NAZ||NELLY - BAB 14❤️‍🔥

20.4K 713 14
                                    


NAZREEQ mengorak langkah ke bilik Nelly. Dia menolak sedikit pintu bilik yang sudah terbuka itu.

"Shh aw. Sakitnya.. pedih jugak lutut aku.." Desis Nelly sendirian. Kelihatan Nelly sedang merawat lukanya.

Nazreeq mengeluh perlahan. Dia menolak pintu bilik Nelly dan memasuki ruang bilik tersebut. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Tak boleh tutup, nanti setan menghasut.

Nazreeq merampas kasar kapas ditangan Nelly. Terkejut Nelly akan tindakan itu. "Ehh abang.. bila abang masuk?" Nazreeq meletakkan sedikit ubat di kapas tersebut.

"Semalam." Nelly menjulingkan mata. Sakit hati dengar jawapan abang angkatnya. Nazreeq mencerlung tajam wajah Nelly.

"Mari la rapat sikit dekat aku. Macam mana aku nak sapu ubat kalau kau duduk jauh macam tu?" Nelly mencebik. Dia merapatkan kedudukan dengan Nazreeq.

Nazreeq dengan selambanya menyingkap kain yang dipakai Nelly. "Abang!" Nelly cepat-cepat menutup balik kainnya. Nampak kaki woi! Seksi!

Nazreeq berkerut. "What? Aku nak sapu ubat je. Bukannya aku nak intai kau pakai spender warna apa pun. Memekak la dia ni." Nazreeq mendengus lalu menyingkap sekali lagi kain Nelly.

Nelly menggigit bibir. Dibiarkan sahaja kakinya yang terdedah. Nasib baik Nazreeq menekup kainnya diatas lutut. Jadi, dia tidak nampak paha milik Nelly.

Nazreeq meniup perlahan-lahan luka tersebut. Nelly hanya memerhati abangnya dari dekat. Hensem.. Dari dulu sehingga sekarang masih hensem.. Tapi sekali dia bercakap..

"Tak payah nak tenung aku sangat. Nanti buta mata kau aku cucuk nak?"

Kan dah cakap tadi. Mulut tu tak boleh bertapis sikit ke?

Nelly menggeleng laju. Nazreeq menggeleng perlahan. Dia meletakkan perlahan-lahan ubat di lutut Nelly.

"Ssshhh.. Sakit abang.." Nelly memegang kejap tangan Nazreeq. Tersentak Nazreeq dibuatnya apabila ada satu tangan lembut menyentuh tangan kasarnya.

"Tahan la sikit.. Lebih baik pedih sekarang daripada sakit akan datang. Kalau masuk bakteria ni kaki kau kena potong nanti. Kau nak?" Nelly menggeleng.

"Taknak.." Perlahan sahaja suara itu. Masih menahan sakit. Nazreeq mengangguk.

"Kalau macam tu duduk diam-diam. Biar aku buat kerja aku." Nelly tersenyum manis.

Kenapa abang baik sangat malam ni? Biasanya menyakitkan hati tapi malam ni lembut sahaja pertuturannya.

Kalau macam ni la gayanya, Nelly nak sakit hari-hari lah. Barulah abang layan elok hikhik.

Encik Nazeem yang memerhati dari pintu bilik Nelly hanya diam membisu. Dia menghela nafas perlahan.

Betul kata Puan Aydina. Nazreeq begitu menjaga Nelly dengan baik. Percakapan dia kasar dengan Nelly namun tidak pernah sekalipun dia mengasari Nelly dengan perbuatan.

"Kalau Nazreeq boleh buatkan Nelly bahagia, papa izinkan kamu jadi suaminya..papa yakin Nelly mampu mengubah Naz ke arah yang baik.. Saling melengkapi InsyaAllah.. "

Gumam Encik Nazeem perlahan sejurus itu dia tinggalkan sahaja Nazreeq dan Nelly disitu.

"Nelly aku nak tanya sesuatu." Nelly tersedar dari lamunan. Dia senyum pada abangnya yang memandangnya.

Hensemnyaaa muka abangnya disinari cahaya bulan..

"Apa dia abang?" Nazreeq menghela nafas perlahan.

"Kau bersedia tak nak kahwin?" Nelly mengerdipkan matanya. "Huh? Kahwin?" Namun setelah itu Nelly tersenyum. Abang.. nak kahwin dengan Nelly ke? Fikirnya.

"Yes kahwin." Nelly menggeleng. Nazreeq mengangguk dan menelan liur kesat.

"Kalau aku.. suruh kau kahwin dengan.." Nelly masih menanti soalan daripada Nazreeq. Bibirnya masih tersenyum lebar.. Masih berharap terhadap Nazreeq.

".... dengan Firash, kau nak tak?" Terus mati senyuman Nelly. Kenapa.. Nelly berkerut hebat. Manakala Nazreeq hanya memerhati muka Nelly sambil tangannya setia mengusap tangan Nelly..

*:・゚✧*:・゚✧

PAGI ini sangat kekok. Nelly langsung tidak bercakap dengan Nazreeq walau sepatah.

Kebiasaannya ada saja mulut kecil itu berceloteh dan mencari pasal dengannya namun hari ini diam sahaja di meja makan.

Nazreeq memerhatikan Nelly yang menunduk. Dari tadi lagi makan menunduk. Langsung tidak memandang dia. Dia masih teringatkan hal semalam.

Nelly bangun mendadak dari duduknya. 'Abang tak suka sangat ke pada adik sehingga abang nak halau adik? Abang nak adik kahwin dengan abang Rash sebab abang taknak adik ada depan mata abang kan? Kalau itu yang abang nak, adik takkan terima...

....hidup adik bukan perjudian. Adik berhak memilih aama ada adik nak terima atau tak. Kalau abang memang benci adik, adik janji adik tak akan ganggu abang lagi lepas ni.'

Nazreeq menyimpan keluh. Sejak itulah Nelly tidak bercakap dengannya. Padahal bukan itu yang dimaksudkan olehnya.

Nelly bangun dari duduknya. "Mama, papa, adik nak pergi dah. Takut lewat pula nanti." Puan Aydina mengangguk. "Ok sayang hati-hati.." Nelly senyum tipis menyalami ibu dan bapanya.

Dia terus melintasi Nazreeq tanpa memandang. Nazreeq bangun dan badannya menghala ke Nelly.

"Aku hantar." Nelly berhenti melangkah. "Adik dah order grab." Kata Nelly tanpa memandang abangnya. Lalu Nelly terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Nazreeq.

Nazreeq meraup wajahnya. "Bergaduh dengan adik ke?" Tanya Encik Nazeem. Nazreeq menggeleng.

"Dia merajuk sikit dengan Naz.." Ujar Naz namun mata tetap melekap pada Nelly yang sedang masuk ke dalam grabcar.

Puan Aydina senyum tipis. Dia menggeleng perlahan. Naz Naz.. Taknak mengaku lagi ke dah jatuh sayang kalau setara tu?

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now