NAZ||NELLY - BAB 2❤️‍🔥

25.5K 773 34
                                    



NAZREEQ berdecit perlahan mendengar ketukan pintu yang bertalu-talu. Sudah dia kata jangan ganggu paginya namun pasti ada seseorang yang mengetuknya.

"Abang bangun! Dah pukul 8 ni! Jom sarapan!" Nazreeq menekup kepala menggunakan bantal. Semak betul! "Abang!"

Nazreeq mengusutkan rambutnya. "Ha yelah! Kau pergi la makan dulu! Aku tak mati la kalau makan lambat pun!"

Nelly mencekak pinggang. Terus matanya terkalih ke arah Makminah yang sudah terketar tu. Makminah tidak berani dengan anak majikan sulongnya tu. Kerana dia punya garang memang tiada tandingan.. Hanya budak ni sorang sahaja yang berani.

"Makminah tengok la tu abang Areeq. Kita bimbang dia gastrik tapi dia pula buat tak layan. Nanti kalau gasterik macam mana? Papa dan mama dah malas layan. Mesti Nelly yang kena hantar dia ke klinik kan?" Makminah senyum paksa dan angguk.

Dia takut berdiri di hadapan pintu encik singa tu. Terasa aura hitam begitu dalam! Seram mak!

Nazreeq mendengus. "Menyemak betul la perempuan ni! Tengok! Kan dah tak boleh tidur!" Dia bangun menyandar ke kepala katil. Nazreeq menyentuh kepalanya yang berdenyut.

Nazreeq berdecit. "Menyesal pulak aku minum air tu semalam. Pedih sial kepala aku. Rasa macam nak meletop pun ada. Ni semua sebab papa la ni duk paksa aku semalam.. Stress!"

Encik Nazeem menyuruh Nazreeq masuk ke dalam pejabatnya. Nazreeq sepatutnya menjadi arkitek kerana dia mengambil jurusan seni bina ketika dulu. Namun kemalasan Nazreeq meluluhkan hati tuanya.

Nazreeq terlampau bebas dan terlampau 'remaja' padahal umurnya sudah berginjak 25 tahun. Kerana itulah papanya memaksanya masuk kerja di pejabat milik Encik Nazeem.

Nazreeq menurunkan kakinya. Dia berdesis. Kepala sakit teramat! Nak bangun pun tak boleh.. "Woi perempuan kau ada dekat luar lagi ke?!" Tanyanya ke arah pintu yang tertutup.

Nelly yang masih berada diluar mengerling ke arah Makminah. "Haa tengok la tu Makminah. Ada la tu dia nak menyuruh Nelly. Nelly dah agak! Dia tu selalu macam tu.." Makminah garu kepala.

Walaupun Nelly dan Nazreeq sentiasa bergaduh namun percayalah, Nazreeq tetap juga akan meminta tolong adik angkatnya jikalau dalam kesusahan. Seperti sekarang la.

"Woi kau dengar tak? Ke kau dah berambus?!"

"Haa apa dia? Tak dengar la abang Areeq. Abang Areeq panggil adik ke?" Makminah menggeleng. Begitulah Nelly. Tidak tahu erti takut.

"Siapa lagi pompuan yang ada dekat luar selain kau?!" Terjerit-jerit macam beruk.

"Ni Makmi--ehh?" Terkedip-kedip matanya apabila kelibat Makminah sudah hilang. Ceh cepatnya lari.

"Buka lah pintu aku tu. Bukannya aku kunci pun!" Nellysa menguak pintu bilik abangnya. Dia tersengih melihat Nazreeq yang tidak memakai baju.

"Tersengih-sengih. Tolong papah aku jap. Kepala aku macam nak pecah."

"Kepala je nak pecah.. Kaki tak cacat lagi kan?" Nazreeq yang sedang mengurut kepalanya terus panggung kepala ke arah gadis yang sedang tersengih kambing itu.

"Melawan kau eh? Nak tolong aku pun berkira juga ke?" Nelly terkekeh ketawa.

"Dahlah. Meh adik tolong. Tapi adik tak boleh tolong mandikan abang tau. Abang mandi sendirilah nanti." Katanya sambil memapah abangnya.

"Umph. Berat dengan dosa kan abang ni?" Nazreeq mendengus. Menyakitkan hati sungguh la dia ni..

Nelly terus melepaskan rangkulan apabila mereka sudah sampai di pintu bilik air. Nazreeq tersengih kejap.

"Kau taknak masuk tengok aku bogel? Best pe new view.." Nellysa mempamerkan riak jijik.

"Eii taknak lah adik. Nanti termuntah pula."

Terjungkit kening Nazreeq. "Aik? Baru tengok bebird aku terus nak muntah? Cepat sangat mengandung nya.."

"Abang! Eii selalu cakap kotor dengan adik!" Jerit Nelly lalu memukul perlahan lengan Nazreeq. Nazreeq menjungkit bahu. Dia memusingkan tubuh dan dengan selamba dia menutup pintu bilik air. Nelly mengetap bibir. Ish geram!

Waktu susah bukan main minta tolong. Tapi waktu senang, kita dekat dengan dia pun dia dah cakap jijik..

*:・゚✧*:・゚✧

NAZREEQ turun dari tangga dengan begitu bergaya. Tidak diendahkan ahli keluarganya yang sedang menikmati makan pagi.

"Naz nak pergi mana?" Nazreeq berdecit mendengar suara garau itu. Ni malas ni..

"Keluar." Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut itu. Sudahlah tidak pandang sedikit bapanya ketika bercakap. Hmph!

"Semalam balik pukul berapa?" Nazreeq terus memusingkan tubuh ke meja makan. Mencerlung matanya melihat adik angkatnya yang sudah menunduk. Dia mengetap bibir. Mesti budak tu yang report!

"Tak payah cerlung adik macam tu. Papa yang terdengar bunyi kereta pukul 1 pagi semalam. Naz pergi mana? Asyik melepak saja. Tak habis-habis lagi ke zaman remaja Naz tu?" Nazreeq mengusutkan rambut. Ni yang malas nak berdepan dengan papa ni!

"Naz dah besar pa. Jadi itu hak Naz la same ada Naz nak keluar bila-bila masa atau nak balik pukul berapa. Naz pandai jaga diri."

Encik Nazeem mendengus. "Pandai jaga diri konon. Kalau pandai jaga diri maknanya pandai bertanggungjawab atas diri sendiri. Ni apa? Duk melepak sampai pagi. Kerja pun tak pergi. Apa nak jadilah kamu ni?!" Meninggi intonasi suara papanya ketika ini.

Belum sempat Nazreeq ingin menjawab, mama terus masuk campur dalam perbualan dingin anak beranak itu.

"Dahlah abang. Naz baru je keluar dari bilik dia tu abang terus bebel pada dia. Bagilah dia makan dulu.." Nazreeq senyum menang. Ini yang sayang mama ni..

"Tapi.. kalau Abang Areeq makan, nanti adik lewat ke kolej ma.." Terus mati senyuman Nazreeq apabila mendengar suara halus yang tak berapa jelas itu.

What? Hantar pergi kolej? Apahal aku?!

"Siapa nak hantar kau? Kau ingat aku grabcar kau ke apa? Pergi naik teksi la sana."

"Aydeen Nazreeq!" Nazreeq melepaskan keluhan apabila mendengar suara garau itu menerjah ke dalam gegendang telinganya.

"Aku tunggu dalam kereta. 2 Minutes! Kau lambat aku tinggal." Terus Nazreeq menonong keluar dari rumahnya. Bergegas Nelly mengemas pinggannya dan cepat-cepat dia membasuh.

"Ehh Nelly letak je la dekat situ. Nanti Makminah kemaskan.." Nellys memang begitu. Berapa kali sudah ditegah Makminah namun gadis itu sangat berdikari. Dia tidak suka orang lain membasuh pinggan mangkuk yang telah diguna oleh dia. Malu katanya.

"Takpe sikit je ni.." Dia terus mengelap tangannya yang basah pada kain yang telah disediakan.

"Mama, papa, adik pergi dulu.." Dia terus menyalami tangan Encik Nazeem, Puan Aydina serta Makminah.

"Baik-baik.. Jangan tergopoh-gopoh sangat nanti kang jatuh.." Nelly tersengih. Encik Nazeem sudah sedia maklum bahawa Nelly ni seorang yang kelam-kabut dan cepat gelabah.

"Bye ma, pa, Makminah , Assalamualaikum! Doakan anak korang yang cantik lagi manis lagi comel ini fokus dalam pembelajaran!" Sempat Nelly menjerit sambil melambai sebelum keluar dari rumah.

Encik Nazeem, Puan Aydina dan Makminah tergelak melihat karenah gadis itu. Encik Nazeem menggeleng perlahan.

"Apa nak jadi la dengan anak teruna awak tu. Tak boleh ditegur langsung. Asyik nak memberontak sahaja kerjanya.."

Puan Aydina menjeling. "Ikut perangai siapa?" Encik Nazeem menjeling manja. Tahulah dia isterinya sedang memerlinya.

Encik Nazeem pun boleh tahan degil dan memberontak. Haa kan dah turun temurun ke anak. Padah!

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now