NAZ||NELLY - BAB 26❤️‍🔥

22.3K 743 24
                                    



NAZREEQ menghulurkan tangan ke arah Nelly. Nelly menyambutnya dan cium sekilas tangan kekar itu. Mereka baru selesai solat isyak berjemaah. Bergaduh sakan Nelly menyuruhnya mengimamkan.

Tadi sudah dipaksa solat berjemaah waktu maghrib tapi si Naz tu boleh pula tidur. Akhir kali Nelly hanya solat sendiri untuk maghrib. Untuk isyak Nazreeq terpaksa bangun apabila si Nelly ni melompat kuat atas katil.

Nak taknak kena bangun la. Kalau tidak runtuh katilnya nanti.

Baru sahaja Nazreeq ingin mencium dahi Nelly, Nelly sudah bangun dari duduknya. Tercengang sekejap Nazreeq. Kerana sewaktu solat subuh tadi Nelly sendiri yang menarik kepalanya agar mencium dahi Nelly. Sekarang Nelly pula yang larikan diri dahulu.

Nazreeq menjungkit bahu lalu melipat sejadahnya. Dia mengerling Nelly yang mengikat rambut di hadapan meja solek. Dia hanya merenung sahaja langkah Nelly.

Seksi juga badan Nelly ni.. Gumamnya dalam hati.

"Nelly nak tengok movie jap." Terhenti lamunannya apabila suara Nelly menerpa telinganya. Belum sempat dia ingin bertanya, Nelly sudah melangkah keluar dari bilik.

Nazreeq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kembali ke katil. Dia membuka whatsapp. Ceh banyak pula si Naqib ni mesej.

Beberapa minit kemudian nama Naqib terpapar di skrin telefonnya.

"Hello. Kau nk apa?"

'Wuu garang. Lepak tak malam ni?'

Nazreeq melihat jam sekilas. "Hmm boleh gak. Aku pun ingat nak lepak malam ni. Firash ada sekali tak?"

'Ada la boss. Mana cukup kalau berdua je. Jom la wehh. Ada jenama arak baru.'

Nazreeq terus bangun dan melangkah ke almari. Dia mengambil baju casual nya. "Hmm 5 minutes aku sampai. Tapi kau belanja aku malam ni. Noted that."

'Ciss pokai punya orang'

Nazreeq terus menutup panggilan telefonnya. Dia memakai baju dan sempat mengemaskan rambut sekejap.

Dia menuruni tangga. Dia melihat Nelly yang sedang makan buah epal sambil menonton TV. Lalu dia mendekati.

"Nelly aku nak keluar jap. Kau kunci pintu rumah." Nazreeq terus ingin berlalu.

"Nak pergi tempat haram lagi ke?" Terbantut langkah Nazreeq mendengarkan suara itu. Dia berkerut. Nazreeq memusingkan badannya dengan riak wajah tegang.

"Kau tak perlu ambil tahu aku nak ke mana. Itu bukan urusan kau. Kau pergi mana-mana pun aku tak tanya kan?"

Nelly mencerlung Nazreeq. Dia berdiri dan melangkah menghampiri Nazreeq. Dia berpeluk tubuh. Kali ni dia kena tegur. Kerana sudah terang-terang Nazreeq melakukan dosa.

"Abang nak pergi kelab lagi? Nak minum air keras tu lagi ke?" Nazreeq mendengus.

"Nelly. Kenapa aku rasa cara kau tanya tu kurang ajar sangat? Ni hak aku. Kau tak perlu masuk campur."

"Nelly memang patut masuk campur! Sebab abang nak ke tempat yang tak senonoh. Sudahlah abang. Abang dah kahwin. Tak perlu nak ke tempat macam tu lagi. Duduk je rumah dgan Nelly dan teman Nelly. Nelly ni isteri abang.."

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now