NAZ||NELLY - BAB 46❤️‍🔥

20.7K 591 4
                                    



"A.. ayah.." Nelly menggeleng perlahan. Menitis airmatanya ketika ini. "Tolong jangan pukul suami Nelly.."

Ridhuan berdecit dan menyepak kuat kepala Nazreeq.

"Urghhh!" Naqib dan Firash ingin maju namun Nazreeq menggeleng ke arah mereka. Tercungap-cungap nafas Nazreeq ketika ini. Dia menunduk namun matanya setia tertancap ke arah isterinya yang sedang menangis.

"Ayah! Nelly tahu ayah orang yang baik! Nelly dah dengar semua cerita ayah tadi. Nelly mohon ayah lupakan semuanya yah.. Nelly mohon ayah jangan balas dendam pada suami Nelly.. Tolong.."

Ridhuan mengetap bibir. Agak terusik hatinya apabila anaknya sendiri memohon kepadanya. Lagi terusik hatinya apabila Nelly memanggilnya dengan gelaran ayah.

Ridhuan senyum sinis. Dia melihat Nelly. "Siapa ayah kau?" Nelly melepaskan nafas berat.. Perkataan ini.. sama dengan perkataan yang diucapkan oleh Nazreeq dulu..

'Siapa abang kau?'

"Aku tak pernah anggap kau anak aku!"

'Aku tak pernah anggap kau adik aku!'

"Tapi Nelly tetap anggap ayah adalah ayah Nelly. Darah daging Nelly sendiri. Ayah tetap berada dihati Nelly walaupun ayah sendiri yang buang Nelly dari hidup ayah.."

Ridhuan memejam mata kejap. Getaran suara anaknya sdikit sebanyak merobek hati tuanya.

"Kau bukan sesiapa bagi aku! Kau hanya anak perempuan murahan! Aku benci kau! Kau sepatutnya mati sewaktu dalam kandungan tapi kau perlu bersyukur aku masih membenarkan kau hidup!"

"Buat apa ayah benarkan Nelly hidup kalau kehidupan Nelly tak seindah anak yang lain?.."

Nazreeq, Firash dan Naqib memandang hiba ke arah Nelly yang menitiskan air mata tanpa henti. Ridhuan mengetap bibir.

"Nelly dibuli dan dihina sewaktu Nelly masih bersekolah menengah.. Mereka hina Nelly. Mereka cakap Nelly jijik.. Anak sampah.. Anak haram.. Anak yang tak diperlukan dalam kalangan masyarakat. Mereka kata darah yang mengalir dalam badan Nelly adalah darah kotor dan jijik oleh kerana Nelly dilahirkan tanpa ayah.."

Nazreeq merenung mata Nelly. Dia.. tidak tahu akan itu.. Nelly kelihatan sungguh ceria setiap kali berada dirumah. Tapi wanita itu menderita di sekolah. Sungguh dia terasa bodoh kerana menambahkan lagi derita buah hatinya itu..

"Jadi.. untuk apa ayah biarkan Nelly hidup kalau cacian dan hinaan sahaja yang Nelly dapat? Nelly pernah berniat untuk menoreh tangan Nelly.. Nelly nak mati. Nelly taknak hidup dalam dunia yang seumpama neraka.. Tapi ada beberapa rang yang membuatkan Nelly bersemangat untuk hidup. Orang itu adalah mama, papa dan..."

Nelly memandang ke arah Nazreeq yang sedang menatapnya dari jauh. "... abang Areeq.. bekas abang angkat Nelly.. Suami Nelly yang Nelly sayang dari dulu sehingga sekarang. Dialah yang membuatkan Nelly bersemangat untuk hidup. Walaupun abang Areeq selalu menghina Nelly sebagaimana orang lain hina Nelly namun abang Areeq selalu menemani Nelly walaupun dia menyampah dengan Nelly."

Nelly gelak perlahan. Teringat pula dia selalu mengekori Nazreeq. Nazreeq selalu menghalaunya namun dalam masa yang sama Nazreeq selalu mencarinya. Ketika Nazreeq berasa sunyi, dia akan mencari Nelly untuk menemaninya menonton TV.

Walaupun kebahagiaan itu kecil dimata orang namun besar dimata Nelly. Dia rasa disayangi walaupun Nazreeq tidak pernah mengungkapkan kata sayang.

Nazreeq senyum mendengarkan itu. Benarlah. Dia membenci Nelly namun dalam masa yang sama dia memerlukan Nelly.

Ridhuan mendengus. Dia benci akan luahan itu! Dia benci luahan dari seorang perempuan! Baginya perempuan melemahkan hati dan fikiran lelaki.

"Diamlah! Urghhh!" Dia terus mengambil pisau lipat dan menghunus ke lengan kanan Nazreeq.

Nazreeq mendecit menahan kesakitan. "Urghh!!"

"Ayah!!"

"Aku benci suami kau! Dia lemah! Lemah kerana wanita! Bodoh!!"

Dia ingin menghunus pisau sekali lagi namun tembakan dari Naqib telah menjatuhkan pisaunya.

Firash memanggil para polis yang bersembunyi untuk menangkap Ridhuan.

Polis memakaikan gari ditangan Ridhuan. "Encik Ridhuan ditangkap atas kesalahan menagih dadah dan membunuh Puan Melina 21 tahun yang lalu. Encik akan dikenakan hukuman gantung akibat kesalahan yang encik lakukan."

Ujar polis lalu ingin membawa Ridhuan keluar dari kawasan itu.

"Ayah.."

Ridhuan menghentikan langkahnya. Dia membelakangi anaknya.

"Walaupun ayah tak anggap Nelly sebagai anak ayah tapi nama ayah tetap terpahat dalam hati Nelly. Walau sebenci manapun ayah pada Nelly, Nelly tetap sayang ayah sepenuh hati Nelly. Ayah tetap ayah Nelly. Ayah.. adalah lelaki pertama yang Nelly sayang. Setiap hari Nelly mendoakan agar Nelly bertemu ayah suatu hari nanti. Nelly bersyukur kerana Allah dengar dan makbulkan doa Nelly.."

Ridhuan menunduk dengan titisan airmata. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan. Betapa mulianya hati anak kandungnya yang tetap memaafkan bapa durjana sepertinya.

"Ayah.. Nelly doakan ayah.. Nama ayah tetap ada dalam doa Nelly.."

Ridhuan menangis teresak-esak. Betapa berdosanya dia apabila teringat balik dosanya terhadap Nelly. Dia menyesal kerana ingin melacurkan anaknya sendiri. Dia amat menyesal membuang darah dagingnya sendiri..

"Ayah minta maaf. Ayah bukan ayah yang baik. Ayah harap Nelly selalu bahagia bersama suami Nelly.."

Seusai berkata begitu, Ridhuan terus melangkah mengikuti anggota polis.

Nelly terjelumpuk jatuh. Pertama kali dia mendengar Ridhuan membahasakan diri sebagai ayah. Dia bersyukur kerana dia dapat mendengarkan segalanya pada hari ini.

"Sayang.." Nelly memusingkan kepala ke arah suaminya yang masih menahan sakit. Nelly bangun dan terus berlari mendapatkan suaminya.

"Abang.. Abang Naqib tolong call ambulans please.. Suami Nelly sakit.." Nazreeq tergelak melihat Nelly yang sedang gelabah.

"Chill sikit je ni.."

Dahi Nelly berkerut. "Sikit?" Nelly terus menampar lengan Nazreeq yang dihunus pisau tadi. "Aw sayang! Nak aku mati ke?"

Nelly menjeling. "Sakit kan? Kalau sakit jom pergi hospital. No excuse! Kalau abang tak pergi maksudnya abang tak sayang Nelly!"

Tercengang mereka bertiga. Dah kenapa Nelly macam singa betina sekarang ni?

"Ok ok abang pergi k?" Nelly menjeling dan mendengus. Dia terus memeluk erat badan Nazreeq.

"Love you abang." Nelly terus mencium dada Nazreeq yang dipeluhi peluh. Peluh jantan hikhik hensemnya bauuu.

Berkerut Nazreeq. Sekelip mata sahaja perangai berubah..

Naqib dan Firash menggaru kepala yang tidak gatal.

"Abang Rash dan abang Naqib tunggu apa lagi! Papah lah suami Nelly pergi hospital!"

Terkejut mereka mendengar arahan itu. Bukan main tajam panahan mata Nelly ke arah mereka saat ini.

"Err ok ok. Weh qib cepat aa. Lembab la kau ni.."

"Entah abang Naqib ni lembab la! Cepatlaaaa."

Mereka terus memapah Nazreeq. Nelly memegang hujung baju Nazreeq. "Nelly taknak berenggang dengan abang. Nanti abang tinggal Nelly lagi. Nelly rindu."

Firash dan Naqib mengeluh. Bencinya jadi single.

Nazreeq senyum dan menggeleng. Tadi jadi singa. Sekarang kucing parsi pula..

TBC🤍
Konflik done hehehe

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now