NAZ||NELLY - BAB 31❤️‍🔥

23.8K 673 12
                                    


NELLY menunggu Nazreeq di perhentian bas. Dia mengerling kejap jam tangannya. Dia berdecit dan menghentak kaki.

"Mana abang ni.. orang dah tunggu lama dah.. Hujan pun dah berhenti. Takkan la tak datang lagi?" Gumamnya perlahan.

Sudah satu jam dia menunggu suaminya. Setengah jam lepas cuaca hujan, jadi dia faham jika suaminya tidak datang lagi. Sekarang dah setengah jam berlalu. Kelibat suaminya langsung tidak nampak..

Sedang dia menunggu dipalang hentian bas, tiba-tiba sahaja ada kereta laju meluru ke arahnya.

SHHHHHH.

Terpejam mata Nelly apabila percikan lopak air hujan membasahi seluruh badannya. Dia mencelik mata apabila terdengar kekehan daripada gadis.

"Nelly Nelly.. Dah tak ada air sangat ke dekat rumah kau sampaikan kau mandi dekat sini? HHAHAHHA tak tahu pula kau dah jatuh miskin sekarang.." Ujar Khairina yang sedang berada di tempat memandu.

Nelly berdecit. Dia mengesat kasar mukanya. Nelly mencerlung tajam Khairina yang sengih mengejek.

Nelly perhatikan kereta Khairina. Mini cooper merah. Dia tersenyum sinis.

"Owh kereta kau ke ni Khairina? Good. Esok aku boleh bocorkan tayar kereta ni. Dah lama tangan aku tak khianat kereta orang ni.." Kata Nelly lalu mengenyit mata.

Khairina mendengus kasar. Dia terus keluar dari kereta. "Kau ni! Kau tak layak sentuh kereta mahal aku."

Nelly menggaru telinganya. "Haa apa dia? Tak dengar tak dengar. Aku tetap juga nak buat jahat. Tak acilah kau cedok semua kejahatan. Aku pun nak jadi jahat macam kau juga."

Khairina mengetap bibir. Kenapa Nelly tiba-tiba berubah macam ni? Padahal sebelum ini Nelly hanya diam tak bersuara.

"Kau ni!" Khairina mengetap bibir dan tangannya ingin menarik rambut Nelly.

"Wo woo Nelly main hujan ke apa?" Tanya Naqib yang baru sahaja tiba tadi. Naqib mengerling Khairina yang ingin menarik rambut Nelly.

"Girl.. Jangan tarik rambut Nelly. Kepala Nelly banyak kutu. Kau nak berjangkit ke?"

"Eii abang Naqib!" Naqib gelak kuat apabila melihat wajah cemberut Nelly. Khairina mendengus dan terus masuk ke dalam kereta dan meluncur jauh dari situ.

"Wow. Gila ah perempuan tu pandu kereta. Dah macam tak sabar-sabar nak mati.."

Nelly gelak perlahan. "Abang Naqib buat apa dekat sini?"

Naqib panggung kepala ke arah Nelly. "Ni Naz suruh abang ambil Nelly. Dia tak sempat katanya. Ni dah kenapa Nelly basah satu badan ni? Mandi hujan ke tadi?"

"Tak ada lah abang. Tu perempuan tadi tu lah yang langgar lopak air. Tak pasal-pasal baju Nelly dah basah.."

Naqib senyum senget. "Owhh macam tu. Peliknya. Kejap eh." Naqib terus menaiki keretanya. Dia mengundur perlahan. Nelly hanya memerhati.

Apa yang dia nak buat?

Sejurus itu Naqib terus memandu laju ke arah Nelly. Nelly memejam mata apabila air lopak hujan merencik ke arahnya sekali lagi.

Naqib mengeluarkan kepala dari tingkap. "Macam tu ea Nelly?" Tanyanya kepada Nelly.

"EII ABANG NAQIB TAK GUNA!!!!"

Naqib gelak kuat. Dia memang suka buat Nelly marah.. Dari dulu lagi.

*:・゚✧*:・゚✧

NAZREEQ hanya memandang Nelly yang menghempas kuat pintu kereta Naqib. Dari tadi dia menunggu isterinya. Lama juga Naqib mengambil isterinya.

"Eii Nelly taknak kawan dengan abang Naqib! Tengok! Dua kali Nelly kena air tau?!" Naqib keluar dari kereta dan ketawa terbahak-bahak.

Nazreeq memerhati dengan berpeluk tubuh. Dia menganalisis isterinya yang basah kuyup dari atas hingga bawah.

Nelly terkedek-kedek berlari ke arah Nazreeq dengan wajah sebek. Dia terus memeluk erat badan Nazreeq.

"Abang.. abang Naqib buat dekat Nelly.." Adunya perlahan.

Nazreeq menghela nafas. Dia menggosok rambut basah isterinya. Habis basah bajunya akibat pelukan dari Nelly.

Nazreeq mencerlung tajam ke arah Naqib yang tersengih tak bersalah. "Kau buat apa dekat bini aku?!"

Tersentak Nelly yang berada dalam pelukannya. Mana taknya, Si Naz ni menjerit betul-betul tepi telinganya.

Nazreeq menunduk dan mengusap perlahan rambut Nelly. "Shhh sorry-sorry aku terjerit tadi.." Pujuknya perlahan. Nelly senyum. Eii abang Areeq softspoken la.. Shukeeee.

Naqib menganga. Kawan aku ke tu? Apahal tiber jadi gentleman? Namun dia terus senyum senget. Dah jatuh cinta lettew..

"Alaa gurau sikit je. Dah dia nak mandi hujan sangat. Aku pun langgar la lopak air. Double giteww." Kata Naqib lalu menjungkit kening berkali-kali.

"Abang.. mana ada Nelly mandi hujan. Ikan kering yang langgar lopak air tadi.. Pastu terkena la badan Nelly.." Naqib menjeling. Ceh satu-satu nak adu.

Nazreeq melepaskan pelukan Nelly. "Yang kau tak berdiri jauh kenapa? Dah nampak kan kereta tu dari jauh, kau kena la standby duk jarak jauh sikit. Gatal duk dekat lopak air apahal?" Nelly tersebik.

Abang marah.. orang baru je nak adu tapi abang marah balik hmmm.

Nelly terus menolak kasar badan Nazreeq dan menonong masuk kedalam rumah. Benci! Fikirnya Nazreeq ingin memujuknya tapi boleh pula dia marah-marah. Tak suka! Nak mogok dengan abang!

Nazreeq menggeleng kepalanya. Dia panggung kepala je arah Naqib. "Cari perempuan tu. Conteng kereta dia. Pandai sangat cari pasal dengan bini aku.."

Naqib tersengih. "Beres boss. Waktu dia belajar esok aku buatkan. Arghh lama tak buat benda bodoh. Akhirnya yuhuuuu!" Nazreeq menggeleng perlahan.

"Dasar Naqib setan."

"Aku dengar ye Aydeen Nazreeq."

*:・゚*:・゚✧

MOGOK! Itu yang Nelly sedang lakukan sekarang. Dia langsung tidak bercakap dengan Nazreeq. Nak merajuk! Hmph!

"Kau dengar tak aku cakap ni Nelly?" Tanya Nazreeq yang sedang makan malam bersama Nelly. Nelly mengangguk sahaja. Berkerut dahi Nazreeq.

"Kau dah kenapa? Takkan lepas kena lopak air terus bisu?" Nelly menjungkit bahu. Malas lah. Tengah majuk ni..

Nazreeq melepaskan keluh. Dari tadi hanya dia sahaja yang bercakap. Nelly bangun dari duduknya dan mengutip pinggan dan gelas mereka. Dia langsung berlalu ke arah sinki dan mencuci pinggan.

Nazreeq bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur. Dia merangkap tubuh Nelly didalam ruangan ciptaannya. Tangan menggenggam tangan Nelly dibawah air sinki. Nelly tergamam. Terhenti seketika pergerakan mencuci pinggan.

Nazreeq melepaskan pegangan dan meletakkan tangan di sebelah kanan dan kiri Nelly. Nelly terperangkap!

Nazreeq mengalihkan juntaian rambut dibahagian kanan Nelly. Dia terus meletakkan dagu di bahu Nelly.

"Merajuk dengan aku ke?" Perlahan suaranya bertanyakan itu. Nelly mengemam bibir. Tachodd. Kenapa hot sangat abang sekarang ni?

Nazreeq maju mencium leher Nelly yang terdedah. Nelly memejam mata apabila bibir Nazreeq mengemam lehernya. Bibir itu menari-nari diruangan lehernya.

"Marahkan lagi pasal tadi?" Gumam Nazreeq sambil bibirnya mencium leher Nelly bertalu-talu.

"T...t...tak.." Aduh duh kan dah gagap!

Nazreeq senyum senget. Dia menggigit sedikit leher Nelly. Terjerit Nelly dibuatnya. Nelly menekup lehernya yang digigit Nazreeq tadi.

"Good." Nazreeq terus menjauh darinya dan berlalu pergi dari dapur.

Nelly masih kaku. Tangan masih setia menekup lehernya. Dia menggigit bibir menahan senyuman.

"Abang gatal.. tapi Nelly suka.." Gumamnya perlahan.

TBC🤍
Nazreeq dah jadi drakula👀

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now