NAZ||NELLY - BAB 12❤️‍🔥

20.8K 688 15
                                    



"BYE! Jumpa esok!" Nelly melambai ke arah Dee dan terus keluar daripada kolej tersebut. Baru sahaja dia ingin menyeluk telefon di dalam beg, terasa seseorang yang melanggar bahunya.

"Aww." Nelly mengaduh dan terjelumpuk jatuh. Habis barang-barang dalam begnya jatuh. Nelly mendongak untuk melihat gerangan yang 'ter'langgarnya tadi.

"Ooppss sorry babeh. Aku TAK sengaja terlanggar bahu kau." Perkataan 'tak' ditekankan oleh Khairina. Dia senyum mengejek melihat Nelly yang terduduk diatas jalan. Umpama melutut kepadanya.

Nelly berdecit. Dia melihat sekilas kesan koyakan di kepala lututnya. Ada sedikit luka dan darah. Patutlah pedih semacam.

"Sakit? Lepas ni jangan nak berlagak dengan aku. Konon-konon kau pertahankan si anak kedai runcit tu tapi kau sendiri tak boleh pertahankan diri kau. Langgar sikit terus jatuh. Lembik jugak kau ni."

"Apa masalah kau Khairina? Aku tak kacau bontot kau pun kan?" Maaf, Nelly dah terikut-ikut perkataan Nazreeq.

Dah hari-hari dengar. Memang la terikut. Nazreeq pun..minat sungguh sebut bontot.

Khairina berdecit. Dia menarik kasar rambut Nelly.

"Aw sakit lah Khairina!!" Nelly menarik-narik tangan Khairina yang menggenggam rambutnya. Kalau aku botak macam mana?!

Khairina makin menarik rambut Nellysa. Namun beberapa saat kemudian Khairina terasa seperti ada tangan sasa yang menarik kasar lengan kanannya. Terjelumpuk Khairina jatuh diatas tar jalan.

"Kau kenapa betina?! Kau takde rambut ke sampai nak tarik rambut adik aku?!" Berombak dada Nazreeq ketika ini apabila dia melihat Nelly dalam kesakitan. Niatnya ingin mengambil Nelly dari kolej namun tiba-tiba sahaja ada wayang percuma disini..

"Abang.. adik sakit.." Rengek Nellysa yang sedang memperbetulkan rambutnya. Nazreeq terus menunduk melihat ke arah Nelly.

Dia menyeluk tangan ke bawah kepala dan bawah pelipat lutut Nelly. Terkejut Nelly apabila tiba-tiba sahaja badannya dicempung. Cepat-cepat dia melilitkan tangan ke leher Nazreeq.

Nazreeq mengambil semua barang-barang Nelly serta beg. Dia merenung tajam wajah Khairina.

"Tempat tu sesuai untuk kau! Kau yang sepatutnya melutut. Bukan adik aku. Sekali lagi aku nampak kau rapat dengan adik aku walaupun dua langkah, aku tanam kau hidup-hidup dalam loji taik. Sesuai dengan perangai busuk kau." Nazreeq meludah ditepi Khairina.

Khairina mengelak. Hampir saja terkena dia. Dia hanya memandang Nazreeq yang mendukung Nelly. Dia berdecit.

"Sepatutnya aku nampak baik dpan mata dia! Argh shit! Dia dah nampak kejahatan aku! Semua salah budak Nelly tu.." Khairina hanya menjeling.

Namun ada seseorang yang mengintai dari jauh. Dia mengepal tangannya. "Pandai kau Nelly tagih kasih sayang daripada Nazreeq. Nah sokay.. Esok aku mula masuk kolej kau. Kau tengok la. Sekelip mata orang akan benci kau.."

Alisya senyum sinis. Dia tidak sabar untuk membongkarkan rahsia Nelly terhadap rakan-rakan kolej..

*:・゚✧*:・゚✧

"Sakit.." Nazreeq berdecit. "Tahan la sikit. Kau ni lemah lah." Nazreeq meletakkan Nelly di seat belakang namun Nelly makin memeluk erat lehernya.

Berkerut dahi Nazreeq. "Adik taknak duduk belakang. Adik nak duduk tepi abang.." Nazreeq menghela nafas.

"Degil kau kan? Kalau duduk belakang boleh baring. Ni sibuk menempel dengan aku." Nazreeq membebel namun dia akur akan arahan Nelly.

Nelly hanya sengih sahaja apabila Nazreeq meletakkannya di bahagian seat depan.

Baru sahaja Nazreeq panggung kepala, Nelly terus snyum manis padanya. "Terima kasih abang." Nazreeq berdehem. Sangat rapat wajah mereka sekarang.

"Hmm." Ujarnya kemudian dia mengundurkan badan ke belakang dan menutup pintu seat penumpang. Dia berlari-lari anak ke seat pemandu.

"Fuhhh. Berat macam tong gas kau ni. Aku dah kata kan pergi bersenam. Pergi jogging dan amalkan gaya hidup sihat. Ni kau duk layan drama korea entah hape-hape tah. Asyik baring 24 jam. Mana tak lemahnya tulang otot kau tu.."

Nazreeq yang memejam mata terus mencelikkan mata apabila tiada respon dari pihak sana. Dia memandang ke kiri. Kelihatan Nelly yang senyum manis dengan rambut kusutnya.

"Adik ni.. adik abang eh?" Dahi Nazreeq berkerut. "Huh?"

"Tadi kan abang cakap dekat Khairina yanh adik ni adik abang. Betul ke abang?" Tak percaya! Pertama kali Nazreeq mengaku dia sebagai adik. Di khalayak umum pula tu! Hee suka!

Nazreeq mendengus. "Terpaksa. Habis tu takkan aku nak cakap kau bini aku pulak? Terpaksa la aku cakap macam tu." Ujar Nazreeq lalu menarik handbrake. Sempat dia mengerling sekilas Nelly yang masih tersenyum lebar.

"Kau pahal? Dah mental dah lepas kena tarik rambut? Tak faham aku orang perempuan ni. Kalau bergaduh je tarik rambut. Cuba la tarik lemak mana tahu tiba-tiba je kurus." Nelly gelak perlahan.

"Ish abang ni! Kalau tiba-tiba boleh kurus, adik rela kena tarik hari-hari.." Nazreeq senyum miang.

"Oo ea? Kalau macam tu izinkan aku tarik lemak kau. Nak-nak lagi dekat...." Mata Nazreeq terus tertancap ke dada Nelly. Nelly yang faham tentang itu terus menyilang dadanya.

"....situ. Banyak lemak." Katanya sambil memuncung ke arah itu. Nelly menolak pipi Nazreeq. "Eii abang pervert! Selalu cakap benda kotor dengan adik!"

Nazreeq ketawa berdekah. Aduhlamak. Menggelabah sakan dia. Dia mengerling sekilas wajah Nelly. Sejurus itu dia terus merapati Nelly.

Nelly mengundur kebelakang sehingga badannya bersandar di pintu kereta. Terkejut! Tiba-tiba sahaja abangnya merapat.

Tangan Nazreeq mula mengemaskan rambut Nelly. "Ni kemaskan sikit. Dah macam orang tak waras je aku tengok kau ni. Tak perlu rasanya nak tunjuk sangat yang kita gila. Gila senyap-senyap sudahlah."

Nelly memuncung namun dia hanya membiarkan sahaja jemari itu menyentuh rambutnya.

"Alright done." Nazreeq membetulkan kedudukannya lalu dia meletakkan jari ke hidung. Wajahnya berkerut. "Kau tak cuci rambut ke Nelly? Hapak gila bau kau. Bau hamis!"

Nelly terus menghidu rambutnya sendiri. "Eii mana ada la abang! Hari-hari adik cuci rambut tau.. Suka-suka je abang cakap busuk." Nazreeq tersengih.

"Jangan cuci hari-hari. Nanti rambut makin rosak. Cuci 3 hari sekali pun dah okay. Tapi nanti lepas kahwin kena cuci hari-hari la sebab kena mandi wajib setiap hari." Nelly mengerutkan dahi.

"Ish abang ni cakap pasal mandi wajib pula. Tak suka la!" Nazreeq gelak kuat. Suka dia melihat wajah itu berona kemerahan.

Nazreeq memulakan perjalanannya. Kalau layan Nelly bercakap memang sampai ke esok la diorang duk berkhemah dekat situ.

"Ni apa nama betina tadi?" Nelly panggung kepala ke arah Nazreeq.

"Khairina." Nazreeq mengangguk.

"Kau jangan bergaul dengan ikan kering tu. Nanti rosak perangai kau." Nelly ketawa berdekah.

"Abang! Nama dia Khairina la.."

"Sama la tu. Khairina dan kering. Atau kau nak aku panggil kari? Aku on je mana-mana pun."

Nelly ketawa terbahak-bahak. Tangan siap memukul paha sendiri pula tu. Nazreeq hanya senyum tipis. Dia suka mendengar tawa Nelly. Umpama muzik yang menenangkan di telinganya.

"Abang ni nakal!"

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now