NAZ||NELLY - BAB 10❤️‍🔥

23.3K 734 11
                                    


ANGIN malam di pantai menerpa wajahnya. Nelly tersenyum manis sambil menutup matanya.. Dia berada diatas bangku memerhatikan keindahan Laut milik Maha Kuasa.

"Tenangnya.." Namun ia hanya seketika apabila dia merasakan ada ketukan di atas kepalanya. Nelly terus panggung kepala ke kanannya. Tangan menggosok kepalanya tadi.

"Ambil air ni. Tadi kau hampir nyawa-nyawa ikan? Ni ambil minum. Karang mati susah pula aku nak tanam.." Nelly mencebik namun dia menerima huluran botol air daripada abangnya.

Nazreeq sembunyi senyum melihat wajah cemberut itu. Dia duduk ditepi Nelly. Sangat rapat sehingga paha mereka bersentuhan. Nelly menjeling dengan hujung matanya.

"Tak jijik pula duduk rapat dengan adik kali ni?" Nazreeq panggung kepala ke kiri. Dia memerhati wajah selamba Nelly.

Nazreeq berdecit. "Ah kau. Terasa sangat ke sampai bawa ke sini perasaan tu?"

Nelly menjauhi Nazreeq. Nazreeq hanya perhati. Agak kecewa la riaknya apabila Nelly menjauh.

"Mestilah. Siapa je yang tak terasa kalau ada seseorang cakap kita jijik?" Nazreeq menjulingkan matanya.

"Hati tisu la kau. Kalau macam tu pun dah terasa, baik tak payah hidup." Nelly mencebik. Sakit hati betul bercakap dengan abang angkatnya.

Mereka hanya diam. Masing-masing menikmati keindahan alam. Nazreeq senyum miang.

"Kau.. tak takut ke kalau kita kena tangkap basah dekat sini? Takde orang tau dekat sini. Ada aku, kau dan dia je."

Berkerut dahi Nelly. Tidak faham apa maksud abangnya. "Taknya. Tak nampak ke kita duduk bawah cahaya ni? Tu haa pakcik jual air tu. Dia ada je dekat situ.. Bukan kita berdua pun. Tapi.. apa maksud abang dengan 'dia'?"

Nazreeq menghembus nafas kasar. "Setan. Kalau dia suruh aku buat tak elok pada kau macam mana?" Nelly ketawa berdekah. Siap pukul bangku pula tu. Berkerut dahi Nazreeq.

"Kau pahal? Tadi dah sawan. Sekarang gila pula?"

Nelly menggeleng namun ketawanya makin kuat. "Taklah.. Kelakar la abang ni. Buat tak elok apanya kalau abang sendiri jijik dengan adik?"

Dum! Umpama batu besar menghimpit diri Nazreeq sekarang. Nampak sahaja seperti Nelly gelak ketawa namun dia tahu Nelly amat terasa dengan pertuturannya.

Nazreeq berdehem. "Aku rasa nak mandi pantai la.." Terbeliak mata Nelly. "No abang! Nanti kalau lemas macam mana? Malam-malam pula ni?!"

Nazreeq berdecit. "Ah bising aa perempuan ni. Suka hati aku la. Aku tak mandi lagi sejak balik tadi. Jom, mandi dengan aku nak?" Nelly menjeling melihat muka miang abangnya.

"Cehh. Jual mahal. Nanti kalau kau nampak badan berotot aku konfem kau rasa nak peluk-peluk. Trust me." Nazreeq terus bangun dan membuang baju t-shirt yang dipakainya.

Berona merah muka Nelly ketika ini. Eleh. Malu-malu tahi ayam pula. Padahal setiap hari dia mengintai Nazreeq di bilik gym..

Nazreeq berlari-lari anak ke air laut. Lalu dia berenang sakan didalam air.

Nelly meneguk liur apabila melihat rambut basah Nazreeq dan badan berotot itu.. Kenapa.. Badannya lebih seksi berbanding sebelum ni? Adakah sebab air yang menitis dibadan abangnya? Fuhh panas-panas..

Dia memandang pelik apabila Nazreeq tidak timbul dari tadi.. Nelly resah! Dia bangun dan terus menjerit..

"Abang!" Namun Nazreeq tidak bergerak. Dia hanya terapung diatas air. Nelly terus berlari ke arah abangnya. Dia masuk ke dalam laut. Tak dihairan baju dan seluar yang sudah basah.

Dia merangkul badan Nazreeq. "Abang.." Nelly menampar perlahan pipi Nazreeq namun tiada pergerakan yang diterima. "Abang please.. Jangan buat adik macam ni.. Abang!!" Nelly menggoyangkan badan Nazreeq.

Nelly menarik Nazreeq ke darat. Beratt betul abang dia ni. Badan macam hulk!

Dia terus meletakkan kepala Nazreeq diribanya. Dia menekan-nekan dada Nazreeq.

"Abang please bangun. Jangan buat adik risau.." Nelly menitiskan air mata. Tangan masih setia menekan dada abangnya.

"Please please! Abang jangan tinggal adik please lah!" Nelly menangis teresak-esak. Dia takut akan kehilangan Nazreeq. Dia amat menyayangi abang angkatnya itu.

Nelly menelan liur kesat. Dia masih berfikir. Kena buat tuut ke? Kalau abang marah macam mana? Tapi ini sahaja cara yang dia ada..

"Takpelah darurat!" Nelly memicit hidung Nazreeq dan membuka perlahan mulut abangnya.
Baru sahaja dia ingin memberikan bantuan pernafasan, Nazreeq terus ketawa kuat.

"Hahahahhaha! Menggelabah biawak kau eh? Kemain takut aku mati. Tadi siapa berharap aku cium dia? Haa ni aku bagi peluang la ni.." ujar Nazreeq dengan gelaknya. Dia mencelik mata lalu memandang Nelly.

Nazreeq perlahan-lahan menghentikan ketawanya apabila melihat Nelly yang tersebik menangis. Air matanya masih tidak berhenti keluar.

"Sukalah abang buat adik macam ni? Adik takut setengah mati tadi tau? Suka abang tengok adik menangis macam ni? Puas hati abang?!" Nelly makin menangis. Tersedu-sedu dia sekarang menahan esakan.

Nazreeq tergandah. Alamak. Niat dia hanya ingin bergurau tapi tak sangka pula Nelly menangis sehingga tidak boleh bernafas seperti ini.

"Ab...a..ng. Aa..adik taa..tak bo...leh be..bernafas.." Nelly menggenggam lengan Nazreeq.

Nazreeq terus bangun duduk dari riba Nelly. Tangan kanan merangkul bahu Nelly dan tangan kiri mengusap dada Nellysa.

"Shh.. Ikut aku. Breath in... breath out.. Tenang.. Buat slow-slow.." Nelly hanya mengikut rentak Nazreeq. Agak terkejut juga apabila jemari Nazreeq mengusap di tengah-tengah dadanya. Hampir terkena buah dadanya.

Takpe kut. Darurat.

Nelly kembali tenang. Dia memegang tangan kiri Nazreeq. "Abang dah.."

Nazreeq hembus nafas berat. Dia langsung memeluk badan Nelly. Nelly hanya membiarkan. Habis basah bajunya kerana terkena badan basah Nazreeq.

Nazreeq mengusap belakang badan Nelly. "Aku minta maaf. Aku lupa pula kau tak boleh terlalu menangis.. I'm sorry." Nazreeq mencium sekilas kepala Nelly.

Nelly tidak boleh terlalu takut dan tidak boleh terlalu menangis. Nanti dada dia akan sesak nafas. Kerana itu dia kena berhati-hati dalam mengawal perasaan.

Nelly memukul perlahan belakang badan Nazreeq.

"Abang jahat! Dah tahu kan penyakit adik macam mana tapi abang tetap buat macam tu.. Kalau adik mati tadi macam mana?" Nazreeq senyum tipis. Tangan setia menggosok belakang badan adik angkatnya.

"Sorry laa. Aku ni nyanyuk. Tapi kan, aku tak tahu pula kau takut sangat kehilangan aku eh? Beria menangis tadi.." Nelly senyum dan membalas pelukan Nazreeq. Wuuu sentuh badan bogel abang.. Hikhik. Hangatnya badan..

"Mestilah.. Adik kan sayang abang." Nazreeq hanya senyum tipis. Dia tahu akan itu.

Dia tahu Nelly amat menyayanginya. Kalau tidak mana kan sanggup Nellysa bertahan melayan perangai barannya.

Dan dia tahu semua itu dari awal. Kerana.. dia sudah mendengar segala bait perkataan Nelly sewaktu Nelly membaringkannya dikatil semasa dia mabuk duku.

'Walaupun abang selalu marah adik, adik tetap sayang abang..'

Itulah perkataan yang membuatkan Nazreeq tersenyum. Dia bersyukur Nelly tidak membencinya. Dia sengaja bergaduh dengan Nelly supaya Nelly tidak jatuh cinta pada dia.

Kerana dia seorang yang tak sempurna dan pendosa tegar. Dia dan Nelly jauh berbeza. Baginya Nelly sangat suci manakala dia sangat jijik dan kotor. Dia sering melakukan dosa terang-terangan.

'Aku tak sesuai untuk perempuan yang baik macam kau Nelly. Jangan jatuh cinta dengan aku'

Ujarnya didalam hati..

TBC🤍
Ok sekarang dah tahu kan kenapa Nazreeq suka sakitkan hati Nelly? Kesian dia 😭😭

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now