NAZ||NELLY - BAB 16❤️‍🔥

21.6K 768 12
                                    


"PAPA cepatlah! Nelly dah tunggu tu!" Tergopoh-gapah Encik Nazeem apabila disergah begitu.

Mereka mendapat panggilan dari pihak kolej tentang masalah yang dihadapi Nelly saat ini. Puan Aydina juga tergopoh bersiap untuk pergi kesana.

Nazreeq? Bukan main lagi dia tu. Dia sedang rehat dalam bilik tadi namun setelah bapanya beritahu hal itu, dia terus bangun dan ambil kunci kereta.

Tu. Tengah tunggu dalam kereta la tu. Bimbang sangat akan adiknya..

"Ish lambat lah orang tua ni! Nelly dah tunggu lama dah tu!" Jerit Nazreeq.

Membohong la kau. Panggilan baru sahaja dibuat 5 minit lepas. Tak menyabar si Nazreeq ni.

Kalau berkaitan Nelly laju sahaja dia tu. Ye la. Kasih sayang 'abang' kepada 'adik' la katakan.

Encik Nazeem dan Puan Aydina terus masuk ke dalam kereta. Nazreeq tanpa banyak bicara terus menarik handbrake dan melolos ke jalan raya.

"Naz! Slow-slow la sikit pandu kereta tu.. Bukannya kolej tu lari pun.." Tegur Puan Aydina.

Bukan main laju si Nazreeq ni bawa kereta. Padahal bukan emergency sangat. Bukannya adiknya itu dimasukkan ke hospital pun.

"Tak boleh! Nelly dah tunggu lama tu!" Encik Nazeem menggeleng dengan senyuman nipis. Macam la dia tidak tahu perangai Nazreeq ni kalau melibatkan Nelly..

*:・゚*:・゚✧

NELLY hanya menunduk berhadapan dengan Prof Fahri. Prof Fahri meletakkan kaca matanya diatas meja. Diperhatikan saja wajah kemerahan gadis ini.

Gadis ini tidak pernah buat onar di kolej. Sangat baik orangnya. Tapi tidak tahu mengapa orang tidak puas hati pada dia lebih-lebih lagi Khairina.

"Saya dah call mak dan ayah awak. Mereka dalam perjalanan ke sini." Nelly panggung kepala dengan riak yang terkejut. Dia menggeleng.

"Ke.. kenapa Prof call mereka? Saya taknak mereka tahu hal ni. Nanti mesti mereka risau.."

Nelly tidak mahu hal ini diketahui ibubapanya kerana pasti akan jadi kes besar. Dia kenal bapa angkatnya bagaimana. Semestinya bapa dia itu mengamuk.

Dan paling parah kemungkinan papanya akan saman pihak kolej kerana sikap sambil lewa tentang maklumat pelajar.

"Mereka perlu tahu Nelly. Hal ni berkaitan maruah awak. Awak nak ke pelajar disini merendahkan maruah awak?"

Nelly menggeleng perlahan. "Saya dah terbiasa direndahkan. Jadi, saya tak kisah tentang hal itu asalkan papa saya tidak buat perkara yang mendatangkan perbalahan dengan pihak lain.."

Prof Fahri menggeleng. Tidak faham akan sikap yang terlampau baik daripada gadis ini.

"NELLY!" Terkejut Prof Fahri dan Nelly apabila suara tempikan itu melalui gegendang telinga mereka. Terbeliak mata Nelly. Dia kenal akan suara itu. Itu bukan suara papa namun..

BAM! Pintu dibuka kasar dari luar. Nazreeq termengah-mengah kerana berlari tadi. Dia terus meluru ke arah Prof Fahri dan mencekak kolar leher Prof Fahri.

"Abang!" Jerit Nelly lalu menyentuh lembut lengan Nazreeq. Nazreeq mencerlung tajam pada Prof Fahri.

Prof Fahri hanya memejam mata. Dia tahu kawannya ini akan mengamuk. Ya, mereka berkawan antara satu sama lain.

"Kau Fahri! Aku dah cakap jaga adik aku dengan baik! Jangan bocorkan rahsia ni! Habis tu ni apa?! Apahal semua kecoh tentang ni?! Kau sengaja cari pasal dengan aku ke apa?!" Puan Aydina mengusap dada mendengar jerkahan itu.

Nelly masih terkejut. Difikir Encik Nazeem yang mengamuk namun kali ini .. Nazreeq yang mendahului..

"AYDEEN NAZREEQ! Lepaskan pegangan kamu tu! Fahri tak bersalah dalam hal ni!" Bergema tempikan Encik Nazeem. Sungguh dia terkejut akan kemarahan yang melanda Nazreeq.

Nazreeq melepas kasar pegangan itu. Dia mengeluh kasar dan menyebak rambut kebelakang. Mata masih mencerlung ke arah Fahri yang mengemaskan kolar bajunya.

"Fahri, apa dah jadi ni? Bukan ke kamu yang berperanan dalam hal ni? Uncle dah beritahu tentang pihak atasan tentang ini dan kamu yang sepatutnya ambil cakna hal ini! Kenapa semua jadi macam ni? Kenapa pihak kolej sambil lewa saja?!"

Ternaik satu noktah suara Encik Nazeem. Puan Aydina mengusap lengan suaminya. Dia tahu suaminya akan mengamuk jika melibatkan Nelly. Tapi dia tak sangka pula Nazreeq pun terikut-ikut papanya..

Prof Fahri meneguk liur kesat. "Saya tak tahu uncle. Tiba-tiba sahaja ada satu mesej dalam group whatsapp pagi tadi. Tapi bila saya cek nombor tu, ia tak wujud. Diblacklist kan. Saya tak boleh cek nombor itu berdaftar atas nama siapa.."

Encik Nazeem mendengus. Manakala Nazreeq mengusutkan rambutnya. Nelly hanya menunduk. Takut akan situasi ini..

"Prof Fahri tak salah.. Mungkin maklumat adik tercicir sebab tulah se--"

"Kau bodoh ke Nelly?! Sebelum ni takde pula maklumat tercicir! Atau pun kau yang membocorkan rahsia ni sendiri sebab kau nak melepaskan amarah kau pada aku?!" Terkejut Nelly apabila dituduh sebegitu oleh Nazreeq.

"Naz.." Tegur Puan Aydina.

Nelly melihat Nazreeq dengan mata berkaca. Dia menggeleng perlahan. "Untuk apa adik bocorkan rahsia ni? Supaya mereka tahu yang adik ni anak terbuang? Supaya mereka boleh ejek adik ni anak haram?...

....macam tu ke abang? Lalu apa kebaikan yang adik dapat kalau adik kena ejek macam tu? Abang terfikir tak hal tu?" Bergetar suaranya sekarang apabila dituduh sebegitu..

Nazreeq mengeluh kasar. Silap dia kerana memarahi adiknya sedangkan adiknya yang menjadi mangsa dalam hal ini. Nazreeq terus menarik kepala Nelly ke dadanya.

Nelly menangis teresak-esak didada bidang Nazreeq. Dia menggenggam erat baju Nazreeq. Nazreeq memejam mata dan merehatkan dagu keatas kepala Nelly. Tangan setia mengelus rambut adiknya.

"Sorry.." Gumamnya perlahan namun didengari Nelly. Nelly mengangguk perlahan. Penat dengan semua ni..

Encik Nazeem menghela nafas perlahan dan Puan Aydina hanya memandang sayu ke arah anak angkatnya.

Manakala Prof Fahri terlopong melihat rakannya. Kawannya memujuk perempuan? Biar betik? Dia menggosok mata berulang kali.

Siap pakai kaca mata lagi tu. Bukan apa, takut kabur dia makin teruk boleh jadi asbab silap tengok..

TBC🤍
Prof Fahri crush unlocked.. hehehe piupiu

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now