NAZ||NELLY - BAB 7❤️‍🔥

21.1K 740 8
                                    



NAZREEQ menarik handbrake nya apabila dia sudah sampai dihalaman rumahnya. Dia mengerling ke Nelly yang sedang memuncung. Berkerut wajahnya melihat riak wajah adik angkatnya itu.

"Kau pahal memuncung macam itik kena sawan? Kau tu dahlah buruk. Makin muncung makin buruk tau tak?" Nelly berdecit.

"Abang ni kalau tak menyakitkan hati dalam sehari tak boleh ke? Abang la punya pasal. Bukan main kami berbincang tadi tapi abang selalu masuk campur. Kenapa? Nak tunjuk sangat yang abang pandai dalam jurusan arkitek? Kalau nak tunjuk sangat lebih baik abang masuk pejabat papa je daripada duk lepak setiap masa."

Nazreeq mengetap rahang. Paling pantang apabila orang sibuk dalam hal dia.

"Kau apahal? Tak reti terima kasih dekat aku? Eh aku teman kau pun kira bersyukurlah. Aku tengok kau dengan budak-budak tadi macam bodoh je dalam jurusan ni. Lebih baik korang ambik jurusan seni biase je kalau macam tu je gaya korang berfikir."

Nelly mengetap bibir. "Abang kenapa?! Tak perlu lah nak merendahkan kami!"

"Kepala otak kau tu yang merendahkan kau. Kalau kau rasa kau tak boleh nak teruskan, beritahu bapak aku yang kau nak undur diri dari jurusan ni. Tak perlu nak tunjuk baik balas jasa bapak aku! Tak perlu tunjuk munafik depan aku!"

Nelly tergamam. Nazreeq kelihatan begitu marah. Timbul urat-urat didahinya. Nelly berasa bersalah. Salah dia kerana terlampau lancar berbicara padahal Nazreeq hanya ingin membantunya.

"Abang.." Nelly ingin memegang lengan Nazreeq namun lelaki itu menepis dengan kasar.

"Tak payah nak sentuh aku la perempuan! Aku layan kau baik-baik, kau boleh naik lemak pulak! Kalau aku tahu macam ni cara kau berterima kasih, lebih baik aku tak payah tolong. Menyemak tau tak menyemak?!"

Nazreeq membuka pintu dan terus menghempas kuat. Sakit hati dengan perangai adik angkatnya yang tidak tahu berterima kasih. Dia hanya ingin menjaga keselamatan Nelly. Kerana itulah dia menemani dari awal hingga akhir. Dia sanggup cancel semua perjumpaan bersama kawannya semata-mata demi Nelly.

Nelly menggigit bibir. Rasa bersalah! Tak boleh jadi. Dia kena minta maaf jugak!

Nelly keluar dari pintu kereta dan menutup pintu tersebut. Dia terus pergi ke arah Nazreeq yang sedang menyandar di pintu kereta itu.

"Aba--" Belum sempat dia berkata, dia ternampak ada satu kereta honda sivic memasuki halaman rumahnya. Nazreeq berdecit. Dia kenal gerangan itu. Manakala Nelly hanya memerhati.. Dia juga kenal akan kereta itu..

"Hye Abang Naz!" Keluar seorang gadis yang berambut perang dari kereta tersebut. Nelly senyum tipis pada sepupu Nazreeq.

"Alisya.. mama dah cakap kan bagi salam dulu? Aih budak ni.." Puan Alina menggeleng sahaja melihat perilaku anak daranya. Dia senyum tipis pada Nazreeq dan Nelly.

"Assalamualaikum.. Hye Nelly.. Makngah rindu laa." Puan Alina langsung memeluk tubuh Nelly. Nelly senyum lebar membalas pelukan itu. Alisya mencebik. Sayang sangat anak angkat tu dah kenapa?

"Hehe Waalaikumsalam.. Nelly pun rindu makngah.." Ujar Nelly. Dia sangat bersyukur makngah nya ini menerimanya dalam keluarga itu.

"Aik? Rindu makngah je? Pakngah tiada siapa nak rindu ke?" Nelly terkekeh ketawa. Dia menyalami pakngahnya. Encik Amin mengelus perlahan kepala Nelly.

"Dah tak tahu halal haram ke? Duk salam orang bukan mahram." Nelly terus mengangkat kepalanya. Dia melepaskan perlahan tangan Pakngah apabila terdengar satu suara tua dari kereta itu.

Nazreeq berdecit. Ini yang malas ni..

"Tokma.." Nelly senyum dan meluru ke arah Tokma namun Tokma hanya melanggar bahunya dan terus menuju ke arah Nazreeq. Hampir terjelumpuk jatuh Nelly dibuatnya.

Nazreeq mendengus. Duk langgar bahu orang apahal? Kurang ajar la orang tua ni..

Puan Alina terus menarik lengan Nelly dan merangkul bahunya dari tepi sebagai tanda memujuk.

"Cucu tokmaa.." Tokma memeluk erat Nazreeq. Nazreeq membalas pelukan itu dengan senyum paksa.

Dia sayang tokmanya namun dia tidak berapa gemar kebencian tokma terhadap adik angkatnya.

Hanya dia sahaja yang boleh membenci Nellysa. Orang lain tak boleh!

TBC🤍
Eceh tokma ni..

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now