NAZ||NELLY - BAB 33❤️‍🔥

24.2K 727 72
                                    



"NELLY jangan buat aku macam ni.." Rayu Nazreeq terhadap Nelly. Nelly sudah menarik bagasinya dari bilik. Dia putus asa. Nazreeq selalu menyalahkan dirinya padahal dia hanya ingin mempertahankan suaminya.

"Please sayang jangan buat aku macam ni.." Nazreeq memegang perlahan tangan Nelly namun Nelly menepisnya perlahan.

"Please..aku sanggup merayu tolong jangan tinggal aku.. Nelly.. Tolong. Jangan buat aku macam ni."

Nelly mengemam bibir. Dia kembali menarik begnya.

Nazreeq memeluk erat tubuh Nelly dari belakang. "Sayang.. tolong jangan buat abang macam ni.. Abang perlukan Nelly.. Abang janji abang akan ubah diri abang untuk Nelly. Please sayang.."

Nelly menggeleng. "Abang salah menilai. Abang sepatutnya ubah diri abang untuk diri sendiri. Bukan kerana Nelly. Kalau abang berubah semata-mata kerana Nelly, abang dah silap besar sebab cinta abang pada Nelly akan pudar. Kalau cinta tu dah pudar, abang akan putus asa untuk berubah."

Nazreeq menggeleng. "No sayang. Abang janji.. a..abang berubah. Please.."

"Ubah diri abang kerana Allah. Sebab cinta abang kepada Sang Pencipta tidak akan pudar.. Jangan buat semata-mata kerana Nelly.."

Nazreeq memeluk kemas badan Nelly. "Abang janji abang ubah.. Abang nak berubah tapi abang perlukan sokongan. Sayang tolong sokong abang please. Jangan tinggal abang.."

Nelly melepaskan pelukan. Nazreeq hanya memerhati dengan mata kabur.

Nelly memusingkan badan dan mengusap muka Nazreeq. "Nelly bukan untuk abang.."

Nazreeq menggeleng. "Abang berhak dapat perempuan yang lagi kukuh keimanannya. Dan itu bukan Nelly. Nelly banyak dosa.. Nelly tak tutup aurat. Nelly.. Nelly banyak dosa melalui perkataan. Nelly banyak dosa dengan abang.."

"Sayang.."

"Kita berpisah untuk sementara waktu. Nelly nak tenangkan jiwa Nelly. Nelly nak tenangkan hati Nelly.. Kalau abang rasa Nelly ni menghabiskan masa abang untuk menunggu, abang boleh bercerai dengan Nelly. Nelly tahu abang terpaksa kahwin dengan Nelly kerana fitnah semata-mata.. Jadi, kita bercerai eh?"

Nazreeq menggeleng. "No Nelly No!!" Nazreeq menggeleng kepalanya. Dia taknak berpisah.. Tak akan..

*:・゚*:・゚✧

"ABANG... ABANG!!" Tercelik mata Nazreeq dari tidurnya. Dia bernafas laju. Tercungap-cungap dia sekarang. Jantungnya laju mengepam.

"Kenapa ni.. Berpeluh ni dahi abang. Abang mimpi apa?" Tanya Nelly lalu menyeka peluh didahi Nazreeq.

Nazreeq terus memeluk badan Nelly. "Sayang..abang minta maaf. Abang janji abang berubah. Sayang jangan tinggalkan abang."

Terkejut Nelly apabila Nazreeq menukar panggilannya. Dia tersenyum lebar. Dia mengusap belakang badan Nazreeq.

"Abang.. mengigau ya?" Nazreeq mengangguk. Nelly senyum.

"Comel la abang.. Duk angguk dekat leher Nelly. Macam budak-budak tahu?" Nazreeq melepaskan pelukan. Nelly tersenyum melihat airmata yang berguguran dari mata Nazreeq.

Dia mengusap perlahan pipi Nazreeq. "Abang mimpi apa?" Lembut sahaja percakapannya sekarang kerana dia tahu Nazreeq masih terkejut dari mimpi buruknya.

Nazreeq mengambil tangan Nelly dan dia mencium bertalu-talu ke semua jari jemari Nelly. Nelly senyum bahagia. Manjanya abang sayang..

"Abang mimpi Nelly tinggalkan abang dan minta cerai dengan abang hanya kerana Nelly tak mampu ubah abang."

Dahi Nelly berkerut lalu menggeleng. "No la abang. Nelly takkan tinggalkan abang la.. Dari dulu lagi abang crush Nelly tau? Nelly takkan lepaskan abang! Itu prinsip Nelly.." Nazreeq senyum.

Dia mencium sekilas bibir Nelly. Nelly senyum makin lebar.

"Nelly janji Nelly akan berada disamping abang. Nelly akan bantu abang ubah diri abang. Nelly takkan putus asa.. Sebab Nelly sayang abang.."

"Abang pun sayang Nelly." Terkejut Nelly dengan pengakuan itu.

"Hah?" Nazreeq mengelus pipi Nelly.

"I love you my wife. Abang sayang Nelly dari dulu sehingga sekarang. Dan juga akan datang. Abang buat Nelly benci pada abang agar Nelly tak jatuh cinta pada orang yang jahat seperti abang. Tapi abang sendiri yang jatuh ke dalam lembah percintaan Nelly. Sebab tu abang angkat Nelly sebagai isteri abang.."

Mata Nelly berkaca. Dia terharu dengan setiap bait perkataan suaminya.

Nelly melekapkan dahi mereka. "Abang betul-betul sayangkan Nelly ke? Sebagai isteri?" Nazreeq mengangguk.

"Ye sayang. I love you. So much.."

Nelly tersenyum dan memeluk erat badan Nazreeq. Nazreeq membalas pelukan itu dan cium sekejap bahu Nelly.

"Yeayy crush Nelly dah balas cinta Nelly!" Nazreeq tersengih.

"Diam la kau. Pedih telinga aku." Berkerut dahi Nelly. Dia melonggarkan pelukan mereka berdua.

"Tadi bukan ke abang tukar panggilan?"

Suaminya ni DID ke? Sekelip mata je berubah..

Nazreeq senyum dan mengusap rambut Nelly. "Ikut mood. Boleh kan?" Nelly senyum dan mengangguk.

"Boleh! Tapi kan abang.. Kalau abang bahasakan 'aku kau' dengan Nelly lagi hot! Abang tak payah tukar la yang tu eh? Sebab abang nampak hot kalau bahasakan diri macam tu.."

Nazreeq tergelak. "Pelik-pelik je permintaan kau ni Nelly." Nelly memeluk erat badan Nazreeq.

"Yeayy abang hott!" Nazreeq gelak perlahan dan menggeleng. Layankan sahaja permintaan isteri.

Pelik betul. Orang lain punyalah nak berabang sayang. Tapi bininya ni nak beraku kau pula. Haih suka hati kau lah. Asalkan bahagia Nelly.

"Jom.. Tahajjud dengan aku?" Nelly senyum dan mengangguk.

"Jom!"

TBC🤍
Peace. Hikhik

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now