NAZ||NELLY - BAB 3❤️‍🔥

22.8K 723 17
                                    



SUNYI sahaja keadaan didalam kereta milik Nazreeq ketika ini. Nelly hanya kaku. Tak tahu nak buat apa sekarang.. Nak ajak abang angkatnya berbual ke?

"Aba--"

"Jangan bercakap dengan aku. Suara kau mencemarkan bunyi." Nelly mengemam bibir. Ish kalau tak menyakitkan hati memang tak sah.

"Kau takde kawan ke? Pergi la kolej dengan kawan kau. Sibuk nak suruh aku hantar apahal? Semak betul lah. Tak pasal-pasal aku lambat nak berjumpa kawan aku sebab kau. Hidup kau memang untuk menyusahkan aku ke?" Nelly menunduk. Agak terasa juga lah dengan kata-kata pedas abangnya itu..

"Woi perempuan kau dengar tak apa aku tanya ni?" Membara juga rasa hati Nazreeq apabila dia bercakap seorang diri. Dia mengerling sekilas adik angkatnya.

Dah kenapa pulak keluarkan kertas dan pen? Takkan nak acah-acah belajar dalam ni pulak..

Nelly menulis sesuatu dan terus memaparkan kertas itu kepada abang angkatnya.

'ABANG CAKAP SUARA ADIK MENCEMARKAN BUNYI. SO ADIK PUN ZIP LA MULUT ADIK.'

Nazreeq berdecit. "Kau memang kuat menyindir kan? Ikut perangai siapa pun tak tahu.. Nak cakap ikut perangai mak bapak kau tak boleh juga sebab aku tak kenal. Maklum lah. Anak terbuang."

Nelly merenyokkan kertas ditangannya. Setiap masa hatinya akan disakiti begini. Salah dia ke dilahirkan dalam keadaan seperti ini? Salah dia ke dia tidak mengenali ibu bapa kandung yang membuangnya?

Nazreeq hanya memandang ke hadapan. Rasa bersalah? Maaf, perasaan itu tiada dalam hati dan perasaannya.

"Dah sampai. Keluar ah. Semak je asyik muka kau je depan aku. Kat rumah pun kau. Dalam kereta pun kau. Boleh tak kau hilang dari pandangan aku? Sehari pun jadi lah."

Nellysa senyum kelat. "Terima kasih abang hantarkan adik.. Petang ni adik balik dengan grabcar je. Abang tak perlu la ambil.."

"Bagus. Memang patut kau berdikari. Aku pun nak keluar petang ni. Kau jangan gatal nak call aku." Nelly hanya mengangguk.

"Baik abang.. Nak salam.." Nazreeq berdecit.

"Aku tengok kau ni solat tak tinggal. Setiap hari pun mengaji. Takkan halal haram tak reti beza? Aku ni abang angkat kau je tau? Bukan darah daging kau.."

Nelly mengerdip mata lambat dan menarik semula tangannya.

"Sejahat-jahat aku, aku tahu la berdosa sentuh kau. Kau tu. Dahlah tak bertudung, main hulur je tangan pada aku. Tak malu ke? Tak malu bila semua orang fikir kau baik tapi yang sbenarnya kau ni munafik!"

Terpejam mata Nelly mendengar jerkahan itu. Nelly terasa.. Dia tahu dia banyak dosa. Tapi tak perlu la mengeji dia sebegitu..

"Adik minta maaf abang.." Nazreeq berdecit.

"Keluar ah kau. Kotor kereta aku kalau kau duduk lama-lama." Nelly mengangguk. Dia senyum tipis. Takpe.. Nazreeq berhak berkata begitu kerana dia pun rasa dia jijik.. Kemungkinan ibubapa kandungnya pun merasakan dia jijik kerana itulah mereka membuangnya..

"Assalamualaikum abang." Nelly terus keluar dari pintu kereta. Dia sudah menitiskan air mata kerana itulah dia berlari ke arah kolej tanpa memandang Nazreeq.

Nazreeq hanya memandang biasa. "Menyusahkan!" Gumamnya..

*:・゚*:・゚✧

"NELLY! Kenapa ni? Abang angkat kau marah kau lagi ke?" Tanya Dee merangkap kawan baik Nelly..

Terkejut dia melihat Nelly.. yang menerpa ke arahnya. Pelukan sangat erat sehingga dia dapar rasa getaran badan Nellysa. Hanya dia sahaja yang tahu perangai Nazreeq dan cara layanan lelaki itu terhadap kawan baiknya..

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now