NAZ||NELLY - BAB 40❤️‍🔥

24.4K 659 31
                                    


NAZREEQ menolak isian pipinya menggunakan lidah. Agak tidak puas hati dengan lakaran senibina yang dia buat. Dia mendengus. Semua ni kerana memikirkan ayah mertuanya yang berjaya melarikan diri dari stor mereka.

Firash sudah mengurung lelaki itu ke dalam stor miliknya. Namun lelaki itu terlepas dengan jayanya. Dia terlupa bahawa lelaki itu penagih dadah. Semestinya la dia mempunyai lebih banyak tenaga berbanding orang normal yang lain..

"Coffee?" Tanya Firash. Tersentak Nazreeq dibuatnya. "Hmm thanks." Nazreeq menyambutnya kemudian menghirup sedikit. Agak lega apabila kopi untuk melalui rongga tekaknya.

Firash berkerut melihat Nazreeq yang masih mengelamun. "Kau kenapa Naz? Ada masalah lagi ke? Alah kalau pasal bapak mertua kau tu kau tak payah ambil hal sangat la.."

Nazreeq mengangguk. "Aku masih takut dia berkeliaran area ni.. Aku takut dia sentuh Nelly aku."

"Kan aku dah upah orang untuk jaga Nelly dari jauh.. Kau ni bimbang sangat.." Firash menggeleng. Sedikit geli hati apabila Nazreeq menyebut 'Nelly aku' tadi. Haish aku single ni! Jangan buat aku jeles boleh tak?

"Hmm." Firash menjulingkan mata. Dasar dry talk. Macam mana la Nelly boleh bertahan dengan si Nazreeq ni?

*:・゚✧*:・゚

"AKU dah lama tak nampak Khairina. Ke mana dah dia weh?" Tanya Dee yang sedang menikmati makanan tengahari. Ceh. Bukan makanan tengahari sangar pun. Makan roti je.. Diet katanya.

Mereka berada dibawah pokok dibangku kolej. Nelly yang sedang mengunyah terhenti seketika. Dia menjungkit bahu. Malas nak jawab. Rasa membara pula hati ni bila bercakap tentang perempuan tu..

"Kesian pula aku tengok Alisya tu. Keseorangan je dia." Kata Dee sambil memerhati Alisya yang sedang makan sendirian. Tiada sesiapa yang mahu mendekatinya kerana mereka fikir Alisya seperti Khairina. Ramai yang tahu Alisya dan Khairina berkawan baik dahulu.

Nelly panggung kepala ke arag itu. "ALISYA WOI!! Sini laa lepak!" Tempik Nelly. Terkejut Dee dibuatnya. Pertama kerana Nelly menjerit seperti jantan. Dan kedua Nelly ajak Alisya lepak. Siyess ah?

Alisya tersentak. Dia tersengih janggal ke arah Nelly. Sempat dia menggaru kepala sekejap. Dia bangun dan melangkah mendekati Nelly.

"Er tak apa ke aku duduk sini? Ta..tak ganggu?" Berkerut dahi Nelly apabila melihat Alisya yang tergagap. Dia takut siapa? Nelly terus mencerlung yang sedang menayangkan riak garang dan berpeluk tubuh. Hm patutlah member tu takut.

Nelly mengetuk kepala Dee. "Ish kau ni! Kesian dia takut sebab kau buat muka macam tu.." Dee memuncung dan gosok perlahan kepalanya. "Ala dia kan pelajar baru. Saja je aku nak buli sikit."

Nelly menjulingkan matanya. "Apa-apa je la.." Alisya mengetap bibir. "Nelly.."

Nelly senyum ke arah Alisya. "Hm?"

Alisya meneguk liur kesat. "Aku nak minta maaf sebab aku banyak dosa pada kau. Pasal maklumat kau.. aku yang bocorkan."

Terbeliak mata Dee. Dia bangun mendadak. "Aku dah agak. Kalau bukan Khairina, mesti kau! Antara dua ekor ni!" Terpejam mata Alisya dijerkah sebegitu.

"Ish kau ni Dee. Sudahlah. Bagus juga Alisya buat macam tu. Sebab kan hal tu lah aku dapat kahwin dengan abang Areeq.. ehek.."

Dee menjulingkan mata. "Gedik." Alisya senyum tipis melihat keakraban dua sekawan itu.

"Alahh Alisya benda dah lepas dah pun. Dah lah. Jom lepak dengan kita orang. Tapi kau kena sabar sikit la dengan Dee ni. Dia ni mulut celupar sikit."

"Ehh kau pun 2x5. Jangan nak membahan aku je."

Nelly mengangguk. "Ooo. Ada aku tanya?"

"Ish bencilah! Laki bini sama je! Menyakitkan hati!" Nelly dan Alisya ketawa berdekah melihat wajah cemberut Dee. Ciss betul lah.

*:・゚*:・゚✧

TOKMA memandang tajam ke arah dua cucu perempuannya. Dia menjungkit kening melihat senyuman gedik Nelly dan senyuman janggal Alisya.

"Err tokma. Nelly pandai potong lobak sekarang." Kata Alisya. Nelly senyum. Yess alisya menangkan dia..

"Kalau potong lobak semua orang pun pandai. Jangan cakap orang, arnab pun pandai potong guna gigi dia. Macam tu pun nak puji juga ke?" Nelly menyepak sikit kaki Alisya.

"Err haa Nelly dah boleh makan budu!" Terbeliak mata Nelly. Dia menggeleng perlahan ke arah Alisya. Tokma senyum jahat melihat gelengan Nelly.

"Ooh bagus. Cucu menantu yang bagus. Kebetulan hari ni mak mertua kau masak ikan baung masak tempoyak. Cicah dngan budu memang sedap. Jom ikut aku." Tokma menarik tangan Nelly.

Nelly menunjukkan riak sebek ke arah Alisya. Alisya mengemam bibir. Sowwyy Nelly. Lama tak khianat kau hakhak. Katanya dalam hati.

"Makan." Nelly sengih setelah tokma meletakkan budu dan ikan baung diatas meja. "Err Nelly tunggu abang Areeq dulu boleh? Tak elok la isteri makan tanpa suami.. kan tokma kan?"

Tokma menjeling. Emph! Alasan lagi..

"Aik? Bukan Nelly kata Naz balik lambat ke tadi? Sebab tu Nelly datang sini kan?" Nelly membulatkan mata ke arah mamanya dan menggeleng laju. Tokma senyum sinis.

"Hmm kalau macam tu aku bagi kelonggaran lah kat kau hari ni. Kau boleh makan tanpa suami. Kalau kau tunggu suami tak ke kebulur kau?"

Nelly menyebik. "Tokmaa. Nelly tak boleh makan budu.. Haritu Nelly muntah.."

Terbeliak Puan Aydina. "Muntah? Nelly mengandung ke?"

Nelly menggeleng. "Takk.. masa tu Nelly tak buat lagi ehem-ehem dengan abang Areeq.."

Giliran tokma pula terkejut. "Bila kau muntah?"

"Seminggu lepas."

"APA?!" Terkejut Puan Aydina dan Nelly. Sempat mereka mngusap dada mendengarkan jeritan itu.

"Seminggu lepas dah masuk 3 bulan korang kahwin. 3 Bulan tak bersentuh dengan suami?!"

Nelly senyum janggal. "Err.. Nelly.. err abang sibuk. Jadi.."

"JADI APA?! Takkan malam tak sempat nak beromen?!" Nelly menggigit bibir. Mampus. Silap cakap pula..

Tokma membuang keluh. "Ikut aku pergi mall."

"Hah? Buat apa tokma?" Tokma menjulingkan mata.

"Aku teman kau beli lingerie. Pakai masa honeymoon nanti." Terbeliak mata Nelly.

"Err kami tak sempat pergi honeymoon tokma. Lagipun abang Areeq tak cukup duit lagi.."

"Aku belanja. Kau cuti bila?" Nelly menggigit bibir. Dia panggung kepala ke arah mertuanya. Puan Aydina hanya senyum..

"Tak payah nak minta tolong mertua kau. Aku tolong kau goda laki ni. CUTI SEM BILA?!"

"4 ... 4 hari lagi. Haa 4 hari lagi tokma.." Kuss semangat. Sakit rasanya jantung ni apabila tokma menjerit.

Tokma mengangguk. "Dina, bagitau Zeem mak nak dia beli tiket kapal terbang ke Paris. Mak tanggung semua kos diorang berbulan madu. Sekarang!"

"Baik mak.." Nelly tersenyum lebar apabila tokma menyebut Paris. Uwuuuu dia nak sangat pergi kesana..

Nelly mara dan memeluk erat tokma. "Thank you tokmaa. Nelly saaaayangggg tokma." Tokma senyum tipis.

Dia menolak kasar badan Nelly. Nelly memuncung. "Jangan peluk aku. Berlengas. Jom bersiap beli lingerie."

Nelly tersengih. "Ehh.. tokma. Makanan ni macam mana?"

"Nanti aku bagi beruk makan."

"Hekhek muahhh tokma muahhh."

TBC🤍
Honeymoon time👀

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now