NAZ||NELLY - BAB 22❤️‍🔥

24.9K 744 29
                                    



TERLOPONG mulut Nelly melihat kemewahan dihadapannnya.

"Woo besarnya rumah papa.. Ingat ke kecil je rumah dia sebab papa cakap rumah ni disewa kan?" Nazreeq menanggalkan topi keledarnya di kepala. Dia mengemaskan sedikit rambutnya.

Dia turun dari motor dan menapak menghampiri Nelly. "Aku tahu kau teruja tapi boleh tak buang topi ni dulu? Kau tak rasa berat ke pakai lama-lama?" Nazreeq menanggalkan topi dari kepala Nelly.

Nelly hanya tersengih. Dia mengemaskan rambutnya yang kusut. "Hehe saja je nak abang yang tanggalkan.."

Nazreeq menjeling. "Ceh manja. Dahlah jom masuk. Aku nak mandi. Berlengas gila. Campur pula cuaca panas." Nazreeq terus menonong ke pintu rumah.

Nelly terkedip-kedip melihat suaminya yang meninggalkannya sendirian. Dia terus mengejar dengan langkah berhati-hati kerana gaun ni sangat kembang..

"Abang tunggu la adik!" Dan kedebuk. Dahi Nelly terlanggar belakang badan Nazreeq.

"Aw abang kenapa berhenti mengejut?" Tanya Naelly sambil mengusap dahinya. Sakit siot. Tu badan ke konkrit?!

Nazreeq memusingkan badannya. Dia mencekak pinggang. "Aku tak suka cara kau bahasakan diri kau pada aku."

Nelly terkedip-kedip. "Maksud abang, abang taknak adik panggil abang dengan panggilan abang ke? Tapi bukan ke adik panggil panggilan tu dari dulu lagi?"

Nazreeq mendekati Nelly. Dia mengusap rambut Nelly perlahan. Nelly sembunyi senyum. Aw sweetnya abang Areeq.. Eh silap. Sweetnya suami Nelly...

Tapi itu hanya sementara apabila Nazreeq mengusutkan rambutnya. "Abang! Habis kusut rambut adik.."

"Kau ni lembab kan? Bukan tu maksud aku. Maksud aku perkataan 'adik' tu. Boleh tak kau buang? Aku rasa geli bila kau bahasakan diri kau macam tu pada aku.."

Nelly menunduk.. Kenapa pula tiba-tiba geli? Sebelum ni ok je..

Nazreeq menolak dagu Nelly ke atas menggunakan jari telunjuknya. Diperhatikan sahaja mata berkaca Nelly.

"You're my wife now. Not my younger sister. So please, bahasakan diri dengan panggilan yang sesuai. Aku geli bila kau bahasakan diri kau 'adik' sebab ia seumpama aku berkahwin dengan adik sendiri pulak. Sumbang mahram tau tak?"

Nelly terkedip-kedip lalu tersenyum lebar. "Kalau macam tu Nelly bahasakan diri Nelly boleh?" Tanya Nelly lalu kepala ditelengkan sedikit ke kiri. Mata terkedip-kedip melihat suaminya.

Nazreeq berdehem sedikit. Cute la pula budak ni. Kalau aku gomol aci tak?

"Suka hati kau ah." Nazreeq terus menolak kasar muka Nelly. Tak boleh tengok lama-lama! Bahaya!

Nazreeq memusingkan tubuhnya. "Nak bahasakan diri Jelly pun boleh."

"Ih abang! Adi--ehh Nelly dengarlah!"

Nazreeq senyum tipis dan mengorak langkah kebilik atas. Nelly hanya senyum tipis. Dia berpusing ke belakang.

"Ehh pintu tak tutup. Bahaya nanti orang culik aku. Menangis tak berlagu laki aku." Nelly terkedek-kedek menuju ke pintu utama dan menutupnya. Wajah masih tersenyum manis. Ehek gediknya akuuuu.

*:・゚✧*:・゚✧

NELLY masih berdiri kaku di tepi meja solek. Matanya masih memandang suaminya yang sedang enak berbaring diatas katil duk mengetik telefonnya. Tak berbaju pula tu! Malu la malu...

"Kau nak jadi patung pulak ke tercongak dekat situ? Dah pukul 11 ni. Kau taknak tidur ke? Bukan esok ada kelas ke?" Tanya Nazreeq namun matanya tertancap ke telefonnya. Duk hantar mesej pada Firash yang malam ni dia tak keluar.

Malam pertama. Memang tak aa nak keluar.

Dahi Nazreeq berkerut apabila Nelly tidak membalas percakapannya. Dia menaikkan sedikit kepala ke arah Nelly yang sedang menggigit bibir.

"Asal kau? Mari la tidur sini. Ruang punya lah besar.." Kata Nazreeq lalu menepuk-nepuk katilnya.

"Err boleh ke Nelly tidur sebelah abang? Abang.. tak rimas? Abang.. tak rasa jijik ke dengan Nelly?" Nazreeq berkerut. Dia menghela nafas perlahan.

Silap dia. Nelly masih terasa dengan percakapannya.

Nazreeq meraup wajahnya. "Tak ada la Nelly.. Mari la sini teman aku tidur. Aku mengantuk ni. Esok aku kena masuk kerja pula.." Meleret suara Nazreeq ketika ini. Dengar macam mengada pun ya.

Nelly menggigit bibir. Dia perlahan-lahan melangkah ke arah Nazreeq. Nazreeq hanya memandang langkah perlahan Nelly. Dia tersengih miang apabila melihat Nelly yang menyilang tangan di dada.

"Asal kau silang tangan kat dada? Tak pakai bra ke?" Terbeliak mata Nelly.

"Ish abang ni.. Tak payah la tegur yang tu.." Nelly langsung mengambil bantal dan menutup badan hadapannya. Nazreeq ketawa terbahak-bahak.

"Eleh nak malu pulak. Aku tak pakai baju ok je.. Tak ada pun malu-malu macam kau."

Nelly memuncung. "Abang punya tak besar. Sebab tu abang tak rasa malu." Terhenti ketawa Nazreeq. Dia langsung memandang Nelly.

Nelly yang perasan akan terlanjuran kata-katanya terus menggigit bibir. Alamak. Lancar betul la mulut kau ni Nelly!

Nazreeq senyum senget. Dia bangun dari katil dan terus merapati Nelly. Nelly masih setia menutup dadanya menggunakan bantal.

"Ooo sebab tu lah eh? Sini tunjuk yang kau punya. Aku nak ukur." Kata Nazreeq dengan kedua tangannya sudah sedia untuk meramas sesuatu.

"Eii Nelly taknak!" Nelly terus melarikan diri dari Nazreeq. Nazreeq terus mengejar Nelly di setiap pelusuk bilik.

"Hahahahha mari la aku nak ukurkan. Nak tengok beza banyak mana dengan dada aku." Kedua tangannya masih setia bergerak seumpama meramas sesuatu.

"Abang pervert! Nelly taknak lah abang!"

"HAHAHHHA tahu takut.."

KRIK KRIK.

Kekok. Itu yang dirasakan Nelly ketika ini. Nazreeq mendengus.

"Eh Nelly. Apa function kau letak bantal dekat tengah ni? Sempit tahu tak?" Nelly meletakkan dua bantal di tengah-tengah katil agar dia tidak merapat dengan Nazreeq. Malu! Kalau tersentuh macam mana?

"Tu kita panggil penghadang. Tangan abang tu gatal. Nelly taknak tangan gatal abang tu duk menari dekat badan Nelly nanti.."

Nazreeq gelak perlahan. "Aku tak kacau la aku janji. Tolong la buang menatang ni. Aku nak peluk bantal baru malam ni..." Nazreeq menjungkit kening ke arah Nelly dengan senyuman menggoda.

Nelly menjeling. "Haa tengok la tu! Belum apa-apa abang dah ada niat dah. Nelly tak percayakan abang.." Nazreeq menggeleng lalu gelak.

"Dahlah buang la benda alah ni. Serabut tau tak?" Nazreeq terus membuang kedua-dua bantal ditengah namun satu bantal dirampas kasar oleh Nelly.

Nelly terus meletakkan bantal itu diatas badannya. Tak boleh! Nanti kalau nampak bayang-bayang macam mana? Abang Areeq ni mata keranjang sikit..

Nazreeq menggeleng. Tawa terletus melihat rupa kemerahan isterinya.

"Dahlah aku tutup lampu meja eh? Aku tak boleh tidur dalam keadaan cerah."

Nelly mengangguk membenarkan.

KLAKK. Lampu meja ditutup.

"Abang! Gelap lah! Nelly tak boleh tidur gelap gelita macam ni!"

Selamat malam Nelly dan Naz. Semoga mimpi indah.

TBC🤍

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now