NAZ||NELLY - BAB 18❤️‍🔥

22.7K 758 40
                                    



"TOKMA tak setuju!" Bergegar rumah Encik Nazeem apabila suara tokma bergema di pelusuk rumah.

Nelly hanya melindungi diri di belakang Nazreeq. Dia memegang kemas baju Nazreeq.

Takut.. Tokma nak jadi singa. Abang Areeq tolong adik please huwaaaa.

Alisya mengepal tangannya. Kenapa tiba-tiba nak nikahkan mereka pula?

"Mak.. dengar la dulu apa yang mereka nak cakap. Duduk dulu dan jangan mencelah.." Tegur Puan Alina.

Pasti ada sebab mengapa mereka ingin nikahkan Nazreeq dengan Nelly..

Tokma berjalan menghampiri Nelly. "Kau.." Nazreeq terus mendepa tangannya menghalang tokma mendekati Nelly.

"Duduk tokma. Kami cuma nak umum, bukan nak bergaduh." Mendatar sahaja suara Nazreeq ketika ini.

"Apa ni Naz?! Kenapa tak bincang dengan tokma dulu?! Tokma siapa dalam hidup Naz sehinggakan Naz ketepikan pendapat tokma?!"

Nazreeq memejam mata erat kejap. "Naz tak pernah minta pendapat sesiapa. Naz hanya nak umum yang Naz akan berkahwin dengan Nelly. Dan perkara ini tak perlu dibincangkan sebab Naz ada hak untuk memilih teman hidup Naz."

Nelly terharu. Berkaca matanya sekarang. Abang Areeq pertahankan dia.. Nelly 1-0 Tokma.

Tokma mendengus. "Ni mesti sebab perempuan ni paksa Naz kan?" Tokma mencerlung wajah Nelly.

"Eh anak kutip. Baik kau beritahu aku, kau mengandungkan anak siapa sehingga nak jadikan cucu aku sebagai pak sanggup ha?!"

"TOKMA!"
"MAK!"

Serentak Nazreeq dan Encik Nazeem menjerit. Nazreeq mengepal tangan menahan amarah.

Apatah lagi dia mendengar esakan halus daripada Nelly dibelakang badannya. Tangan kecil Nelly semakin erat menggenggam bajunya.

"Kali ni mak dah melampau! Zeem tak terima kalau mak fitnah keterlaluan terhadap anak Zeem!"

"Anak angkat je Zeem! Kenapa perlu pertahankan?!"

Tokma mencerlung anaknya yang melawan cakapnya. Segarang-garang Encik Nazeem, dia tidak pernah meninggikan suara kepada ibunya.

"Sekarang dia anak angkat Zeem. Tapi selepas ini dia akan naik takhta menjadi menantu Zeem! Dan Zeem dah restu hubungan mereka. Tiada sesiapa yang boleh halang dalam hal ini kerana keputusan ini dibuat oleh mereka sendiri tanpa paksaan. Jelas?!"

Tokma melepas nafas berat. Manakala Puan Aydina hanya memejam mata mendengar suara kuat suaminya.

Puan Alina dan Encik Amin hanya senyum tipis sesama sendiri. Dia tahu jika Encik Nazeem sudah restu, itu bermakna semuanya akan berjalan lancar.

Alisya mengetap bibir. Dia masih tidak puas hati akan hal ini.. fikirnya selepas dia membocorkan rahsia tentang Nelly, Nelly akan dipandang hina serta jijik oleh semua orang.

Dia juga mengira Encik Nazeem sekeluarga akan membenci Nelly kerana identiti Nelly sudah diketahui semua orang.

Namun semua berantakan! Ini pula yang jadi!

*:・゚✧*:・゚✧

ALISYA memandang belakang badan Nelly yanb sedang mencuci pinggan. Dia senyum sinis. Dia mendekati Nelly.

"Sesuai sangat kau jadi tukang cuci je rumah ni." Nelly tersentak. Dia menoleh ke belakang dan senyum tipis. Malas nak melayan, dia terus kembali mencuci pinggan.

"Kau tak rasa bersalah ke? Nampak tak yang Nazreeq dan paklong bergaduh dengan tokma hanya disebabkan kau?" Terhenti pergerakan tangan Nelly.

Alisya senyum sinis. Dia berjaya mengelirukan fikiran Nelly. "Nazreeq pun nampak macam terpaksa je pertahankan kau. Ye lah. Kalau tak pertahankan, mahunya paklong marah dia pula nanti. Tch. Kesian kau. Perkara macam tu pun tak perasan kan?"

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now