NAZ||NELLY - BAB 32❤️‍🔥

24.8K 785 52
                                    



"NELLY!!" Bergema ruangan kelas itu dengan jeritan Khairina. Prof Fahri memerhati pelajarnya yang memasuki kelas dengan wajah yang bengis.

Khairina mendekati Nelly dan menarik kuat badan Nelly.

"Wei kau kenapa?!" Tengking Dee. Suka-suka sahaja tarik orang..

"Kau diam!" Khairina terus menarik rambut Nelly. "KAU BUAT APA DEKAT KERETA AKU?! Kenapa banyak contengan dekat situ?! Siap bergaris lagi! Kau tak guna la Nelly! Sial!"

Khairina makin menarik rambut Nelly. Dee memegang Nelly dan Shafiq cuba untuk merungkaikan pergaduhan itu. Bising sekejap ruangan kelas itu

"CUKUP! What the hell are you doing in my class right now young lady?!" Jerkah Prof Fahri.

Khairina melepaskan kasar rambut Nelly. Nelly sudah menitiskan air mata. Pedih gila. Rasa nak tercabut kepalanya.

"Prof! Dia dah calarkan kereta saya. Habis rosak dan hancur kereta saya. Dia dengki Prof sebab saya ada kereta sedangkan dia dah miskin! Dasar anak terbuang!"

"ENOUGH!! You're too much Khairina Dato Khairi. You nak i inform Dato Khairi ke tentang hal ni?"

Khairina mendengus. "Silakan. Saya pasti daddy saya pun akan saman perempuan ni!" Khairina mencerlung Nelly.

Nelly mengetap bibir. Pedih! Sakit! Dia tak sempat buat apa-apa pun tetap dipersalahkan..

Prof Fahri gelak perlahan. Dia merapati kedua-dua gadis itu. Prof Fahri memasukkan kedua tangan didalam poketnya.

"Young lady, Dato Khairi tak bodoh seperti you. Dia akan meminta bukti dahulu senelum melakukan apa-apa keputusan. And now you ikut emosi you! Dari pagi tadi Nelly ada dalam kelas ni. Celah mana pula dia rosakkan kereta you?"

"Mungkin dia suruh anak buah suaminya yang rosakkan keta saya. Suami dia kan penyangak. Kaki disko. Kaki kelab dan kaki arak. So? Boleh jadi juga kan?"

Terkejut semua yang berada diruangan itu. Prof Fahri mengetap bibir. Dia tahu akan itu namun dia tidaklah mengeji kawan baiknya sampai sebegitu.

Nelly bangun meluru ke arah Khairina. Dan dia melempang kuat pipi Khairina.

"STUPID! Kau siapa nak mengata laki aku? Kau pun kaki kelab juga! Perempuan murahan! Tak sesuai la kau jadi anak dato sedangkan kau sendiri lacur diri kau pada mereka!"

"NELLY!" Nelly panggung kepala ke arah suara itu. Terkejut dia apabila Nazreeq datang dengan pakaian kerjanya. Prof Fahri menghela nafas. Dia sudah menghantar mesej kepada Nazreeq tadi. Agak terkejut juga Nazreeq tiba terlalu cepat.

Nazreeq mengorak langkah menghampiri Nelly dan terus menarik tangan Nelly. "Abang! Dia mengata abang tadi. Nelly berh--"

"STOP IT!" Nazreeq menjerkah Nelly dihadapan umum. Nelly tersentak. Airmatanya makin mengalir.

"Ikut aku." Nelly mengikut laju langkah Nazreeq. Prof Fahri menghela nafas.

"Alright calm down. Semua duduk. Nanti i datang." Prof Fahri terus meluru mengikut suami isteri itu ke pejabat.

Dee dan Shafiq mengeluh. Kenapa tiba-tiba jadi begini? Semua pelajar sudah bising memikirkan tentang suami Nelly..

*:・゚✧*:・゚✧

"KAU ikut emosi Nelly! Kalau kau marah macam tu nampak sangat yang aku buat kerja kotor tu! Cuba kau diamkan saja. Mesti orang pun takkan tahu!"

Mereka berada di pejabat ditemani Prof Fahri.

"Abang.. Kalau Nelly diam je, nampak sangat Nelly bersetuju dengan apa yang dia cakap sebab tu lah Nelly--"

"Sebab tu kau pandai-pandai buka aib Khairina? Macam tu? Kau tahu tak orang akan mengata yang aku tak pandai didik isteri kalau mulut kau celupar macam tu! Kau tak berhak buka aib orang lain!"

Nelly makin menangis teresak-esak apabila ditengking begitu. Terhinjut-hinjut badannya sekarang.

"Naz.. Bincang baik-baik. Jangan tengking dia macam tu." Tegur Prof Fahri..

Nazreeq menyebak rambut kebelakang. "Kau tau tak Nelly.. Aku rasa aku jijik. Aku kotor sebab dosa yang aku buat. Aku cuba ubah sebab kau yang suruh. Aku cuba bersabar dengan semua ni. Aku cuba jadi yang terbaik. Tapi disebabkan kau buat macam ni, semua hancur. Orang akan nampak aku jahat dan ia membuatkan aku putus asa dengan perubahan ni!"

Nelly masih menangis dan menangis. Penat dia menangis.. sampaikan dia sudah sesak nafas.

"Shit! Aku tak tahu pula perubahan ni susah! Kalau aku tahu macam ni, lebih baik aku tak payah ubah diri aku! Menyesal aku ikut cakap kau Nelly! Aku rasa aku permainkan agama bila aku dipaksa solat oleh kau tapi dalam masa yang sama aku pergi ke kelab. Bodoh!"

Nazreeq menumbuk kuat dinding pejabat. Prof Fahri mengeluh. Nazreeq sudah kembali ke barannya.

"Nelly minta maaf. Nelly salah. Nelly cuba nak ubah abang tapi Nelly gagal.." Nazreeq memejam mata mendengar suara Nelly yang bergetar.

"Nelly.. tak sanggup bila orang lain mengata abang padahal abang tak seteruk tu. Nelly tahu sebab Nelly yang selalu berada di samping abang. Nelly yang rapat dengan abang dari dulu sehingga sekarang. Sebab tu la Nelly cepat marah bila orang lain mengata suami Nelly."

Nazreeq memejam mata. Airmata menitis apabila dia menyakiti orang yang dia amat sayangi.

Dia amat menyayangi Nelly. Sepenuh hati. Kerana itulah dia menjauh dari Nelly supaya dia boleh mengurangkan kasih sayangnya terhadap Nelly. Dia tidak mahu Nelly menyayangi orang kotor sepertinya.

Tapi itu sia-sia apabila dia sendiri yang terjatuh dalam lembah percintaan ini.

"Kalau abang rasa Nelly ni beban.." Nazreeq mencelikkan matanya. Dia tahu apa yang akan Nelly tuturkan.

".. lepaskan Nelly. Abang berhak bahagia dengan pilihan abang."

Prof Fahri terkejut dan menggeleng. Nazreeq memusingkan tubuh melihat Nelly yang sudah jatuh terduduk. Wajah Nelly comot dengan airmata.

Nazreeq menggeleng. Air matanya menurun tidak henti melihat Nelly seumpama amat serius dalam hal ini.

"No Nelly.. No.." Gumamnya perlahan.

"Nelly.. gagal ubah abang.. Nelly gagal jadi isteri.. Nelly minta maaf.. Kita.. berpisah?"

Nazreeq menggeleng laju. Airmata menitis makin laju seperti tiada hari esok.

Tak.. Dia takkan lepaskan Nelly..

TBC🤍
Tak tawu tak tawu😭😭

Vote and comment❤️

NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon