NAZ||NELLY - BAB 28❤️‍🔥

23.6K 704 7
                                    



"HELLO Assalamualaikum ibu mertuaku.." Meleret sahaja suara Nelly ketika menelefon ibunya ketika ini.

Puan Aydina gelak perlahan . 'Waalaikumsalam menantuku...' Jawab Puan Aydina dengan tone yang sama.

Nelly terkekeh ketawa.

'Haa baru pandai call mama ye? Amboi dia ni dah berhari-hari kahwin baru call mama ek..'

"Hehe ala mama ni. Kami tengah honeymoon sekarang ni. Jangan la kacau.."

Puan Aydina gelak perlahan. 'Wow honeymoon.. Jadi dah pernah bercantum la ni kan?'

"Haa mama taknak la cakap pasal hal tuuuu." Geram. Mak dengan anak sama je. Suka sangat bercakap ke arah tuuuu.

'Hahahha okey okey. Ni ada apa call mama ni? Naz buat hal lagi ke?'

Nelly menggeleng. Eh lupa, mama tak nampak.

"Tak. Nelly cuma nak tanya abang suka makan apa ek? Nelly ingat mak masak pagi ni senab kelas Nelly petang. So, alang-alang tu nak hantar lauk la kat tempat kerja abang.."

'Bagus.. Jaga pemakanan suami. Mama suka.'
Nelly tersengih malu.

'Naz suka makan nasi ayam merah lauk tomato.. Nelly try la buat. Nak mama ajarkan tak?'

"Takpe.. Nelly google je nanti."

'Haa yelah. Kalau macam tu Nelly mula sekarang la. Nanti lewat pula nak hantar pada Naz.'

"Baik mama Assalamualaikum.."

Nelly meletakkan telefon ke atas meja makan. Dia menarik nafas dan hembus. "Jom start berperang kat dapur demi abang Areeq! Let's go babeh!"

*:・゚✧*:・゚✧

NELLY sudah berada dihadapan pejabat. Dia mendongak melihat bangunan yang gah. "Tingginya.. First time datang pejabat papa.." Nelly terus mengorak langkah masuk ke dalam pejabat.

Firshad berpeluk tubuh melihat adegan yang agak menyakitkan hati dihadapannya.

"Jom la abang Naz kita makan tengahari sama-sama. Lisya tak ada kelas tengahari ni.. Sempat la kita makan-makan.."

Nazreeq berdecit. Rimas! Dari tadi lagi perempuan ni ganggu dia. "Kau pergi la makan dulu Lisya. Aku banyak kerja nak buat. Aku makan nanti-nanti je.."

Alisya mencemberutkan mukanya. "Ajak makan pun susah abang ni." Firshad hanya memerhati dari jauh. Dia meneliti pakaian Alisya yang tertutup dari atas ke bawah. Dia berdecit.

"Bukan main pakaian elok kat sini. Tapi pergi kelab semua terdedah. Liar juga kau ni Lisya.." Gumamnya perlahan.

Nazreeq menggeleng. Yang sebenarnya dia bukannya ada kerja sangat pun cuma dia rimas kalau orang asak dia. Dia tak suka dipaksa.

Nelly yang melihat adegan itu dari jauh mengepal tangannya. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Dia menayangkan senyuman manis dan melangkah menghampiri suaminya.

"Abang!" Nazreeq, Firshad dan Alisya terus panggung kepala ke arah itu. Alisya mendengus perlahan. Manakala Firshad tersenyum lebar pada Nelly yang berlari-lari anak menghampiri mereka.

Nazreeq menjungkit kening. Buat apa dia ke sini?

Nelly memeluk erat lengan Nazreeq dan ia membuatkan Alisya mengundur ke belakang. Firshad gelak perlahan. Padan muka.

"Abang abang, jom teman Nelly makan nak? Nelly dah masakkan lauk untuk abang.." Nelly mengangkat mangkuk bertingkat ke arah Nazreeq.

"Sedap ke? Ka--" Nelly terus mencubit lengan Nazreeq. Dia menarik kepala Nazreeq ke arahnya.

"Ada Alisya kat sini. Bahasakan diri abang pleasee. Nanti Alisya dengar abang cakap kasar, dia mengadu dekat tokma pula.." Bisiknya. Alasan. Padahal dia ingin memanaskan hati Alisya.

Nazreeq mengangguk dan kembali berdiri tegak.

"Baby abang buat apa dekat sini?" Terbeliak mata Nelly mendengarkan itu. Firshad menunduk menahan senyumannya. Dia tahu Nazreeq berpura-pura kerana nada suara lelaki hanya mendatar sahaja.

Alisya mendengus. Cemburu!

Nelly tersengih gedik. "Hehee jom makan dengan Nelly. Baby abang dah masakkan makanan kegemaran abang.." Nazreeq mengangguk.

"Jom la makan dalam bilik ak-abang." Terasa geli pula tekaknya duk sebut abang..

"Yeayy jom jom." Nelly menarik tangan Nazreeq dan masuk ke dalam pejabat. Dia mengerling sekilas ke arah Firash.

"Abang Rash jom la makan sama.. Lisya nak makan pun mari la."

Firash hanya mengangguk sementara itu Alisya hanya mengekori langkah mereka. Nak tengok sejauh mana kebahagiaan mereka.

*:・゚*:・゚✧

"MASIN." Komen Nazreeq. Nelly menjeling Nazreeq. Tegur perlahan-lahan dah la.. Malu la..

Alisya ketawa. "Ni lauk kegemaran abang Naz tau tapi kau rosakkan pula. Abang Naz, kalau abang Naz nak, Lisya boleh masakkan. Lisya pandai masak lauk abang Naz.."

Nelly mencebik. Duk berabang-abang pula..

"Hmm kau masakkan lah nanti." Ujar Nazreeq lalu mengelap bibirnya. Nak cari air mineral! Masin lidah ni..

"Abang nak ke mana?" Nazreeq memandang Nelly.

"Cari air mineral. Pedih tekak." Nelly hanya cemberut. Firash menggeleng. "Meh la abang Rash habiskan. Kesian pula Nelly bertungkus lumus masakkan."

Nelly memandang kembali ke arah Firash. "Abang boleh makan ke? Masin tu.. Takyah lah eh. Nanti masuk hospital pula." Firash ketawa.

"Tak ada lah. Sikit je masin. Bagus juga masin boleh menaikkan darah abang. Abang ni keturunan darah rendah. Nak tinggikan sikit darah ni haa." Nelly terkekeh ketawa.

"Okey okey Nelly teman abang makan." Nazreeq mengetap bibir. Rasa berdarah pula telinga apabila Nelly asyik panggil Firash abang.. Rasa panas je hati ni.

Nazreeq terus menarik lengan Nelly.Terbangun mendadak Nelly dibuatnya.

"Jom teman abang beli air." Nazreeq terus menarik Nelly mengikutnya. Terkocoh-kocoh Nelly mengikut langkah panjang Nazreeq.

Alisya mendengus. "Kau tak perlu la masuk campur hal suami isteri tu. Kalau boleh elakkan diri kau dari mereka, Lisya."

Dahi Alisya berkerut. Dia memandang Firash yang sedang menikmati masakan Nelly.

"Apa maksud abang Rash?"

Firash senyum sinis. "Kau tak perlu susah-susah nak ambil hati Naz. Sebab Naz memang dah cinta mati pada Nelly. Dari dulu sehingga sekarang dia sayang Nelly lebih daripada seorang adik. Kau? Boleh berambus."

Alisya mengetap bibir. "Apa masalah abang Rash ni? Lisya tak cari pasal pun dengan abang kan? Apatah lagi pada diorang. Lisya tak cari pasal pun.."

Firash mengelap bibirnya. "Aku perhatikan kau Lisya. Kau jangan nak buat rancangan semberono pada mereka kerana aku yang akan protect hubungan mereka. Kau dengan perempuan sekor tu boleh pergi mampus!"

Firash melempar kasar tisu ke muka Alisya lalu keluar daripada pejabat Nazreeq. Dia sudah tahu segalanya setelah dia mengekori mereka semula keesokan harinya. Dia mendengar sedikit perbicaraan Khairina dan Alisya. Sungguh membara hatinya sekarang

Alisya terlopong. Dia mengambil kasar tisu dimuka dia.

"Apahal semua sibuk nak pertahankan anak terbuang tu? Tapi perempuan mana pula yang Firash sebut tadi?"

Alisya masih terfikirkan kata-kata Firash. Pening! Tiba-tiba sahaja Firash memarahinya. Dah kenapa?

TBC🤍
Abe Firash howttt.

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now