NAZ||NELLY - BAB 36❤️‍🔥

22.9K 630 10
                                    


BLUEKK . Bluekkk.

Terkejut Nazreeq yang baru menuruni tangga apabila terdengar seseorang memuntahkan sesuatu. Tergopoh-gopoh dia berlari ke arah Nelly yang sedang muntah di sinki.

Nazreeq mengumpul rambut Nelly dan memegangnya. Tangan kiri menggosok perlahan belakang badan Nelly. Nelly melepaskan lega lalu membasuh mulutnya.

Nelly memusingkan badan dan memeluk erat badan Nazreeq. Nazreeq membalas pelukan itu.

"Masuk angin ke?" Tanya Nazreeq. Nelly menggeleng. Dahi Nazreeq berkerut sekejap.

"Aik.. Takkan ada baby kut? Aku tak cucuk pun lagi." Nelly menepuk dada Nazreeq. "Ee abang bukan la.."

"Habis tu?" Tanyanya namun tangan masih setia mengusap seluruh badan Nelly. Amboi. Nak tenangkan ke nak meraba tu?

"Tokma cakap nak jadi cucu menantu kesayangan dia Nelly kena makan budu. Nelly try la makan budu tadi tapi tak boleh telan la abang. Terus Nelly muntah semua isi makanan.. Hmm abang.. Tokma yang buat Nelly macam ni. Abang cubit pipi tokma nanti eh.."

Nazreeq tergelak. Aduh. Bergaduh lagi dua orang ni.

"Kau ni. Ikut sangat tokma dah kenapa? Dah tahu tak boleh telan jangan la dipaksa. Tokma gurau je la.. Dia dah anggap kau cucu menantu dia."

Nelly mendongak. "Betul ke abang?" Nazreeq mengangguk dan mengelus rambut Nelly. Sempat dia mencium kejap kepala Nelly.

"Ha'ah. Kalau dia tak terima, mesti dia takkan ajar kau memasak. Dia takkan rapatkan diri dengan orang yang dia tak suka. Aku kenal la tokma aku macam mana.."

Nelly senyum. Dia melompat sedikit. "Yeay! Jadi Nelly berjaya la ni kan kan?" Nazreeq mencebik dan menggeleng.

"Tak juga. Kadang-kadang mood tokma berubah. Hari ni dia suka kau, esok dia benci kau. Kau kena hadap la."

Nelly mencebik. "Alaa. Tak apa lah. Asalkan tokma rapat dengan Nelly.."

"Dia akan jadi lagi rapat kalau kau bagi cicit dekat dia." Terbeliak mata Nelly. Dia meneguk liur kesat. Gulp. Ini parah ni. Nelly tachod. Tangan Nazreeq pun dah melekap di punggungnya dah ni.

"Err dating jom hari ni? Hari ni cuti kan?" Nelly menukar topik. Dia bukan tidak mahu memberikan hak Nazreeq yang satu itu namun dia mudah gelabah.

Kan nanti Nazreeq baru nak mula, dia dah pengsan macam mana? Tiber call ambulans. Pastu masuk dalam news.

'Isteri pengsan digoda suami.'

Tak ke naya? Wuish tachod.

"Pandai eh kau tukar topik. Kau nak pergi mana je?" Nazreeq tahu kemungkinan Nelly masih tidak bersedia kerana gadis itu masih berumur 21 tahun. Mungkin tidak bersedia untuk menjadi isteri atau seorang ibu. Jadi, Nazreeq tidak memaksa.

Nazreeq cuit-cuit sikit je. Tapi ekstrem lah. Tak nak bagi sangat kan? Kena la extreme sikit time cuit tu.

Ok sudah! Taknak cakap hal tu!

Mata Nelly ke aras dan jarinya diletakkan didagu. "Tah. Ikut abang lah." Nazreeq menjeling.

"Ceh. Bukan main fikir lama. Yang tu je jawapan kau? Action je lebih." Nazreeq maju menggigit hidung Nelly. Terbeliak mata Nelly. Apakah?

"Abang.. kembang la hidung Nelly nanti kalau abang gigit.." Ujarnya sambil menggosok hidung. Nazreeq ketawa terbahak-bahak.

"Dah lag. Dari tadi asyik peluk je. Jom aa keluar. Pergi bersiap." Nazreeq melepaskan pelukan.

Nelly mencebik. "Alaa Nelly suka peluk abang. Badan abang hangat la.." Nazreeq senyum gatal.

"Nak lagi hot tak? Jom masuk bilik. Aku dah lama bersedia ni."

"Aaaa Nelly bersiap sekarang!" Nelly berlari naik ke bilik. Takut lah. Nazreeq tu bukan boleh kira. Apa yang dia cakap itulah yang dia akan buat. Taknak!

Nazreeq ketawa sahaja melihat reaksi isterinya. "Baru cuit sikit dah gelabah." Dia menggeleng perlahan.

*:・゚✧*:・゚

"ABANG nak?" Tanya Nelly yang sedang menjilat aiskrim. Mereka dating di taman sahaja. Nelly ada memberitahu Nazreeq di sini kurang kos. Beli aiskrim je rm2 lepas tu lepak-lepak je. Nazreeq tercengang. Apa dia ingat aku ni miskin sangat ke?

Nazreeq menggeleng. "Taknak la. Manis sangat la. Rongak gigi aku nantu susah nak mengorat." Nelly memandang tajam ke arah suaminya.

"Nak ngorat siapa? Gatal kan? Nelly tak cukup lagi ke untuk abang?" Nelly mendengus. Apa ni? Nak curang ke? Meh meh aa curang. Aku ngorat abe Firash nanti kang..

Nazreeq tergelak. Dia mencium sekilas kepala Nelly. Lengannya dipeluk erat oleh Nelly. Dia pula menggenggam tangan Nelly. Tak boleh lepas. Nanti Nelly mengada nak beli buih belon. Dari tadi lagi dia duk perhati buih belon tu.

"Nak mengorat kau la sayang.." Nelly sengih. "Cakap la awal-awal. Ni selalu cakap tak habis. Benci la dia ni."

Nazreeq menggeleng. "Macam mana aku nak bercakap penuh kalau kau asyik potong percakapan aku?"

"Nyenyenye tak dengar." Nazreeq mengetap bibir. Geram dengan budak tecik ni. Picit kang punggung tu nak?

Nazreeq membawa Nelly ke bangku. "Kau duk sini jap. Aku nak jawab call. Dari tadi telefon aku bergetar ni. Entah malaun mana kacau aku dating." Nelly terkekeh ketawa.

Garang naw abe..

"Okey. Jangan lama-lama. Nanti Nelly rinduuuu." Memuncung mulutnya.

Nazreeq hanya perhatikan sahaja Nelly yang mengenyit mata. Ewah. Mengorat? Dekat rumah tak pernah pula nak mengorat macam ni..

"Nakal eh.. Kat rumah kau tak berani pula nak kenyit mata pada aku."

"Hehe tak boleh. Nanti abang ngap Nelly. Nelly kena berhati-hati." Nazreeq menggeleng.

"Suka hati kau. Duk sini diam-diam. Kalau ada orang bagi gula-gula, jangan ambil. Kalau dia cakap kau cute jangan percaya sebab kau comot."

"Eeeei!" Nelly mencubit perut Nazreeq. "Orang bukan budak-budak la. Mana ada comot!"

"Comot juga." Nelly berpeluk tubuh dan kepala berpaling ke arah lain. Majuk! Tak habis-habis cakap dia comot. Itew dah dewasa ocey?

Nazreeq senyum dan cium sekilas pipi kiri Nelly. Nelly sembunyi senyum.

"Duk sini jap isteriku intan payungku. Suamimu ingin menjawab panggilan." Nazreeq terus melangkah ke arah lain bertentangan.

Nelly kulum senyum. Eee abang Naz kenapa hot sangat..

"Nellysa Humaira?"

Nelly terus panggung kepala ke arah suara itu. Dia senyum tipis kepada seorang lelaki tua yang berumur seakan-akan papanya.

"Yes?"

Ridhuan tersenyum jahat. Gotcha. Anakku, ayah datang..

TBC🤍
Cetan dah datang..

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now