NAZ||NELLY - BAB 8❤️‍🔥

21.3K 730 24
                                    



RUANG tamu rumah Encik Nazeem dipenuhi oleh ramai manusia ketika ini. Ada Puan Alina, Encik Amin, Alisya, Puan Aydina, Encik Nazeem, Tokma, Nazreeq dan juga Nelly. Mereka berkumpul bersama-sama diruang tamu itu.

"Mak. Nah air. Dina dah buatkan kurang gula. Mak tak boleh minum manis sangat kan?" Tokma hanya menjeling. Dia tidak suka akan menantunya itu kerana menantunya hanya boleh mengandungkan seorang anak sahaja.

Dan itu yang membuatkan dia meluat dengan Puan Aydina.

"Kau ingat aku dah nak mati ke? Setakat kencing manis berapa percent tu, aku takkan mati la." Puan Aydina tersentak. Bukan itu yang dimaksudkannya.. Tokma menjeling sambil menghirup air itu.

"Mak.. bukan tu maksud Dina.. Ta--"

"Pufff! Kau nak aku mati ke Dina?! Panas tau tak!" Tokma menjerkah apabila air yang diminumnya sangat panas. Terjelir lidahnya menahan kepanasan.

Nazreeq mengetap bibirnya. Sudah berulang kali dia menegur tokmanya agar tidak memarahi ibunya. Namun tokma tetap melakukan hal itu..

"Mak.. memang la air tu panas. Kan air tu baru siap? Tak baik la marah Dina macam tu.." Tegur Puan Alisa. Kebiasaannya tokma akan bertenang apabila anaknya itu memujuknya.

Puan Aydina menunduk. Encik Nazeem mengusap perlahan tangan Puan Aydina tanda memujuk.

"Mak nak air lain? Zeem boleh ambikkan.." Tokma mencerlung anak sulongnya itu.

"Tak payah!" Lalu tokma memandang ke arah Nelly yang terkedip-kedip mata melihatnya.

"Tu. Orang gaji ada. Duk rumah takkan goyang kaki je?" Nazreeq memandang ke manakah arah mata tokma. Dia berdecit. Sesuka hati sahaja menganggap Nelly sebagai orang gaji rumahnya?

Alisya senyum sinis. Dia amat suka apabila tokma mengeji anak terbuang itu..

"Mak. Tak elok cakap macam tu. Kesian Nelly. Terasa la dia.." Tegur Encik Amin. Kadang-kadang dia juga perlu bersuara apabila ibu mertuanya itu makin melampau.

Tokma berdecit. Benci!

Encik Nazeem berdehem sekejap. "Ni ada apa korang datang? Jarang datang ramai-ramai macam ni. Ada orang nak kahwin ke?" Gurau Encik Nazeem mencetuskan ketawa Encik Amin.

"Eh takde la long. Ni Alisya ni. Dia nak melanjutkan pelajaran dekat sini. Bosan katanya dekat luar negara sebab tu balik Malaysia ni. Amin ingat nak masukkan dia ke dalam kolej yang sama dengan Nelly. Ok tak? Nelly boleh berkawan dengan Alisya nanti.."

Nelly panggung kepala. Dia tersenyum manis pada pakngah nya. "Nelly okay.. Bagus jugak kalau Nelly ada geng. Kat kolej tu Nelly bukannya ramai kawan sangat.."

"Memang la kurang berkawan. Dah anak angkat kan? Anak orang miskin. Anak haram. Dibuang pula tu. Siapa je nak berkawan dengan kau?" Tokma bersuara sinis.

Nelly menunduk. Dia amat terasa apabila tokma selalu mencacinya seperti itu. Memang beginikah kehidupannya?

Nazreeq menghempas kuat gelas ke atas dulang. Habis merencik air didalam gelas. Semua yang berada disitu tergamam melihat perlakuan Nazreeq. Nazreeq berdiri dan memandang wajah tokma.

"Dah datang rumah orang buat cara tetamu. Tak perlu kurang beradab macam tu. Apa tokma ingat tokma tua kami kena selalu beralah ke?" Mencerlung mata Nazreeq ke arah tokma sekarang.

Tokma tidak berani melawan panahan mata itu kerana dia tahu baran Nazreeq lagi bahaya dari baran Anaknya, Nazeem.

"Aydeen Nazreeq.." Meleret sahaja suara Encik Nazeem memanggil anaknya.

Nazreeq senyum sinis. "I'm sorry papa kalau Naz kurang ajar dengan mak papa. Tapi she is too much! Tak cukup lagi ke nak memerli mama Naz? Lepas tu memerli Nelly pulak? Apa dia ingat pahala dia banyak sangat ke sampai nak buat dosa?!"

"NAZREEQ! WATCH OUT YOUR MOUTH!" Bergegar suara Encik Nazeem ketika ini. Betapa marahnya dia terhadap anaknya yang kurang ajar dengan orang tua.

Nazreeq berdecit lalu menarik kasar lengan Nelly. Terkejut Nelly. Dah kenapa aku pula terlibat ni?

"Ikut aku." Arah Nazreeq namun mata masih mencerlung bapanya. Nazreeq menarik Nellys dan kaki laju melangkah keluar dari rumah itu. Nelly terkedek-kedek mengikut langkah panjang abangnya.

Encik Nazeem membuang keluh. Dia menyebak rambut ke belakang.

"Bagus sangat la anak kamu tu. Kurang ajar dengan mak. Entah-entah si anak pungut tu yang hasut dia tak? Yela. Mak ayah kandungnya tak ajar cara beradab dengan baik.."

Puan Aydina menggeleng. Dia terus bangun dari duduknya dan menatap wajah ibu mertuanya. Encik Nazeem hanya memerhati isterinya.

"Dia anak Dina mak. Tiada istilah anak pungut, anak terbuang atau anak haram. Dina anggap dia seperti anak kandung Dina sendiri. Macam darah daging Dina. Dina sayang dia dan Dina kasih dia. Kalau mak bercakap tentang kurang adab, mak marahkan Dina. Mungkin Dina yang kurang mengajar adab pada Nelly. Itu salah Dina. Tak perlu salahkan keturunan Nelly."

Seusai sahaja bicara seperti itu, Puan Aydina terus berlalu pergi. Tak tahan! Dari tadi dia menahan tangisnya apabila anak angkatnya dilabel anak terbuang dan anak kandungnya dilabel kurang ajar.

Encik Nazeem menghembus nafas kasar.

"Tengok la isteri kamu tu. Dengan dia-dia pu-"

"Mak. Tolong. Jangan buat Nazeem stress. Please?" Lembut sahaja permintaan Nazeem ketika ini.. Puan Alisa menggeleng perlahan. Apa nak jadi la dengan ibunya ini. Tak berubah dari duku.

Alisa sengih kemenangan. Padan muka kau Nelly. Disebabkan kau lah hancur dan porak peranda keluarga orang. Katanya didalam hati..

TBC🤍
Toxic family is real and exist❤️‍🔥

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora