NAZ||NELLY - BAB 44❤️‍🔥

25.3K 593 13
                                    



"HMM.. kau tolong detect kedudukannya dan ekori dia. Jangan buat tindakan terburu-buru. Ingat, dia lagi bahaya dari kita."

Terjaga Nelly dari tidurnya apabila suara kasar suaminya menerjah masuk ke dalam rongga telinganya. Dikerling kejap jam. Baru 4.16 am. Kalau di Malaysia jam menunjukkan 10:16 pm sekarang. Kemungkinan kawan dia menelefonnya.

"Apa-apa roger." Nazreeq menutup panggilannya. Dia mengeluh perlahan. Pening dengan masalah bapa mertuanya itu.

Dia memusingkan badan ke arah katil. Tersenyum nipis dia melihat Nelly yang sedang menggosok mata. Sudahlah rambut agak kusut, bibir memuncung pula tu. Baju tidur pun terlondeh. Hmm nak goda lagi ke?

Nazreeq merapati Nelly. Nelly mendongak dan senyum tipis. Malu rasanya bila terfikirkan kisah semalam. Apatah lagi dia rasa dia la yang paling ganas huhu.

Gulp. Nelly meneguk liur kelat melihat badan sasa Nazreeq yg hanya dililit tuala di pinggang.

"Haip.. nakal eh mata tu.." Nazreeq mencuit hidung Nelly. Nelly terhenti dari lamunan dan tersengih ke arah Nazreeq. "Nak peluk.. Nelly sejuk.."

Nazreeq gelak perlahan. Dia menggeleng sekejap. Manja! Tak boleh berenggang sikit darinya.

Nazreeq menghenyak punggung dikatil dan menyandar di kepala katil. Dia merangkul Nelly merapat dan menyandarkan kepala Nelly ke dadanya. Nazreeq merehatkan dagu diatas kepala Nelly.

Tenang.. Itu yang dirasai sekarang. Apatah lagi ada seseorang yang dia cintai bersebelahannya. Bauan dari celah rambut serta badan Nelly telah menenangkan hati dan fikirannya.

"Siapa call tadi, abang?" Tanya Nelly sambil bermain dengan perut berotot suaminya. Hehe Nelly miang is coming..

"Awek aku.. aww sakit la baby.. kenapa gigit sixpack aku?" Pedih! Nelly suka menggigit dari semalam.

"Biar kendur sixpack abang. Gatal sangat nak mengorat awek lain kan?" Nazreeq tersengih lalu dia menunduk untuk mengemam pipi Nelly. Nelly senyum geli dan menolak-nolak muka Nazreeq.

Ish suka kemam pipi dia!

Nelly mengeluh. "Abang.. Nelly cemburu bila tengok keakraban anak dan ayah dekat jambatan tadi.. Kenapa Nelly tak dapat rasai yang tu? Kenapa ayah kandung Nelly lain dari yang lain?" Mata Nelly mula berkaca terkenangkan nasibnya.

Nazreeq menggosok perlahan bahu Nelly yang terdedah. Diangkat sedikit baju tidur yang terlondeh. Dia memeluk erat badan Nelly. Sejuk cuaca malam ni. Nasib baik ada Nelly sebagai pemanas badannya.

"Sebab Nelly adalah salah seorang hambaNya yang istimewa. Allah nak uji kesabaran Nelly. Dia tahu Nelly adalah seorang yang kuat dan boleh bertahan kerana itulah Dia memberikan ujian ni. Semua manusia akan dpat ujian masing-masing sayang.. Tapi setiap ujian ada hikmahnya."

Nazreeq mencium sekejap kepala Nelly. "Cuba Nelly fikir.. Kalau ayah Nelly tak buang Nelly, Nelly tak akan berjumpa dengan papa dan mama. Nelly juga tak akan jumpa dengan abang kan? Nelly takkan dapat kemewahan seperti sekarang.. Kadang-kadang manusia sering bertanya 'kenapa' namun mereka alpa tentang kelebihan yang mereka peroleh."

Nelly mengangguk. Dia memeluk erat badan Nazreeq. Sempat dia mencium sekilas dada Nazreeq. "Betul.. Nelly yang tak bersyukur. Nelly selalu bertanya namun Nelly tak pernah mengucapkan syukur dengan apa yang Nelly peroleh.."

Nazreeq tersenyum. Sangat mudah untuk menghilangkan gusar dihati Nelly.

"Dah.. tak payah fikir sangat hal yang dah lepas. Sambung tidur.. awal lagi ni.." Nazreeq menepuk-nepuk badan Nelly.

Nelly mengangguk. Matanya makin dipejam perlahan. Kantuknya masih bermaharajalela.

"Nelly.." Nelly mengumam sahaja. "Hmm."

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now