NAZ||NELLY - BAB 9❤️‍🔥

21.4K 720 17
                                    



NELLY menelan liur kesat. Tangannya erat menggenggam tali pinggang yang dipakainya. Kadang-kadang dia mengerling Nazreeq yang sedang memandu dalam keadaan tegang.

Walaweh laju gila babih! Rasa macam nak tercabut jantung. Terasa umpama kereta akan terbelah dua sekejap lagi!!

Nelly memejam mata erat. Dia beristighfar. Betapa takutnya dia sekarang. Dengan kelajuan maksimum lagi, dengan ketegangan wajah Nazreeq lagi. Sudahlah cuaca diluar amat gelap kerana sekarang sudah malam.

"A..abang.. boleh perlahan sikit? Adik takut..." Perlahan suaranya mengarah abangnya yang sedang dilanda kemarahan. Nazreeq menghentak sterengnya. Tersentak Nelly.

"Aku tak faham! Apa yang dia tak puas hati sangat dengan mama aku?! Asyik nak mengata je! Tu. Anak makngah pun sorang juga. Takde pula dia membenci makngah aku. Sebab apa? Sebab makngah aku anak dia! Sedangkan mama aku hanya menantu dia! Bodoh! Dasar orang tua pilih kasih! Shit!"

Nazreeq mengetap bibir. Kemarahannya makin bertambah apabila tokma mencurahkan kasih sayang yang berlainan mengikut pangkat.

Nelly sesak nafas! Dia amat takut dengan keadaan sekarang ditambah pula Nazreeq yang memaki hamun didalam kereta. Terasa seperti sesak sahaja sekarang.

"A..ba..ng.." Nelly menggenggam lengan Nazreeq. Nazreeq berdecit.

"Wha--Nelly? Kau kenapa ni?!" Nazreeq terus menghentikan keretanya ditepi persisiran pantai. Kebetulan pula lalu disini.

Nazreeq melepaskan tali pinggangnya kemudian mencabut tali pinggang di badan Nelly.

Dia menekup muka Nelly yang seumpama kehabisan nafas. Shit! Dia terlupa Nelly tidak boleh terlalu takut. Kalau dia terlalu takut dia akan sesak nafas seperti sekarang.

Nazreeq merapatkan muka ke arah Nelly dengan kedua tangannya setia menekup pipi Nelly.

"Dengar aku.. breath in.. breath out.." Nelly menatap wajah cemas Nazreeq dan hanya mengikuti arahan Nazreeq.

"Okay? Lagi. Buat lagi sampai kau tenang.." Sangat lembut percakapan Nazreeq ketika ini. Betapa dia takut melihat keadaan Nelly saat ini.

Nelly semakin tenang. Dia sudah boleh bernafas dengan baik.. Nelly senyum tipis dan mengangguk kepada Nazreeq.

Nazreeq melepaskan nafas yang berat. Dia melepaskan pegangan di pipi Nelly lalu mengesat sedikit peluh didahi Nelly. Nazreeq menyandar dikerusinya namun mata masih tertancap pada mata bening Nelly.

"Kau buat aku takut la Nelly.." Ujar Nazreeq lalu memejam mata erat. Nelly senyum tipis. Tangan menepuk sedikit paha Nazreeq.

"Ala sikit jelah. Adik dah biasa alami ni.." Nazreeq mencelikkan mata. Sungguh indah pemandangan dihadapannya sekarang. Nelly tersenyum manis ke arahnya. Mata bulat itu terkedip-kedip melihatnya.

Nazreeq gelak perlahan. Dia tarik sedikit hidung mancung milik Nelly. Nelly mengaduh sakit.

"Aww abang. Sakitlah hidung adik.." Nelly memuncung lalu mengusap hidungnya sndiri.

Nazreeq senyum senget. "Kau tau tak Nelly.."

"Tak." Nazreeq menjeling tajam. "Aku tak habis cakap lagi tau? Kau nak aku campak kau dalam laut sana ke?" Nelly tersengih.

"Hehe ok ok abang sambung cakap. Adik dengar.."

Nazreeq geleng perlahan. Tenang sahaja hatinya sekarang selepas bergelak ketawa dengan Nelly. Kerana itulah dia bawa Nelly untuk menemaninya. Hanya gadis itu yang mampu menenangkan jiwanya.

"Kau nak tahu tak, kalau kau sesak nafas lebih lama tadi, dah lama aku bagi cpr pada kau.." Nazreeq senyum senget lalu menggigit bibirnya.

Nelly tergamam. Apakah? Kenapa jantung dia dup dap dup dap laju sangat apabila melihat wajah Nazreeq sekarang?

Nelly gelak buat-buat. "Ha ha ha abang ni kelakar la.." Nelly menggaru hidungnya yang tidak gatal. Berona merah pipinya sekarang. Terasa sangat panas kedua pipinya.

Nazreeq sengih. Dia menyentuh kejap pipi gebu milik Nelly yang kemerahan. Tersentak Nelly dibuatnya.

"Aw panasnya. Apahal pipi kau panas sangat? Kau blushing eaa? Kau fikir apa? Otak kuning juga kau ni..Tak sabar nak cium bibir aku ke?" Nazreeq mengecilkan mata melihat Nelly.

Nelly mengemam bibir. Betul la tu. Argh!! Sampai hati abang buat orang malu!

"Ish! Mana ada la.. Panas la dekat sini. Kita keluar jom abang? Kita duk tepi pantai tu ambil angin malam.."

Nazreeq berdecit. "Kalau kau nak ajak aku dating, cakap je la.. Bagi alasan pula."

Nelly mengerutkan dahi. "Mana ada lah! Kalau adik ajak pun abang sudi ke?" Nazreeq menolak isi pipinya menggunakan lidah. Kena jujur ke? Takyah la eh.

"Tak. Tak hingin aku dating dengan kau. Kau tu menyakitkan hati aku je. Lebih baik aku dating dengan Alisya daripada kau." Terus Nazreeq membuka pintu kereta dan keluar dari keretanya.

Sempat dia menggeliat sedikit. Fuhh aman rasa.

Nelly pula menggigit bibirnya. Kenapa dia rasa.. lain? Kenapa hatinya rasa sakit apabila Nazreeq menyebut nama Alisya.. Kenapa dia rasa pedih apabila Nazreeq lebih memilih Alisya berbandingnya?

Tok tok! Nelly terkejut dengan bunyi ketukan itu. Dia terus keluar dari kereta. Nazreeq berkerut melihat Nelly tang terkedek-kedek ke arahnya. Dia meluku kepala Nellysa.

"Apahal lambat sangat? Macam mak nenek je kau ni. Takkan nak suruh aku dukung kot?" Nelly mencemberutkan wajahnya. Tangan menggosok perlahan kepala yang diluku..

"Kalau adik suruh dukung, abang nak dukung ke?" Sekali lagi Nazreeq tergamam. Nak jawab apa? Aci tak kalau tak jujur sekali lagi?

"Lebih baik aku dukung Alisya dari kau. Kau tu berat. Alisya tu badan macam model. Kau pula macam badak sumbu. Ah taknak ah aku." Nelly menunduk.

Terasa la dia.. Mana ada dia berat pun.. Berat dia 49kg sahaja.. Dia sensitif kalau sebut pasal berat ni. Sudahlah Nazreeq membandingkan dirinya dengan orang lain pula tu..

Nelly terus berlalu ke pantai. Malas la nak bercakap dengan Abang Areeq. Abang Areeq tak sayang Nelly.. Nelly kena sedar diri lepas ni..

Nazreeq berdecit. Dia nak bergurau saja. Silap dia lagi ke?

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now