NAZ||NELLY - BAB 24❤️‍🔥

22.7K 711 13
                                    



NELLY mencekak pinggang apabila retina matanya dipenuhi susuk tubuh Nazreeq yang masih terbongkang tidur. Dia sudah selesai mandi wajib dan sudah bersiap memakai telekung tapi suaminya yang hot ini masih lagi dipagut lena.

"Abang! Bangun la imamkan Nelly solat subuh.. Nelly dah bersiap ni tau?" Nazreeq mengangkat sedikit kepalanya. Matanya menganalisis Nelly yang sedang memakai telekung berwarna nude.

"Terkejut aku. Ingat pocong mana tadi." Nelly menjeling. Mula la tu nak membongak..

"Cepatlah abang dari tadi Nelly tahan kentut semata-mata nak solat dengan abang ni.."

Nazreeq gelak perlahan. "Bukan kau period ke?"

"Dah habis dah. Nelly baru je selesai mandi wajib tadi. Cepatlah. Nanti subuh habis laa. Nelly nak buat breakfast lagi ni.."

"Nak buat breakfast apanya barang pun tak ada dekat dapur tu.."

"Abang! Sengaja kan nak lengahkan masa? Cepatlah!"

Nazreeq bangun dari baringnya. Dia mengusutkan rambut. Dia menjeling tajam ke arah Nelly. "Serabut la kau ni. Macam la tak boleh solat sendirian."

Nelly senyum lebar. "Berjemaah lebih afdhal. Lagi banyak pahala la abang sayang.." Nazreeq berdecit mendengar suara meleret isterinya.

Dia bangun dari katilnya. Terus Nelly menutup matanya. Fuhh! Aku salah tengok ke tadi?!

"Abang! Abang tak pakai seluar ke?!" Nazreeq senyum senget. "Aku tidur biasanya pakai boxer je. Kadang bogel. Tapi sebab ada kau, aku tutup aurat sikit pakai boxer. Kang menangis pula kau tengok adik aku.."

"Dahlah! Pergilah ambil wuduk sana. Bencilah dia ni tak senonoh!" Tempik Nelly namun mata masih ditutup dengan tangannya.

Nazreeq melangkah merapati Nelly. Dahi Nelly berkerut. Senyap je abang ni? Dah masuk bilik air ke? Tapi pintu tak berbunyi pun..

Dia mencelikkan mata. Terkejut dirinya apabila Nazreeq betul-betul dihadapannya. Nazreeq maju dan mencium sekilas bibir Nelly. Makin terbeliak mata Nelly apabila dicium dengan tiba-tiba.

"Morning kiss." Kata Nazreeq lalu dia melangkah ke bilik air dengan senyuman senget.

Nelly senyum. Dia menyentuh bibirnya. "Lembutnya bibir abang.." Gumamnya. Namun setelah itu senyumannya mati.

"Abang! Nelly dah ada wuduk la tadi!"

"HAHAHAHHAHAHA"

Nazreeq ketawa terbahak-bahak didalam bilik air. Sengaja dia buat begitu supaya wuduk Nelly terbatal.

Nelly menghentak kaki namun bibirnya mengoyak senyuman. Abang eii. Abang dah curi first kiss Nelly.. Nakal..

*:・゚✧*:・゚✧

NAZREEQ menghentikan motornya dihadapan kolej Nelly. Betul-betul depan pintu. Lantak ah ayah aku penyumbang besar kot dekat sini. Kena la berlagak sikit. Katanya dalam hati.

Nelly turun dari motor dan ditanggalkan topinya. Masam mencuka wajahnya. "Abang kalau mak mati abang pergi la sorang-sorang. Tak payah la ajak Nelly. Hampir tercabut tau jantung Nelly tadi."

Nazreeq memang gila! Biasanya Nelly mengambil masa 20 minit untuk ke kolejnya. Tapi bila naik motor dengan Nazreeq, makan masa 5 minit sahaja. Dia bawak macam orang gila.

Nazreeq tersengih. Dia mengambil topi dari Nelly. "Kena la laju. Motor ni tak best aa kalau bawa macam skuter. Lagipun aku kena masuk kerja awal hari ni. Kena tunjuk baik depan papa, mana la tahu bulan ni dapat 30K."

Nelly menjeling. "Ceh baru nak minta kerja dah minta gaji macam kerja bertahun-tahun." Gumam Nelly.

"Kau mengutuk suami ke? Tak tahu dosa ke ape dia ni.." Nazreeq menjeling tajam Nelly yang tersengih kambing. Dengan rambut kusutnya lagi hmm. Bini siapa yang buruk sangat ni? Eh silap. Bini siapa yang kusut masai ni?

Nazreeq mengemaskan sedikit rambut Nelly. "Buruk la kau Nelly. Kau pakai tudung je la lepas ni baru lawa."

Nelly tersentak. Walaupun kedengaran seperti bergurau, namun Nelly sedikit terharu kerana Nazreeq memikirkan tentang auratnya.

"Hehe soon abang soon.." Nazreeq mengumam. "Hmm. Dahlah pergi masuk sana. Menyemak aku asyik muka kau je."

"Ceh. Nak salam.." Nazreeq menghulurkan tangannya. "Salam elok-elok. Kalau ade kesan gincu kat tangan, aku siap kau."

"Hehehheeh baru je nak buat tadi.." Nelly mencium sekilas tangan suaminya. Dia berpaling kejap ke kolej. Oh oh.. Ada Alisya yang baru keluar dari kereta dan semestinya dia panggung kepala ke arah Nelly.

Nelly senyum jahat. "Abang abang cium dahi Nelly jap."

Nazreeq berkerut. Jari telunjuk menunjukkan diri sendiri. "Aku? Cium?" Lalu dia menunjukkan jari ke arah Nelly. "Kau?" Nelly beria mengangguk.

Nazreeq mempamerkan wajah geli. "Ah taknak ah. Berkilo bedak kau pakai kat muka. Nanti berdebu bibir aku."

Nelly mencebik. "Tak ada la. Orang pakai sikit je bedak tadi. Cepatlah abangggg. Cium dahi cepat lahh."

Nazreeq mendengus. "Kau kenapa? Takkan horny kot masa macam ni?

"Abang!" Nelly menepuk kuat dada Nazreeq. "Takkan la mintak cium dahi pun dah dikira horny kot. Nak cup cup sikit je. Pleaseeeee." Nelly memuncung dihadapan wajah Nazreeq.

Nazreeq menanggalkan kejap topinya. Dia berdecit. "Kau ni terdesak sungguh la. Miang keladi." Dia menarik kepala Nelly dan cium dahi Nelly sekilas.

CUPP.

Nelly senyum lebar. Nazreeq ingin mengesat bibirnya namun Nelly memegang tangan Nazreeq. "Jangan la lap." Nelly mara dan cium sekilas bibir Nazreeq.

Terbeliak mata Nazreeq. Apakah? Balas dendam sebab pagi tadi ke dia ni?

Nelly terus melangkah ke kolej. Dia berpusing menghadap Nazreeq kejap. "Bye abang!! Nanti ambil Nelly tau! Muahhhhh!" Nelly membuat flying kiss ke arah Nazreeq dan terus berlari-lari anak ke pintu kolej.

Nazreeq berdehem menghilangkan debaran. "Kecil je bibir dia.. Tengok la nanti aku gigit biar bengkak.." Langsung Nazreeq memakai topi keledar dan memulas handle motornya keluar dari kawasan kolej.

Alisya mengepal tangan melihat aksi itu. "Shit. Nelly tak guna.." Dendam Alisya makin membara apabila retina matanya dipenuhi aksi romantik Nazreeq dan Nelly..

TBC🤍
Aaaa larikkk Alisya nak mengamukk

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now