NAZ||NELLY - BAB 19❤️‍🔥

21.4K 722 12
                                    



NELLY memuncung diatas katil. Ceh kurang asam betul telefon takde bateri. Kan dah mati..

Dia berdecit. "Eleh tak cintakan aku konon. Tengok la lepas kahwin nanti aku goda sungguh-sungguh biar dia tergila-gilakan aku. Eii geram la dia tu! Ish!"

Nelly memukul-mukul bantal peluk miliknya. Benci! Si Nazreeq tu selalu menyakitkan hati ish!

TOKK TOKK

Nelly bangun duduk dengan mendadak. Dia tersengih kambing melihat ibu angkatnya yang senyum padanya di tepi pintu.

Nelly mengemaskan sedikit rambutnya yang agak kusut. Kena la canrik depan bakal mertua hikhik malu nyaaaa.

"Adik buat apa tu? Duk pukul-pukul bantal. Sakit la dia nanti.." Nelly tersengih saja. Dia sudah terbiasa bergurau dengan Puan Aydina.

"Mama duduklah.." Puan Aydina mengangguk lalu menghenyakkan punggung diatas katil. Dia mengusap perlahan rambut ikal mayang Nelly yang nampak agak kusut.

Macam budak-budak pula riak wajah Nelly sekarang.

"Adik betul-betul terima perkahwinan ni? Adik.. tak rasa terpaksa kan?" Nelly senyum dan menggenggam tangan ibunya yang menyisir rambutnya tadi.

Dia cium sekilas tangan itu. "Takk.. Adik tak terpaksa pun malah adik tak menyesal. Lagipun memang dah lama adik berangan nak kahwin dengan abang Areeq. Tak sangka pula jadi kenyataan." Nelly ketawa menutup mulutnya.

Ceh selama ni ketawa sehingga nampak anak tekak pun takde hal. Tiberr malam ni jadi ayu.

Puan Aydina tergelak. Dia menggeleng perlahan. "Macam-macam la adik ni. Tapi.. adik tahu kan abang macam mana? Dia.. tak macam lelaki lain yang cukup pakej sebagai suami...

...dia masih menganggap dirinya remaja. Tak bekerja seperti orang lain. Asyik lepak sehingga ke pagi. Dan yang paling teruk.. Nazreeq solat tak tentu.."

Nelly hanya mngerdipkan mata. Dia tahu akan itu dan dia terima segala kekurangan Nazreeq. Takpa, dia boleh ubah InsyaAllah.

"Perkataan dia pun kasar. Tak romantik orangnya.. Adik boleh terima ke? Mama saja je tanya sebab kebanyakan anak muda seperti adik ni minat lelaki yang sweet.. yang berkata-kata manis. Ayat pun mampu membuat jantung wanita berdegup pantas.. Tapi.. Nazreeq tak macam tu."

Nelly senyum lalu mengangguk. Dia menggenggam erat tangan ibunya. "Adik tak kisah. Lagipun adik dah biasa dengan perangai abang. Adik boleh terima yang abang tak sweet melalui perkataan kerana adik tahu abang seorang yang bertanggungjawab melalui perbuatan...

...setiap perbuatan dia membuat jantung adik berdegup pantas. Dia lebihkan perbuatan daripada perkataan. Adik bersyukur dengan perkara itu.."

Nelly lebih memilih orang yang menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan berbanding perkataan. Kerana perbuatan lebih ikhlas dan jelas berbanding ucapan.

Puan Aydina tersenyum manis lalu memeluk erat badan Nelly. Nelly senyum dan membalas pelukan tersebut.

"Sayang sangat anak mama ni.. Dari dulu sehingga sekarang selalu menyenangkan hati mama. Mama taknak minta lebih, cuma mama minta adik bertahan dengan perangai Naz dan adik ubah sikap dia.. boleh tak sayang?"

Nelly mengangguk. Dia mengemaskan lagi pelukan. "Sure. Tapi adik tak janji adik boleh ubah abang Areeq 100%. Adik cuma boleh janji adik akan setia dengan abang walau apa pun rintangan.."

Puan Aydina senyum terharu. "Terima kasih sayang.." Nelly senyum namun dia terfikirkan sesuatu. Dia melepaskan pelukan perlahan.

Puan Aydina menjungkit kening melihat Nelly yang tersebik. "Tapi tokma tak suka adik.."

Puan Aydina menggosok belakang badan Nelly.
"Kalau macam tu, adik cuba la ambil hati tokma.. Tokma tu keturunan papa dan abang Naz. Darah pahlawan. Asyik nak menang aje.. Jadi adik kena la lembutkan hati tokma sebagaimana adik lembutkan hati papa.."

Nelly mengangguk laju. "Hm! Adik janji adik cuba." Puan Aydina mencuit hidung Nelly.

"Good girl. Mama tau adik pandai ambil hati orang. Jadi, guna kelebihan adik tu. Adik ada perisai sendiri. Adik kena lah gunakannya. Jangan tunjuk lemah pada orang.."

Nelly senyum lebar. Dia mengangguk laju dengan senyuman. Sepet matanya kerana senyum terlalu lebar.

Puan Aydina ketawa kuat. Sangat terhibur dengan anak angkatnya ini.

"Ni adik.. lepas ni kami dah tak panggil adik sebagai 'adik' dah tau?" Nelly memuncung.

"Ala kenapa.. adik suka la panggilan tu. Rasa dimanja.." Puan Aydina mengelus rambut Nelly.

"Sebab Nelly adalah menantu kami. Bukan lagi anak angkat kami. Nazreeq mengangkat Nelly sebagai isterinya dan itu bermaksud Nelly dah naik takhta dalam keluarga ni. Kami akan anggap Nelly sebagai menantu kami yang kekal abadi selepas ni.."

Mata Nelly berkaca. Airmata menitis perlahan. Sungguh dia terharu akan setiap bait perkataan ibunya. Takhta.. Perkataan itu sangat mahal bagi Nelly..

"Baik mama mertuaku. Nelly mengikut perintah." Tawa Puan Aydina tercetus lagi. Kalau bercakap dengan Nelly, semestinya akan ada gelak ketawa.

Aduh la anak.. Memang menceriakan suasana sungguh..

TBC🤍
Hamboi Nelly ni. Bahagianya dia🙈🙈

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now