NAZ||NELLY - BAB 1❤️‍🔥

28.1K 837 59
                                    


KEDENGARAN muzik yang sangat kuat menembusi telinga semua manusia didalam kelab itu. Beribu manusia sedang melakukan dosa termasuklah meminum air kencing syaitan dan memeluk bukan mahram sesuka hati.

Tidak kurang juga seorang jejaka yang bernama Aydeen Nazreeq atau dipanggil Naz yang sedang menggoyangkan badannya. Di tangannya terdapat segelas minuman syaitan yang mampu memporak perandakan jiwa manusia.

"Heyy baby. Jom masuk bilik dengan i. I belai you sampai you puas nak?" Tanya suara itu dengan lenggokan gediknya. Tangan mengelus perlahan halkum milik Naz..

Naz menepis tangan itu. Dia berdecit. "Sorry aku tak minat perempuan. Aku minat lelaki. So please move." Naz melanggar selamba bahu gadis itu. Terhuyung-hayang dia berjalan. Terlopong gadis itu apabila mndengar bait-bait perkataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

"What? Muka hensem tapi gay? Eiuu. Tak geli ke pedang lawan pedang?" Gumam gadis itu sendirian..

"Wo woo Nazreeq kau nak pergi mana terhuyung-hayang ni?" Tanya Naqib merangkap kepada kawan baik tapi celaka. Maaf memang celaka kerana dia tidak menegur Nazreeq tentang dosa pahala. Dia pun buat dosa ni juga! Sama sahaja dua ekor ni..

"Aku okay.. Aku nak balik. Kang membebel pulak orang tua tu kalau aku balik lewat sangat." Naqib menggeleng.

"Kalau kau nak bertemu Sang Pencipta, kau pergi la memandu dalam keadaan macam ni. Tapi aku rasa kau terjumpa neraka dulu la kalau gayanya macam ni."

Nazreeq berdecit sambil memicit sikit kepalanya. Pedih! Rasa nak mampus je. Menyesal pula teguk air kencing setan tadi..

"Dah jomlah aku hantar kau. Kereta kau aku suruh Firash je bawa balik nanti.." Naz mengangguk. Dia terus berjalan namun dia terjelumpuk jatuh apabila terlanggar tiang.

"Aihh anak setan ni tak pasal-pasal aku pulak kena angkat kau. Kau tu dahlah berat dengan dosa!" Rungut Naqib sambil memapah badan Nazreeq dari tepi.

Nazreeq sengih. "Kau ni bising aa Qib. Macam anak terbuang dekat rumah aku tu. Memekak je tahu.." Naqib menggeleng. Tak habis-habis panggil adik angkatnya macam tu.. Jahat sungguh Nazreeq sis setan ni..

*:・゚*:・゚✧

NELLY yang sedang minum air didapur tersentak apabila mendengar bunyi pintu yang dikuak dari luar. "Siapa?" Bisiknya perlahan. Dikerling sekilas jam di dinding. Pukul 1 pagi. Nelly terbangun untuk minum air. Memang itulah rutinnya setiap hari. Dia cepat dahaga..

"Aku balik dulu Naz. Kau jalan elok-elok kang terlanggar pocong, demam kau nanti.." Nazreeq gelak perlahan.

"Gi balik la sana kau. Menyemak je."

"Okay chawww." Naqib terus menutup pintu utama. Nak tunggu anak setan tu tutup? Alamatnya perompak sempat masuk la nanti.

Nelly keluar dari dapur dan berdiri tegak di hadapan abang angkatnya. Dia berpeluk tubuh.

"Kenapa abang baru balik waktu macam ni?" Nazreeq berdecit. "Semak ah kau."

Nelly mendekatkan hidungnya ke badan Nazreeq. Dia terus menutup hidungnya apabila terhidu bauan yang tidak enak. "Ish abang minum arak lagi ke?!" Nazreeq terus mengusap telinga.

"Eh bingit la kau ni perempuan! Kalau tak menyemak hal aku tak boleh ke? Tepi lah kau! Aku jijik la tengok kau. Tak faham ke ayat aku tu? Please berdiri 1000 meter dari aku."

Nellysa memasamkan muka. Terasa? Ya dia terasa hati. Namun dia sudah sebati kerana abang angkatnya akan mengulangi ayat yang sama setiap kali bertemu empat mata dengannya.

Nazreeq berjalan perlahan-lahan untuk melangkah menaiki tangga. Dan..

BUKKK!. Dia terlanggar tiang rumah.

"Aah shit! Menatang apa pulak duk tengah rumah ni?!" Nelly menjulingkan mata. Orang nak tolong tadi berlagak sangat kan..

Nelly terus merangkyl lengan kanan abang angkatnya. "Tu namanya tiang. Fungsi tiang berdiri tegak di situ untuk menyokong struktur kediaman atau lebih afdal dipanggil menahan rumah daripada runtuh. Begitu juga solat. Tak solat maka runtuhlah agama. Abang dah solat isyak belum ni?"

"Argh memekak betul lah. Nak tazkirah kan aku pula ke? Blah lah dengan ustazah celop kau tu." Nazreeq terus menepis kasar tangan Nellysa.

Dan ya kawan-kawan. Sekali lagi dia terjelumpuk jatuh. Nelly menggeleng perlahan.

Dia kembali memapah abangnya.. "Uih beratnya abang. Kenapa berat sangat ni?"

Nazreeq tersengih miang. "Kau nak tau tak apa yang berat?" Nelly angguk. Eh lupa pula keadaan gelap. Aish.

"Nak.."

"Burung aku yang berat." Terbeliak mata Nellysa.

"Ish abang tak senonoh!" Nelly memukul dada Nazreeq. Nazreeq ketawa kuat. Gila dah dia tu. Nellysa terus menekup mulut Nazreeq.

"Abang jangan ketawa kuat sangat. Nanti papa dan mama terbangun la.." Nazreeq menyentuh tangan yang berada dimulutnya.

Disedut bauan tangan itu dengan mata terpejam. "Emmm wanginya bau tangan kau.. Rasa nak kunyah.." Nazreeq terus menggigit tangan Nelly.

"Abang!" Jeritnya namun dalam berbisik. Nelly melihat tangannya yang memerah. Ada bekas gigitan disitu. Eiii geram betul la pada abang angkatnya tu! Tak beragak nak gigit pun..

*:・゚*:・゚✧

NELLY membaringkan Nazreeq perlahan-lahan diatas katil lelaki itu. Dia terus menyelimuti Nazreeq.

Nelly senyum dan mengelus perlahan rambut lembut itu. "Walaupun abang selalu marah adik, adik tetap sayang abang.. Adik tau abang jadi macam ni sebab adik. Adik akan berusaha untuk ubah abang.. Adik janji.."

Ujarnya dengan senyuman nipis. Dia sayangkan abangnya ni. Dia masih teringat sewaktu papa dan mamanya mengambil dia dirumah anak yatim. Ketika itu dia berumur 3 tahun dan Nazreeq berumur 7 tahun.. Pandangan Nazreeq padanya seolah-olah lelaki itu sangat membencikan Nelly.

Dulu Nelly tidak faham mengapa abangnya begitu marah akan dia. Namun apabila dia berginjak ke umur 21 tahun, dia sudah faham mengapa abangnya begitu benci akan dia.

Kerana kasih sayang. Kasih sayang berbelah bagi antara anak kandung dan anak angkat. Tapi Puan Aydina dan Encik Nazeem tidak pernah pilih kasih. Mereka mencurahkan kasih sayang yang sama rata terhadap dua anaknya ini..

Tujuan mereka mengambil anak angkat kerana Puan Aydina disarankan tidak boleh mengandung lagi atas masalah rahimnya. Jadi dia perlu mengikat rahim selepas melahirkan Nazreeq.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now