NAZ||NELLY - BAB 20❤️‍🔥

24.3K 786 17
                                    


HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ini kita bakal menyaksikan dua mempelai diijabkabulkan di masjid berdekatan rumah Encik Nazeem.

Nelly yang meminta agar diijabkabulkan di sini dan Nazreeq hanya mengikut sahaja.

Namun tidak mudah untuk mereka menyiapkan persediaan untuk berkahwin kerana setiap hari mereka akan bergaduh mulut.

'Adik nak bunga warna pink' -Nelly

'Kau gila ke Nelly? Buatlah warna hitam barulah gempak.' - Nazreeq

'Kenapa pula tema untuk bernikah warna hitam? Orang nikah baju warna putih la abang.' -Nelly

'Suka hati aku la aku yang nak kahwin. Kau senyap je la budak. Budak-budak tak boleh masuk campur hal orang tua' - Nazreeq

'Adik nak tema fairy untuk bersanding.' -Nelly

'Kepala otak kau! Muka aku punyalah gangster, kau nak buat tema pink yang budak-budak tu? No!' - Nazreeq

Itulah perkataan-perkataan yang mereka ungkapkan. Pening Encik Nazeem dan Puan Aydina dibuatnya apabila kedua-dua mereka tidak mahu mengalah.

Akhir sekali Puan Aydina yang menguruskan segalanya. Tamat lah kisah pergaduhan dua merpati sejoli itu apabila mama mereka masuk campur. Hahah padan muka!

Dan disinilah mereka dihadapan tok kadi. Sungguh kekok senyuman mereka sekarang. Dee menyenggol tangan Nelly. Dia membisik perlahan.

"Weh Nelly kau senyum elok-elok boleh? Nampak sangat senyum buat-buat kau tu. Nanti masuk album jadi buruk. Kau nak ke?" Nelly menggeleng. "Taknak."

Dia terus senyum lebar. Terkejut photographer dibuatnya. "Err pengantin perempuan, senyum biasa-biasa je. Jangan lebar sangat sampai ke telinga.. Nampak macam clown pula." Tercetus tawa Dee.

"Ish kau la ni Dee. Malu aku!" Bisik Nelly.

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah" Terkejut Nelly dibuatnya. Dia menyenggol bahu Dee. "Weh dah sah ke weh? Aku jadi bini orang dah ke weh?" Dee menolak kepala Nelly.

"Ha'ah. Kau tu la tak fokus sangat tadi. Cepat tadah doa tu." Nelly langsung menadah doa. Aduhh malu! Kenapa la dia boleh tak fokus tadi. Tiberr dah jadi bini orang.

Bini abang Areeq hekhek. Sukaaa.

Nazreeq menjulingkan mata melihat Nelly yang sedang tersenyum lebar dihadapannya. "Tunggu apa lagi? Bak la tangan kau aku nak sarung cincin."

Nelly mencebik. "Mana ada orang sarung cincin kat tangan. Orang sarung cincin kat jari. Abang tak belajar ea bab tu?" Nazreeq menjeling. "Loyar buruk nampak."

"Ikut perangai abang." Nazreeq berdecit. Ada saja nak menjawab.

"Sarung la cincin tu cepat! Aku nak tangkap gambar ni. Lemah lutut aku tunggu korang. Nak bincang pasal salam kelambu nanti-nanti je lah.." Ujar Naqib yang sedang memegang telefon bimbitnya.

Fuhlamak siapa mengangkang luas lagi kakinya. Nak tangkap gambar punya pasal.

Nazreeq menjeling. "Yang kau duk berdiri mengangkang apahal? Duduk la bawah. Macam la buruk gambar tu kalau angle lari sikit."

"Naz! Cepatlah salam. Kamu ni duk menyembang pulak.." Puan Aydina menegur. Orang lain duk tahan ketawa melihat adegan itu. Malu Puan Aydina dibuatnya.

Nelly terkekeh ketawa namun mati kekehannya apabila dia bertentang mata dengan tokma. Gulp.

Garangnya muka tokma. Nak berperang ke mana tu? Tepi dia ada Alisya.. Cis. Masam mencuka muka tu. Cuka pun tak masam macam tu...

Nazreeq menjetik dahi Nelly. "Aw abang!"

"Fokus la aku nak sarung cincin ni. Kau duk mengintai dekat lain kenapa?"

Puan Aydina dan Puan Alina ketawa perlahan. Ada sahaja la perangai budak-budak ni..

*:・゚✧*:・゚✧

"KENAPA papa tiba-tiba nak jumpa kami ni?" Tanya Nazreeq kepada papanya.

Encik Nazeem dan Puan Aydina memanggil mereka untuk berjumpa berbincang di ruang tamu. Mereka baru sahaja selesai bersanding tadi.

Encik Nazeem senyum tipis. Dia menghulurkan tangannya ke arah Nazreeq. Nazreeq bingung namun dia menyambut huluran papa dengan dahi berkerut.

Encik Nazeem berdecit. Dia menepis tangan anaknya. "Bukan la. Bagi sini kad kredit dan kunci kereta. Papa nakkan hak papa."

Terlopong Nazreeq. "What?!"

Encik Nazeem mengangguk dengan senyuman mengejek. "Yap. Bagi kunci kereta dan kad kredit yang papa topapkan setiap bulan. Lepas ni Naz kena berdikari. Naz kena pandai-pandai cari duit sendiri untuk menanggung anak dara orang."

Nazreeq menjeling Nelly. Nelly senyum menunjukkan gigi bersusun. "Adik tak tahu apa-apa. Jangan tanya adik.."

"Ish!" Nazreeq mendengus. "Jadi lepas ni Naz nak pergi mana-mana macam mana?"

"Superbike Naz ada. Itu je harta Naz sekarang ni sebab Naz beli dengan duit Naz sndiri kan? So that's it."

"What?!" Jerit Nazreeq lagi.

"Dan satu lagi mulai saat ini korang akan berdikari. Korang akan duduk berasingan dari mama papa."

"What?!" Kali ini Nelly dan Nazreeq serentak menanyakan itu.

Puan Aydina memberi kunci rumah kepada Nelly. "Anggap je la tu hadiah kahwin dari kami." Puan Aydina senyum lebar.

"Hadiah apanya. Tu kan rumah masa papa bujang haritu.." Keluh Nazreeq.

Encik Nazeem mengangguk. "Yep papa dah sediakan untuk kamu. Para penyewa pun papa dah halau semata-mata untuk kamu tau Naz. So terima lah hadiah tu."

"Ok so dah boleh mula." Terkejut Naz dibuatnya.

"Eh kejap. Sekarang ni Naz takde duit tau? Takkan papa taknak bagi duit pada Naz?"

Encik Nazeem memberikan rm500 kepada anaknya. "Itu duitnya."

Nazreeq mengeluh. "Tak cukup la pa."

"Kalau rasa tak cukup, pandai-pandai la datang ke office papa esok. Datang minta kerja. Mudah kan?"

Nazreeq mengusutkan rambutnya. Dah agak. Papa sengaja buat seperti itu supaya dia memulakan pekerjaan di syarikat papanya.

Nak taknak dia kena kerja juga la. Kalau tak kerja macam mana nak tanggung budak tecik tu?

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now