NAZ||NELLY - BAB 15❤️‍🔥

22.1K 692 31
                                    


CEMBERUT sahaja wajah Nelly ketika. Dia sedang berjalan sendirian memasuki ruang kolej. Sempat dia menyepak batu-batu kecil yang menghalang laluannya.

Dia masih memikirkan apa yang Nazreeq ungkapkan semalam. Dia tertanya-tanya mengapa Nazreeq menyuruhnya berkahwin dengan kawan baik sendiri?

"Benci sangat ke dia pada aku sehingga halau aku dengan cara halus? Dia rimas dengan aku ke? Aku fikir ke dia buat baik semalam sebab nak berbaik. Tapi ada udang disebalik mee rupanya. Cis!"

Sedang dia membebel sendirian badannya tiba-tiba sahaja dirempuh seseorang. Nasib baik dia sempat berpegang pada tiang.

"Tch. Tak pasal-pasal aku kena cuci baju aku sebab terlanggar kau. Ish!" Marah seorang gadis yang berambut ikal mayang. Dia mengesat kasar baju lengan kanannya lalu menjeling dan berlalu pergi.

Nelly masih terkaku. Masih tidak faham mengapa reaksi gadis itu seolah-olah membencinya padahal dia langsung tidak mengenali gadis itu.

"Period kot.. sebab tu garang semacam." Gumam Nelly. Dia menjungkit bahu lalu menyambung balik perjalanannya.

Namun sepanjang perjalanan, dia merasa aneh apabila kebanyakan pelajar disitu memandang dia dengan pandangan jijik.

Dia menggeleng perlahan. Masih tak faham situasi sekarang. Kenapa jadi macam ni? Aku ada sentuh laki diorang ke?

Ehh bukan bukan.

"Nelly!" Nelly terus berpaling ke arah Dee yang kelihatan termengah-mengah. Marathon ke apa dia ni?

"Kau kenapa Dee? Kena kejar anjing gila ek?" Ha sudah. Nelly sudah jadi Nazreeq kuasa dua. Suka loyar buruk.

Dee menggeleng dan dalam masa yang sama dia cuba untuk mengambil nafas dengan perlahan. Lelah berlari dari tingkat atas kebawah semata-mata nk jumpa Nelly.

"Kau tak tengok whatsapp group kolej kita ke?" Nelly menggeleng. "Kenapa? Last aku tengok semalam lah.. Tu pun aku tengok sekilas je. Kenapa ni? Aku tak faham. Kenapa semua orang pelik harinni? Pandang aku pun macam nak terkam.."

Dee menarik nafas dan hembus perlahan. Sempat dia mengerling sekilas pelajar yang masih memandang jijik pada Nelly. Dee memutarkan biji mata. Menyampah. Macam la diorang tu suci murni sangat?

"Pagi tadi.. ade seseorang hantarkan details penuh kau dalam group kolej. Semuanya dah tersebar Nelly!" Nelly terkedip-kedip.

"Aku tak faham. Apa masalah dengan details aku?" Baru sahaja Dee ingin mentuturkan perkataan, ada satu suara sinis yang menghalang percakapannya.

"Wow. Nellysa Humaira binti.. Abdullah huh?" Terbeliak mata Nelly.. Macam mana.. diorang tahu? Nelly terus panggung kepala ke arah Khairina dan gengnya. Mereka senyum mengejek.

"Acah-acah anak kandung Encik Nazeem padahal dalam surat beranak details ayah tak diketahui. Marvelous! Selama ni bukan main orang agongkan sangat kau sebab ayah kau.. oops. Sorry babeh. Ayah ANGKAT kau adalah seorang penyumbang terbesar di kolej ni. Rupanya.. indah khabar dari rupa."

Khairina memandang Nelly dari atas kebawah dengan pandangan jijik.

"Anak haram eh?" Nelly mengetap bibir. Air mata mengalir perlahan. Menitis satu persatu apabila kebenaran telah dibongkarkan dalam masa yang singkat.

Pelajar sekeliling ada yang ketawa dan mengejek. Begitu juga geng Khairina. Bukan main gelak sakan..

"Aku fikirkan Dee ni dah pangkat rendah. Rupanya kau pangkat lagi rendah? Pangkat bawah tapak kaki aku?"

"STOP IT KHAIRINA! You're too much! Kau takde hak nak merendahkan Nelly macam tu!" Jerit Shafiq dari jauh.

Sungguh dia terkejut akan kenyataan bahawa Nelly adalah anak angkat Encik Nazeem namun tidaklah sampai ingin merendahkan keturunan Nelly.

Shafiq melanggar semua yang berkerumun disitu. Dee hanya menggosok bahu Nelly yang sudah menangis teresak-esak.

Khairina menjungkit kening. "What? Aku hanya menyampaikan kebenaran. Apa yang silapnya? Anak haram.. Takde bapa.. Anak kutip. Itu fakta kan?"

"Just shut up! Kau takde di tempat dia senabg la kau naj ucapkan semua tu!" Dee menjerit lantang.

Sungguh dia benci akan airmata Nelly. Kalau boleh, dia tidak mahu melihat Nelly menangis walaupun setitik pun.

Dia kenal Nelly. Nelly tidak pernah menyakitkan hati sesiapa. Nelly mempunyai hati nurani dan lembut. Manakan mungkin dia sanggup melihat kawan baiknya tersakiti sebegini.

"Kenapa bising-bising ni?!" Prof Fahri datang dengan muka tegang. Terkulat-kulat mereka yang berada disitu.

Prof Fahri adalah seorang pensyarah yang sporting dan baik. Tapi jangan dicabar kemarahannya kerana amarahnya lebih bahaya berbanding pensyarah yang lain.

"Dah takde kerja sangat ke berkerumun di sini? Pagi-pagi dah buat meeting tergempar ke? Tak reti nak nasuk kelas masing-masing ke?!" Terkejut mereka semua apabila dijerkah oleh prof Fahri.

"Tunggu apa lagi?! Masuk kelas masing-masing! Takkan la aku kena angkut semua masuk?!" Para pelajar berpusu-pusu ke kelas masing-masing termasuk Khairina. Nelly, Dee dan Shafiq pun sudah perlahan-lahan ingin ke kelas.

"Nellysa Humaira. Jumpa saya di pejabat." Nelly melepaskan segugus keluhan. Pasti ada sesuatu..

Fikirnya perkara ini akan disimpan ketat oleh pihak atasan atas permintaan Encik Nazeem. Tapi tidak tahu mengapa tiba-tiba harini terbongkar..

Kalau terbongkar sewaktu dia habis sem, dia tidak kisah. Namun sekarang terlalu awal.. Pasti akan huru-hara dimasa akan datang.

Percayalah.

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now