NAZ||NELLY - BAB 4❤️‍🔥

21.9K 689 19
                                    



KELIHATAN kereta Audi R8 berwarna hitam memasuki rumah mewah tersebut. Jejaka tersebut menghentikan kereta itu betul-betul di tempat parking yang telah disediakan.

Jejaka yang bertubuh tinggi lampai membuka pintu kereta dan keluar dengan bergayanya. Sempat dia berdecit perlahan.

"Menyusahkan aku betul la si Naz ni. Duk biarkan kereta dia dekat kelab sana. Dah kalau anggaran nak mabuk, pergi la kelab dengan teksi. Ni aku juga yang kena hantar kereta dia. Anak setan betul lah."

"Siapa anak setan tu Firash?" Gulp. Firash meneguk liur kesat. Dia memusingkan kepala ke arah suara itu. Dia tersengih kambing dihadapan Encik Nazeem.

"Hehe ehh uncle ada dekat rumah eh? Assalamualaikum uncle.." Firash membongkok sedikit dan menyalami tangan tua itu. Apa kau ingat jantan tak guna macam Firash ni tak munafik ke?

Encik Nazeem menyambut salam tersebut. "Hmm"
Firash menggaru kepala tak gatal.. Aduhh mana nak cekau alasan.

"Firash tak sebut anak setan la uncle.. Firash sebut.. aaa haaa. Anak bintang! Semalam banyak gila anak bintang. Uncle ada tengok tak?"

Encik Nazeem menjeling. "Tak. Uncle bertafakur semalam. Tak menyempat la nak join kamu mendongak anak bintang aje.." Firash senyum buat-buat. Sama sahaja dua beranak. Suka buat orang terasa hati!

"Ni kenapa Firash hantar kereta Naz ni?" Firash mula berpeluh..

"Ni.. Naz hantar kereta dekat bengkel semalam. Firash tolong ambilkan untuk dia la ni. Dia cakap dia sibuk sebab tu Firash tolong. Ha gitu..." Encik Nazeem menggeleng sahaja.

"Ha'ah sibuk sangat. Sibuk duk keluar dari pagi sampai ke malam. Masalahnya dia punya sibuk tu duit tak pernah masuk. Apa nak jadi lah." Kata Encik Nazeem lalu dia menuju ke keretanya.

"Uncle nak pergi mana?" Tanya Firash separa jerit.

"Nak pergi kerja. Nak mengharapkan anak teruna uncle tu memang simpang 44 lah dia nak ke pejabat."

Firash mengeluh perlahan. Tengok? Kena lagi.. Nazreeq yang buat hal tapi Firash yang jadi mangsa mendengar leteran orang tua itu..

Baru sahaja Firash ingin menuju ke pintu rumah namun terbantut perjalanannya apabila melihat satu teksi berhenti dihadapan pagar rumah mewah itu.

"Terima kasih pakcik. Nah duitnya. Tak perlu balance la. " Tersenyum Firash mendengar suara itu. Dia amat mengenali suara lembut itu.

Nelly terus masuk ke dalam pagar. Kepalanya berpaling ke arah jejaka yang berdiri dihadapan rumahnya. Dia mengecilkan matanya. Maaf, Nelly rabun jauh tapi degil tak nak pakai spek. Huh!

Firash menjulingkan mata apabila melihat kelakuan Nelly itu. "Ni abang Rash la. Takkan tak kenal dah kot?" Nelly senyum lebar.

"Ooo hehe ingat ke pokok kelapa tadi sebab tinggi sangat.." Firash tak tinggi sangat pun. Ketinggian dia 177cm hampir sama dengan Nazreeq. Namun disebabkan Nelly yang ketinggian 159cm, dia menganggap bahawa semua kawan abang angkatnya pokok kelapa atau tiang elektrik.

Firash berdecit. "Nelly tu yang pendek. Bukan abang yang terlampau tinggi." Nelly mencebik. Yelah yelahhhh.. Terpaksa mengakui hal itu.

Nelly menghampiri Firash. "Abg Rash sihat? Pama tak nampak.. Dah buat bisnes berjuta bilion dah ke?" Firash ada menjanjikan Nellysa bahawa dia akan menjadi jutawan yang berjaya sehingga mendapat hasil berbilion dalam sbulan.

Sembang! Dalam bank pun ada 100 ringgit je dia tu..

Firash menjeling. "Nelly saja je kan nak perli abang? Tadi uncle Nazeem dah perli abang. Sekarang Nelly pulak? Ishh sama je perangai anak beranak ni.." Terkekeh Nelly ketawa.

"Tch. Anak beranak? Maksud kau anak beranak yang tak diiktiraf ke?" Langsung mati senyuman Nelly mendengar suara yang datang dari pintu rumah. Tahu la dia suara siapa yang menghamburkan kata-kata yang menyakitkan itu..

Firash berdecit. "Kau ni Naz. Tak beragak nak bercakap pun. Cubalah fikir sikit perasaan orang." Firash menggeleng. Dari dulu sehingga sekarang dia tidak berkenan akan sikap kawannya yang suka merendahkan Nelly. Kalau dia mak perlekehkan orang lain, Firash tak kisah. Firash pun boleh join.

Asalkan bukan Nelly orangnya.

Nelly menunduk. Tangan menguis beg silangnya. Masih terasa dengan perkataan abangnya pagi tadi namun lagi terasa dengan perkataan yang dihambur sekarang..

Nazreeq mendekati. "Apahal pula? Betul apa aku cakap. Nak taknak dia kena terima jgak. Tak boleh lah nak anggap yang diri tu keturunan kami. Cukup-cukup la kawan kolej kau anggap kau anak kandung papa aku. Depan aku kau tetap orang luar."

"Nazreeq! Apa benda kau ni?!" Firash menengking. Keterlaluan! Tak nampak ke adiknya itu sudah ingin mengalirkan air mata?

"Takpa abang Rash.. Betul la apa yang abang Areeq cakap tu. Nelly kena sedar diri.. Takpelah. Nelly masuk rumah dulu tau? Bye abang Rash." Nelly terus menonong masuk ke rumah tanpa melihat ke belakang.. kali ini air matanya tidak boleh ditahan lagi setelah Nazreeq mencaci terang-terangan dihadapan kawannya.

Firash memukul bahu Nazreeq. "Kau kenapa Naz? Tak boleh ke kau layan dia elok-elok? Dia tak pernah mengata kau tau? Dia duk puji je kau depan aku. Kau pula? Duk hina dia depan aku dah kenapa? Terasa la dia.."

Nazreeq menjungkit bahu. "Dia munafik je tu." Terus Nazreeq mengambil kunci kereta dari tangan Firash.

Firash menggeleng. "Aku ingat ke aku ni dah setan. Rupanya jantan ni lagi setan dari mak bapak setan. Bodoh betul la aku bergaul dengan dia.." Gumamnya perlahan.

"Aku sedang mendengar Firash!" Firash menelan liur. Dia berdehem. Walau bagaimanapun dia tetap takut akan baran Nazreeq. Gulp..

"NI APAHAL MINYAK KERETA AKU MAKIN KEKURANGAN BAR NI?" Jerit Nazreeq didalam kereta.

Firash membulatkan mata. Dia drift sekejap tadi.. Alaa kedekut betul si Nazreeq ni.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now