NAZ||NELLY - BAB 11❤️‍🔥

22K 697 5
                                    



INDAH sahaja cuaca pada pagi ini. Cuaca yang amat cerah dan tenang. Namun hembusan asap rokok seseorang dari arah balkoni telah mencemarkan udara di pagi hari.

"Abang! Kenapa tak mandi lagi?! Jom la hantar adik! Dari tadi lagi adik tunggu abang!" Jerit Nelly yang sedang berdiri di garaj kereta.

Sakit hatinya apabila melihat Nazreeq seenak-enaknya menghisap rokok di balkoni bilik. Tak berbaju pula tu. Nampak rawr tau rawr?

Nazreeq menghembus asap rokok lalu mengerling ke bawah. Dia senyum senget melihat si budak pendek yang sedang mencekak pinggang dengan bibir yang memuncung. Marah sangat la tu kiranya? Dengan beg galas lagi..

Ni budak kolej ke budak tadika?

"Kau pergi la naik teksi. Aku malas la nak turun dapur. Aku akan turun selepas papa pergi kerja.."

Nazreeq menyimpan keluh. Dia malas nak bertekak dengan bapanya di pagi hari. Pasti bapanya akan memberi tazkirah pagi ini kerana dia sudah bersikap kurang ajar pada tokma semalam.

Nelly menghela nafas berat. Dia faham situasi abangnya. "Alaa abang. Papa bebel kejap je.. Adik pun kena bebel juga tadi sebab balik lewat semalam. Abang dengar je la. Macam tak biasa. Padahal dia selalu buat hal.." Nelly menjulingkan mata. Benci abang ni! Banyak alasan!

"Diam la kau budak pendek. Bising aje pagi-pagi ni. Tak tenang aku dengar suara bingit kau."

Nelly berdecit. "Ooo suara adik tak tenang tapi hisap rokok tenang pulak? Berapa kali dah adik pesan pada abang? Abang tak boleh merokok. Kalau abang mati, adik nak kacau siapa?"

Nazreeq berdecit. Dia meraup mukanya. "Semak betul la budak ni. Aku yang merokok kau yang panas bontot kenapa?" Nelly menjulingkan matanya.

Benci betul bercakap dengan abang Areeq badboy ni...

"Cepat la abang! Nanti adik lambat laaaaaaa.."

"Malas. Pandai-pandai la kau berdikari! Aku pergi mana-mana sorang-sorang ok je. Kau je yang penakut sangat.."

"Abang! Abang lelaki!! Adik perempuan!! Mana samaa lah!"

"Dah tu tukar lah jantina. Jadi khunsa senang."

"Ish bencilah abang ni!!"

Pagi itu mereka terpekik terlolong dengan perkataan merepek. Semua burung-burung dari hutan keluar berterbangan disebabkan jeritan mereka. Akhir sekali Nazreeq mengalah kerana Nelly ingin mengadu pada mamanya.

Dia malas nak mndengar bebelan mamanya sebab itu dia mengalah.

Pagi yang tenang itu telah dirosakkan oleh Nazreeq dan Nelly dengan jayanya.


*:・゚*:・゚✧

"WEHH kau pahal termenung aje? Fikirkan jenama arak untuk diminum malam ni ke?" Tanya Naqib pada Nazreeq yang sedang menyandar di kerusi malas.

Mereka berada dirumah Firash. Rumah Firash dijadikan tempat lepak kerana dia tinggal berseorangan.

Nazreeq yang sedang memejam mata terus mencelikkan matanya. Dia berdecit perlahan.

"Ah kau. Kau ingat dalam fikiran aku ni cuma ada minuman setan tu je ke?" Naqib gelak perlahan.

"Habis tu kau fikir apa? Takkan awek kot. Kau bukannya minat perempuan.."

Betul lah tu. Sepanjang mereka berkawan, tak pernah sekali pun Naqib melihat Nazreeq bercinta dengan mana-mana perempuan. Nak bersentuh pun malas. Jijik katanya. Cis. Minum arak tak jijik pula? Jilake betul jantan tak bertamadun ni..

Nazreeq mengeluh untuk kesekian kalinya. "Aku masih fikir tentang apa yang mama aku beritahu pagi tadi.."

Naqib berkerut. "Pasal apa?" Nazreeq menelan liur kesat.

"Mama aku cakap dia kenal mak bapak adik angkat aku tu. Pengerusi rumah anak yatim yang beritahu mama aku tentang hal ni sebab mereka ada tanya tentang bayi 21 tahun lalu pada pengerusi." Naqib melopong.

"What? Ok.. siapa dua ekor malaun tak guna tu?" Nazreeq menjeling. Hamboi. Maghoh sangat tu?

"Diorang pengedar dadah. Dan mama aku takut diorang datang ambil hak diorang balik.."

Naqib masih lagi dengan rupa beruk yang terkejut. "Wait. Macam mana pula malaun tu kenal Nelly?"

Nazreeq meluku kepala Naqib. Naqib mengaduh kesakitan. "Kau ni kalau aku cakap bodoh kang kau merajuk pulak. Kan ada laporan Nelly dekat rumah anak yatim. Dekat situ la malaun tu boleh cek.."

Nazreeq pun terikut-ikut panggil malaun.. Naqib tersengih.

"Mak Nelly dah mati.. Cuma tinggal bapak dia je. Tapi aku tetap bimbang. Penagih dadah ni lain macam sikit. Tenaga pun lebih kuat dari kita.."

"Apa susah? Sumbat jelah dalam balai polis.."

"Kau ingat mudah ke? Kalau boleh sumbat, dah lama dah diorang sumbat orang tua tak guna tu. Ni konfirm ada tali barut." Kata Firash yang baru sahaja keluar dari dapur.

Nazreeq dan Naqib hanya perhatikan Firash. Dia dengar semua ke? Oh lupa. Firash ni telinga lintah. Jangan sesekali mengumpat dia walaupun berbisik.

Nazreeq mengangguk setuju. Naqib sengih mengejek.

"Nampak gayanya ada seseorang la yang kena jaga Nelly. Apa kata aku jaga dia? Aku kahwin dengan dia. Cun tak cun?"

Nazreeq menjeling tajam. "Kepala hotak kau! Aku takkan bagi Nelly kahwin dengan kau."

Firash senyum senget. "Wuuu someone's jealous huh?" Nazreeq berdecit.

"Bukan jeles. Masalahnya Nelly dengan Naqib ni umpama langit dan bumi. Kau tengok la budak tu bukannya jahat macam kita."

Naqib menepuk perlahan bahu Nazreeq. "Kalau macam tu berubah lah. Berubah jadi baik. Kalau kau anggap orang yang baik akan dapat jodoh yang baik, ubah lah diri. Jadi seperti dia juga."

Naqib tahu Nazreeq mempunyai satu perasaan yang tak dikenal pasti terhadap Nelly. Tapi yang pasti ia bukan sahaja perasaan abang kepada adik.

Namun perasaan lelaki terhadap perempuan.

Naqib dapat menilai melalui perlakuan Nazreeq.

Nazreeq menepis tangan Naqib. "Apa yang kau merepek Qib? Kau beritahu aku dah kenapa?"

"Sebab aku tahu ada sesuatu dalam hati kau yang kau sembunyikan dari kami. Dan aku tahu kau menidakkan hal itu hanya kerana kau kurang yakin dengan diri kau."

Firash mengangguk setuju. Dia juga perasan hal itu. Cara Nazreeq memandang Nelly pun sudah menunjukkan segalanya.

Nazreeq menyimpan keluh. Dia sendiri tidak faham perasaannya. Kenapa kawan-kawannya sangat yakin akan hal itu?

TBC🤍
Goodjob Naqib dan Firash.. Sedarkan sikit si Naz tu..

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now