NAZ||NELLY - BAB 45❤️‍🔥

22.3K 562 11
                                    



NAZREEQ mengerutkan dahi menahan kepanasan yang memancar ke arahnya. Akhirnya dia boleh mengambil semula keretanya pada hari ini setelah membayar harga kereta kepada bapanya.

Dia amat berpuas hati kerana baginya ia adalah pencapaian yang tinggi kerana dapat memenuhi citarasa isterinya yang menginginkan kereta Audi R8 itu semula.

Dia sedang berjalan di tepi jalan ketika ini. Terhenti langkahnya apabila telefonnya berdering menandakan mesej masuk. Tersenyum dia apabila melihat nama isterinya yang terpapar di skrin. Elee rindu ke? Baru je beberapa minit tak jumpa..

From : Baby sayang
-Abangggggg
-Tengukkk ni. Nelly beli lingerie baru untuk abangg.
-Malam ni Nelly pakai untuk abang okay? Rawr🤤

Nazreeq tergelak. Percayalah semenjak sebulan yang lalu Nelly selalu memakai lingerie di malam hari. Katanya nak mengorat kekasih halalnya setiap hari. Nazreeq pun makin suka hari-hari dihidangkan badan seksi isterinya.

Baru sahaja dia ingin membalas mesej isterinya, tiba-tiba sahaja Firash menelefonnya.

"Hello Rash."

'Shit. Behave Naz. Lelaki tua tu aku tak dapat detect! Dan aku dapat detect dia berada di area kita ni.'

Nazreeq mengetap bibir. Sudah sebulan bapa mertuanya itu hanya diam namun sekarang muncul kembali.

"Teruskan. Kalau boleh aku nak--"

Terhenti percakapan Nazreeq apabila ada satu van berhenti ditepi tempat dia berdiri. Ada dua orang lelaki yang keluar dari van tersebut dan terus menutup muka Nazreeq dengan guni. Meronta-ronta Nazreeq dibuatnya.

Nazreeq terus memasukkan telefon didalam poket kerana dia tahu pasti Firash akan dapat menemuinya mengikut location.

Nazreeq menyepak kelangkang lelaki tadi. Dia ingin membuang guni tersebut dari wajahnya namun tersekat apabila salah seorang lelaki itu menyepak kuat perutnya.

"Urghh.." Nazreeq tertunduk menahan sakit. Kedua lelaki tadi terus mengheret Nazreeq ke dalam van.

TUTTT TUTTT.

"Naz!! Argh shit!" Naqib hanya memandang ke arah Firash yang melempar telefonnya ke bantal.

"Kenapa weh?" Firash mendengus.

"Aku rasa ada sesuatu terjadi pada Naz. Kau detect location dia! Aku nak pergi rumah Naz nak beritahu Nelly pasal ni. Aku taknak dia risau."

Naqib mengangguk. "Ingat. Dapatkan secepat mungkin sebelum member kita tu arwah."

Naqib mengangguk laju dan terus mencapai laptopnya.

Firash terus memandu laju ke rumah Nazreeq.

*:・゚✧*:・゚✧

NELLY terjelumpuk jatuh selepas mendengar khabar itu. Air matanya menitis dan dia menggeleng perlahan. "Tak mungkin abang Rash.. Nelly baru je whatsapp dia tadi dan dia sedang menaip tadi. Takkanlah.." Nelly menggeleng.

Dia menyeka airmatanya menggunakan hujung tudungnya. Dia sudah mula bertudung penuh seminggu yang lalu. Nazreeq la yang paling bahagia. Nazreeq akan memujinya setiap hari.

'Bidadari abang..'
'Cantiknya dia bertudung..'
'Makin comel la dia..'

Itulah kata-kata daripada Nazreeq setiap kali Nelly ingin pergi ke kolej. Dia akan memuji setiap kali Nelly bertudung.

Firash menghela nafas. Diperhatikan sahaja isteri kawannya yang menangis dan memukul dadanya sendiri.

Firash menyeluk poketnya apabila telefonnya berbunyi. Dia senyum dan mengangguk sahaja.

"Nelly duk rumah elok-elok. Kunci pintu. Abang Rash nak pergi selamatkan Naz. Naqib dah jumpa location dia."

"Ne..Nelly nak ikut." Firash menggeleng. "Tak boleh. Bahaya Nelly. Dekat situ me--"

"Nelly nak ikut! Nelly nak jumpa suami Nelly! Dan Nelly nak jumpa ayah Nelly.. Nelly nak buat perhitungan dengan dia sebab culik suami Nelly!"

Firash menghembus nafas kasar. Nak taknak dia kena bawa juga. Dia agak pelik kebelakangan ini emosi Nelly tidak berapa stabil. Nazreeq pun ada beritahu Nelly kerap memarahinya sekarang.

Jadi, Firash taknak Nelly menjadi singa betina. Akhirnya, dia terpaksa juga bawa budak cenonet ni.

*:・゚*:・゚✧

"URGHH!" Nazreeq mengerang apabila Ridhuan memukul mukanya bertubi-tubi. Merencik darah keluar dari mulutnya. Pipinya sudah lebam. Hujung bibirnya sudah luka. Nazreeq meludah darah tersebut. Dia menjeling tajam bapa mertuanya.

"HAHA.. Well. Siapa yang cari pasal dengan aku dulu? Siapa yang benamkan pisau dekat perut aku dulu huh?" Nazreeq berdecit. Dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana ikatan dikerusinya terlampau kemas.

"Kau ni nampak kuat. Tapi sekali kena tumbuk terus melutut. Tak ada lah kuat sangat. Setakat jentik sikit dah tumbang, baik kau jadi pondan je."

Nazreeq mendengus apabila mendengar suara sinis itu. Dia menolak isi pipinya dengan lidah.

"Kau jangan nak bangga sangat la orang tua. Antara kau dan aku, aku lagi kuat dan bertenaga. Kau kuat sebab kau ada geng. Satu lagi kekuatan kau tu disebabkan dadah yang mengalir dalam badan kau. Kalau tak ada dadah tu dah lama dah kau tumbang di tangan aku."

Ridhuan mengetap bibir. "Tak baik cakap macam tu dekat bapa mertua. Berdosa tau."

"Kisah pula aku? Aku sendiri pun dah sebati dengan dosa. Kalau setakat kurang ajar dengan kau, tak ada hal la bagi aku."

Ridhuan gelak kuat. Dia menggeleng. "Nazreeq.. Kalau kau dah sebati dengan dosa, kenapa sekarang kau dah berubah? Aku dah lama tak nampak kau dekat kelab. Dah lama aku tak nampak kau minum arak. Ke mana Nazreeq yang liar ha?"

Nazreeq meludahkan darahnya sekali lagi. "Maaf, aku bukan keturunan setan macam kau. Aku ada tanggungjawab. Aku dah berubah. Aku berubah kerana anak kau! Dia yang mengajar aku cara untuk menjadi manusia. Dia yang ajar aku supaya mengejar pahala berbanding dosa!"

Ridhuan meramas rambutnya sendiri. "Urghhh! Kau tak payah cakap pasal hal tu! Cinta membunuh! Cinta melemahkan! Perempuan melemahkan lelaki. Sebab itu lah aku bunuh mak mertua kau! Dia melemahkan aku! Dia melemahkan fikiran aku! Dia memaksa aku untuk berubah selepas itu dia curang dengan aku! Bodoh! Suruh aku berubah tapi dia sendiri yang murah!"

Ridhuan menyepak kerusi yang diduduki Nazreeq. Nazreeq memejam mata erat. Sekarang dia tahu mengapa ayah Nelly begitu kejam. Itu kerana tipu dalih seseorang terhadapnya. Kemungkinan bapa mertuanya ini trauma untuk mempercayai manusia kerana itulah dia berubah ke arah kejahatan.

Ridhuan mendengus. "Kau tak payah nak percaya sangat pasal cinta. Cinta itu buta. Perempuan akan tinggalkan lelaki sewaktu lelaki tu dah tiada harta!"

Nazreeq gelak perlahan dan menggeleng. "Tak semua perempuan macam tu. Nelly tak pernah tinggalkan aku. Selepas kami berkahwin, aku terus jatuh miskin. Tak ada duit. Kena kerja keras untuk memenuhi keperluan kami. Nelly sedikit pun tak mengeluh. Dia sedikitpun tak minta apa-apa dengan aku. Dia rela menahan lapar dengan aku semata-mata ingin berada di samping aku.. Dia bidadari.. Anak kau bidadari aku.. Kau jangan samakan dia dengan perempuan murah kau yang lain!"

Menitis airmata Nazreeq ketika ini. Betapa dia mencintai wanita itu. Nelly menyayanginya tanpa memandang harta. Nelly snggup bersusah payah dengannya. Mereka lalui cabaran bersama-sama. Kerana itulah Nazreeq sangat dambakan wanita itu.

Ridhuan mendengus. Dia maju ingin menyepak kepala Nazreeq. Dia serabut dengan smua ni! Nazreeq cuba untuk meracuni fikirannya.

"A...ayah.."

Terbantut kelakuan Ridhuan apabila mendengar suara lembut dari arah pintu. Tergamam dia melihat Nelly yang cantik bertudung.. Mukanya kemerahan dan wajahnya comot dengan air mata.

Nelly menggeleng ke arah ayahnya. Nazreeq melepaskan nafas melihat isterinya bersama Naqib dan Firash.

Baguslah. Isterinya selamat..

TBC🤍
Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Where stories live. Discover now