NAZ||NELLY - BAB 5❤️‍🔥

21.9K 762 32
                                    


MALAM menjelma. Nelly hanya bersandar di balkoni biliknya dan memandang rumah-rumah yang kukuh dibina di kawasan rumahnya.

Dibiarkan sahaja rambut berterbangan dek angin malam. Dia memejam mata kejap untuk menikmati angin yang menerpa wajahnya.

Perkataan yang dilontarkan oleh Nazreeq tadi telah tersemat didalam kepalanya. Begitu hina dan keji dia dimata abang angkatnya itu.

Sudah hampir 21 tahun dia harus menghadap perkara ini. Kalau dia memberitahu pada Encik Nazeem dan Puan Aydina, lagi teruk dia dikerjakan oleh abang angkatnya itu.

Memang la lelaki itu tidak pernah naik tangan kepadanya namun segala perkataan yang dihambur sudah merobek hatinya..

Ketukan di pintu bilik mencelikkan kedua matanya. Dia menutup balkoni bilik dan terus membuka pintu biliknya. Terpapar seorang jejaka yang amat dia kenali.

"Buatkan aku maggie. Aku lapar gila." Arah Nazreeq namun mata memandang telefon ditangan. Nelly mencebik.

"Kenapa adik? Maggie tu senang je. Abang boleh buat sendiri apa.." Nazreeq berdecit. Lalu dia panggung kepalanya.

Terbeliak matanya melihat pakaian Nelly yang amat seksi dimatanya. Nelly memakai baju satin yang tiada lengan dan bajunya hanya paras lutut. Berwarna merah hati pula tu.

Berkerut dahi Nelly apabila melihat Nazreeq memandang bawahnya dengan mulut yang ternganga.

Nelly terus melihat kebawahnya. Terbeliak matanya. Dia terus menyilang kawasan sensitif itu.

"Err sorry adik tukar baju jap." BAMM! Bunyi pintu yang dihempas telah menyedarkan Nazreeq daripada lamunan.

Nazreeq meneguk liur kesat lalu menampar sedikit mukanya. "Fuhh panas muka aku.. Kurang asam betul Nelly ni. Muka innocent tapi goda aku dengan badan montok dia tu.. Sabar Naz sabarr. Kau kena simpan teruna kau untuk isteri kau. Sabar.."

Nazreeq memang la berperangai setan. Minum arak, berjoget sana-sini dan melepak tidak tentu masa. Namun dia sangat menjaga terunanya. Dia belum pernah menyentuh atau meniduri mana-mana perempuan. Baginya teruna miliknya sangat mahal.. Hanya seorang sahaja yang mampu milikinya..

Ehem. Rasa macam geli tekak pula taip pasal ni.

*:・゚✧*:・゚✧

"ABANG ni saja nak bermanja dengan adik kan? Maggie senang je nak buat. Tapi adik jugak yang abg cari." Omel Nelly yang sedang meletakkan semangkuk maggie dihadapan abangnya.

Nazreeq berdecit. Satu, kerana Nelly merungut. Dua, kerana Nelly dah menukar pakaian kepada hoodie dan seluar slack. Apakah? Aku nak tengok badan dia pun dia tak nak bagi ke?!

"Memekak je kerja kau.." Nelly menggeleng kepala melihat abangnya yang rakus ingin menghirup kuah maggie.

"Tunggu la sejuk sikit.."

"Tak boleh. Aku lapar sangat." Berkerut dahi Nelly.

"Kenapa abang lapar? Abang tak makan ke hari ni?" Terhenti tiupan Nazreeq.

Yang sebenarnya Nazreeq ada juga lah sekelumit rasa bersalah kerana hari ini dia selalu mencaci adik angkatnya. Kerana itulah dia tiada selera makan.. Sekarang je ada selera kerana Nelly yang memasak untuknya dan.. Nelly menemaninya makan.

"Kau tak nampak ke badan aku ni besar dari kau? Mestilah aku perlukan lagi banyak tenaga. Kau banyak bunyi kan? Nahh. Tiupkan untuk aku. Banyak cekadak pula malam-malam buta ni.." Nazreeq menghulurkan mangkuk ke arah Nelly.

Nelly mencebik. "Eleh nak bermanja dengan adik cakap je la.."

Berkerut halus dahi Nazreeq. "Siapa nak bermanja dengan kau?"

"Abang la.." Katanya sambil tiup sedikit maggie itu.

"Siapa abang kau?" Terhenti tiupan Nelly. Dia panggung kepala ke arah Nazreeq yang sedang menjungkit kening.

"Kau bukan adik aku. Sampai bila-bila pun aku takkan anggap kau adik. Jangan pernah mengaku aku abang kau. Kalau orang tanya, kau cakap je sepupu or what. Aku malu kalau orang lain anggap aku abang kau."

Nelly menunduk. Malam-malam pun menyakitkan hati juga ke? Nelly terus bangun dari kerusi..

Berkerut kejap dahi Nazreeq. Dia terus memegang perlahan lengan Nelly. "Nak pergi mana?" Takkan lah nak tinggal dia sorang-sorang? Dahlah dia hanya ada selera bila bersama dengan Nelly je..

"Adik nak masuk bilik nak tidur. Esok ada kelas 8 pagi." Nelly merungkaikan pegangan dan terus menonong masuk kebiliknya. Dia tak boleh tahan! Air matanya sudah bergelinang.. Tunggu masa sahaja ia menitis.

Nazreeq berdecit. Dia mengusutkan rambut. "Bodoh la kau Nazreeq!" Gumamnya..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now