NAZ||NELLY - BAB 30❤️‍🔥

24.8K 704 14
                                    



"ABANGG ooo abanggg!" Nazreeq berdecit. Nak bersendirian pun susah kalau dapat bini yang asyik nak melekat!

"Aku kat sini je la." Nazreeq sedang berada di balkoni bilik. Sudah lama dia tidak merokok. So hari ni nak merokok sikit..

Nelly tersenyum lebar apabila sudah menemui suaminya. Rindu... 10 Minit tak jumpa sebab Nelly mandi tadi..

"Abang.. Nelly dah cakap kan berhenti merokok. Tak sayang Nelly ke?" Nelly terus merampas puntung rokok dibibir Nazreeq dan campak ke luar balkoni.

Nazreeq merenung tajam wajah Nelly. "Eh kau. Kau tahu tak rokok tu mahal?!"

"Dah ty abang tahu tak nyawa abang tu mahal? Abang tahu tak betapa mahalnya kasih sayang Nelly pada abang? Kalau abang tinggalkan Nelly, macam mana pula dengan kasih sayang yang Nelly curahkan tu? Sia-sia?"

Nazreeq berdecit. Dia sangat malas bercakap jika ia melibatkan perasaan. Nazreeq memandang ke luar. Malas bergaduh dengan isterinya.

Nelly merapati suaminya dan menggosok lengan Nazreeq. Nazreeq hanya membiarkan.

"Nelly sayang abang." Nazreeq langsung panggung kepala ke arah Nelly. Dia merenung Nelly yang sedang merenung ke arahnya.

"Jangan sayang lelaki tak guna macam aku." Nelly menghela nafas perlahan.

"Habis tu takkan abang nak Nelly benci abang?" Sebak suara Nelly sekarang..

"Ya. Bencilah aku. Benci aku sebanyak manapun asalkan kau tak jatuh cinta dekat aku yang byk dosa ni"

Nelly meneguk liur kesat. Dia mengusap perlahan dada Nazreeq. "Abang.. Walau banyak mana pun dosa abang, abang tetap hambaNya. Abang minta keampunan kepadaNya. Allah tetap akan ampunkan abang.."

Nazreeq mengeluh. "Sorry Nelly. Aku dah sebati dengan perbuatan jijik. Kalau aku mohon ampun , lepas tu aku buat lagi dosa yang sama itu sama sahaja dengan aku mainkan agama.."

Nelly menggeleng. "Abang kena cuba.. Nelly boleh bantu abang. Nelly akan support abang dari belakang. Please abang.. Abang berhenti perlahan-lahan buat semua tu boleh? Nelly percaya abang boleh. Abang suami Nelly jadi Nelly tahu abang boleh usaha dengan lebih.."

Nazreeq menekup kedua pipi Nelly. Nelly memeluk pinggang Nazreeq. Mereka saling menatap antara satu sama lain.

"I will try. For you." Nelly tersenyum lebar. Tak apa.. Dia tahu pasti Nazreeq akan berubah..

Nelly menyentuh dada kiri Nazreeq. Nazreeq hanya memerhati tangan kecil itu mengusap dadanya.

"Hati abang..bagi ruang untuk Nelly masuk ke dalam hati abang boleh?.." Nazreeq senyum dan menggeleng perlahan.

"Just give me a time for me loving myself first before you do." Nelly memandang hiba ke arah Nazreeq. Sedikit bergetar suara Nazreeq ketika ini.

Nelly faham bahawa Nazreeq berasa bersalah dalam dirinya. Nelly tahu Nazreeq terasa hina. Dia tahu semua itu..

Nelly mengangguk dan senyum lebar. "Nelly tunggu abang.. Tapi jangan lama-lama. Nanti Nelly mengorat abang Firash pula.." Nazreeq menjeling lalu gelak perlahan.

Dia mencuit sedikit hidung Nelly. "Pandai eh kau nak mengayat. Aku ikat kau kat katil karang.."

Nelly terkekeh ketawa. Dia mengusap pipi Nazreeq. Nazreeq menyisir sedikit rambut Nelly yang beralun dek angin malam.

"Boleh abang berhenti merokok? Nelly tahu yang ini permintaan susah but please? Nelly nak abang berhenti merokok dan minum arak.. Tu je.. Kalau tentang kelab, Nelly tahu agak susah untuk abang elakkan yang tu. Tapi merokok dan minum arak ni bahaya untuk kesihatan abang. Boleh abang jaga diri untuk Nelly tak?"

Lembut sahaja teguran Nelly. Dia tidak mahu kejadian sebelum ini berulang dimana mereka bertengkar dan saling menengking antara satu sama lain.

Nazreeq berhenti menyisir rambut Nelly. Dia hanya memerhati mata bening yang disinari cahaya bulan. Cantik..

Nazreeq senyum senget. "Boleh, tapi satu syarat."

Nelly menjungkit kening. "Apa dia abang?"

"Kau boleh buat tak? Kalau tak boleh tak payah lah.."

"Alaa abang cakap la. Nelly janji Nelly buat. Promise-promise.." Nelly mencantumkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Nazreeq. Tercetus ketawa Nazreeq melihat perangai kekanakan isterinya itu.

"Okay... kau dah janji. Kau tak boleh katakan tidak la lepas ni."

Nelly beria mengangguk. Tak kisah! Yang penting abang Areeq berhenti merokok dan minum arak..

"Setiap kali aku rasa nak minum arak atau nak merokok, aku nak..." Ibu jari Nazreeq menyentuh bibir Nelly. Alamak. Nelly sudah takut. Macam tahu-tahu sahaja maksud suaminya..

"....ni. Aku nak bibir kau. Kalau aku rasa nak merokok aku akan cium bibir kau. Kalau aku rasa nak minum arak, aku akan gigit bibir kau. Noted that."

Nelly ternganga. Dia menolak badan Nazreeq menjauh. "Eii mana aci macam tu!"

Nazreeq ketawa terbahak-bahak. "Ah tak ada tak ada.. Kau dah janji tadi. Bulan dan bintang saksi kau berjanji tadi." Nazreeq menjungkit kening berulang kali.

Nelly menyentuh bibirnya. "Habis lah. Lepas ni mesti hari-hari bibir aku kena gomol.." Gumamnya perlahan namun didengari oleh Nazreeq.

Nazreeq ketawa kuat sehingga senak perutnya. Nelly memuncung sahaja. Kena buat juga lah. Dah janji tadi..

"Eii dahlah tu gelak. Suka gelakkan Nelly kan?"

"Tak.. Hahahha kau kelakar. Muka kau kelakar gila tadi. Bukan main berdebar.. Padahal aku minta bibir kau je. Bukannya aku minta bibir.." Nazreeq terus menghalakan mata ke arah bawah perut Nelly.

Nelly menunduk mengikut arah mata Nazreeq. Terbeliak matanya apabila memahami akan itu.

"Arghh abang jangan tengok la!" Nelly terus menolak dagu Nazreeq ke atas. Nazreeq ketawa sambil terdongak. Nelly mengemam bibir menahan malu.

Abang Areeq ni.. Makin lama makin miang! Suka fikir ke arah tu..

"Nelly.."

"Yerr."

"Aku rasa nak hisap rokok la sekarang." Nelly berkedip-kedip. Dia meneguk liur kesat. Ni tak lain tak bukan..

Nazreeq memegang sisi kepala Nelly dan terus mencium bibir Nelly. Dia memperdalamkan ciumannya. Terbeliak mata Nelly. Dia menolak badan Nazreeq.

Terlepas ciuman mereka. Nazreeq menjungkit kening..

"Abang cakap nak cium bibir je. Tapi macam dalam sangat je ciuman abang tu.."

Nazreeq sengih senget. Dia menyentuh bibir bengkak Nelly. Padan muka. Dah lama geram!

"Tu la orang panggil cium."

Dahi Nelly berkerut. "Bukan ke cium tu cuma lekapkan bibir ke bibir je ke?" Sorry semua Nelly masih muda. Dia baru belajar bab ni..

Nazreeq gelak perlahan. "Yang tu kita panggil cup cup. Cium ni kita cium sungguh-sungguh. Kau tak tengok drama korea ke Nelly? Extreme kan cara mereka bercium.."

Nelly menahan malu. Mestilah dia tengok.. Tapi dia malu bilamana dia berada dalam keadaan ini..

"Dah. Sesi pembelajaran dah tamat. Sesi ciuman bermula." Nazreeq menarik kepala Nelly ke arahnya dan terus memejam mata menikmati bibir Nelly.

Nelly hanya memejam mata dan meredhai sahaja. Suaminya pandai berputar belit. Ish! Dah kena tipu!

Tapi takpa Nelly suka.

TBC🤍
Eii Nazreeq dah mula miang keladi..

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя