling. "Eleh dia ni. Dia tu yang susah kentut kita pula yang dipersalahkan.." Nelly terkekeh ketawa.

Betul la tu. Dia sakit perut tapi tak boleh kentut. Nazreeq lah yang jadi mangsa mengurut perutnya. Bukan main kentut bertalu-talu selepas Nazreeq mengurut.

"Eii tak baik buka aib Nelly.."

"Nelly yang mulakan dulu tadi kan?" Depan tokma haruslah tukar panggilan muahahhah.

"Abang yang start dulu lah."

"Nelly."

"Abang."

"Nelly."

"Abang lah."

"Ish suka hatilah!" Tercetus ketawa mereka yang berada di meja makan melihat pertengkaran mulut itu.

Tokma tersenyum lebar melihat kegembiraan keluarga ini. Nelly terus tersenyum ke arah tokma yang sedang menahan gelak.

Namun Nelly meneguk liur kesat apabila tokma menjelingnya. Alamak. Tokma ni saja je kan buat Nelly terketar lutut..

"Sedap tak abang?" Nazreeq mengangguk tidak berperasaan.

"Boleh la. Sedap la juga daripada pasir." Nelly menepuk perlahan paha Nazreeq.

Puan Aydina dan Encik Nazeem tersenyum melihat adegan itu. Alhamdulillah Nazreeq sudah berubah sedikit daripada aenelum ni. Dia lebih matang dan boleh berfikir dengan baik..

"Tokmaa.. Sedap tak Nelly masak?"

"Hmm sedap la jugak. Rasa tomyam."

Nelly memuncung. Dua-dua perangai sama! Dah nampak kan Nazreeq ni keturunan siapa?

Makminah yang membersihkan dapur senyum tipis melihat meja makan itu riuh rendah dengan suara Nelly. Mereka bergelak ketawa seumpama dunia ini hanya mereka yang punya. Keluarga itu nampak bahagia dan harmoni..

TBC🤍
Tokma.. saya minta maaf sbb memaki haritu. Janji akan buat lagi kalau tokma jahat lagi hakhak🙈

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now