NAZ||NELLY - BAB 47❤️‍🔥

23.6K 554 38
                                    



NELLY menjeling padu ke suaminya yang sedang berbaring diatas katil bilik mereka. Dia sedang mengelap badan suaminya. Selepas kejadian tersebut berlaku, Nazreeq dirawat di hospital namun dia enggan untuk tidur di hospital.

Kerana itulah Nelly menjeling suaminya sekarang. Nazreeq pula senyum menggoda dan menjungkit kening berkali-kali ke arah buah hatinya itu.

Nelly menolak perlahan wajah Nazreeq. Nazreeq tergelak. Malu lettew.

"Abang ni.. Nelly dah suruh kan rehat dekat hospital je. Tapi kenapa degil nak balik juga ni?" Tanyanya namun tangan masih lagi membersihkan muka dan badan suaminya. Nazreeq cakap dia tak boleh mndi sendirian. Nelly yang kena mandikan. Mengada.

"Taknak la aku. Bosan la duk situ.. Tak boleh ulit isteri.." Ujarnya sambil tangan menggosok dan memicit paha Nelly. Nelly berdecit dan menepis tangan itu.

"Gatal kan? Sakit-sakit pun gatal. Ngengada."

"Nyenyenyenye.." Ujar Nazreeq dengan wajah selambanya. Nelly kulum senyum dan mncubit perlahan pipi Nazreeq. "Eii ikut ayat orang.."

Nazreeq senyum dan mengelus kepala Nelly. "Nelly okey?" Nelly senyum dan angguk.

"Nelly okey. Nelly lega semuanya selesai.. Allah tunaikan apa yang Nelly nak.. Nelly cuma nak jumpa ayah je.. Jumpa sekali pun dah cukup bagi Nelly.. Nelly cuma nak kenal muka ayah Nelly je.."

Nazreeq mengangguk dan bangun dari baringan. Dia menyandarkan badan ke kepala katil serta menarik Nelly untuk berada dalam pelukannya.

"Ehh abang.. Perut abang baru je dirawat tadi.. Nanti darah keluar macam mana?" Nazreeq senyum.

"Alahh. Kau ada kan? Kau rawat la aku.. Meh la sini aku nak peluk badan gebu kau.." Nelly senyum dan perlahan-lahan memeluk Nazreeq. Nazreeq berdesis.

Nelly terus bangun dari menyandar pada dada Nazreeq. "Kenapa? Nelly buat abang sakit ke?"

Nazreeq menggeleng. "Kau tu makin berat kan sekarang. Pedih badan aku tampung berat kau tadi."

Nelly memuncung. "Nelly tak tahu.. Selera Nelly selalu bertambah sekarang.."

Nazreeq berkerut. "Kau period? Biasanya masa period je kau makan banyak.." Nelly menggeleng.

"Tak. Period Nelly patutnya datang seminggu lepas. Tapi kali ni lambat pula.." Nazreeq senyum lebar.

"Kau mengandung kot?" Nelly menggeleng. "Nelly tak muntah pun.. Pening-pening pun tak ada.. Nelly tak rasa la Nelly mengandung.."

Nazreeq mencium sekilas bibir muncung itu. "Ala takpe.. Kita usaha lagi. Aku suka buat banyak kali. Sehari 3 kali pun aku onz." Nelly menjeling.

"Amboi. Banyak cantik? Rasa nak patah pinggang Nelly kalau abang beraksi tau.." Nazreeq gelak kuat.

"Kalau macam tu kita tukar posisi. Kau atas. Aku bawah. Okey tak?" Nelly cemberut. "Malu la Nelly kalau macam tu.."

Nazreeq menggeleng lalu memeluk erat badan Nelly. Nelly senyum dan balas pelukan itu. "Emmm gebunya badan diaa. Makin montok badan kau. Rasa macam nak peluk tak lepas je.."

Nelly mencium dada bogel Nazreeq bertalu-talu. "Abang hot. Badan abang makin hot. Nelly sukaaa bau badan abang.. Rasa nak gigit."

Nazreeq menggeleng. "Hari-hari menggigit eh?" Nelly mengangguk beria. Nazreeq gelak kuat. Alahai kelakar benar la isterinya ni.

Namun senyumannya mati apabila dia terasa ada sesuatu berpusu-pusu ingin keluar dari rongga tekaknya. Dia menepuk sedikit kuat lengan Nelly. Nelly mendongak.

Pelik apabila suaminya berpeluh dan bagai menahan sakit. "Kenapa abang?" Nelly menekup pipi Nazreeq.

"Aku rasa.. aku rasa.. bluekkkkkk." Nazreeq terus muntah ke baju Nelly. Nelly tercengang namun tangannya menggosok belakang badan Nazreeq.

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now