Chap 3

16.7K 966 7
                                    

"Apa maksud kau? Kau cabar aku ke apa ni?" Adam tanya balik. "Kau ketua umum ke?" Ryana pula menyoal. Soalan dibalas dengan soalan. Tapi entah kenapa soalan tu kedengaran sinis di telinga Adam. "Kau tak puas hati dengan aku ke?" Adam tanya lagi. "Nope. Just asking. So,are you?" Balas Ryana. "No. Aku ketua asrama. So back to my question. Kenapa kau langgar semua peraturan tu?"

"Oh hi. Tapi aku mana ada buat hal kat asrama kenapa kena menghadap kau pulak?" Adam mula bengang dengan jawapan Ryana. "Memanglah tapi semua yang kau buat tu boleh membabitkan aku sekali,faham tak?" Suara Adam semakin tegas. Stress dia kalau ada 10 orang lagi macam Ryana. Huh. Confirm dia letak jawatan. Mana taknya,disebabkan budak-budak yang selalu hilang dari kelas,dia yang kena. Yelah,mana tau dorang gi tido kat asrama ke? Sebab tulah ponteng kelas. Yang lambat tu brlum kira lagi.

Pokok pangkalnya,memang dia dengan Fakeh lah yang kena sebab Adam ketua asrama dan Fakeh ketua umum. Jadi,sayangi dan kasihanilah ketua anda sepenuh hati .

"Yea but still aku langgar disiplin sekolah kan? Mana satu antara korang ketua biro disiplin? Kenapa ketua asrama kena handle? Ketua umum takde ke?" Adam menarik nafas,menenangkan diri sendiri. Ada jugak yang kena karate kat sini kang. "Kau nak mempertikaikan jawatan aku ke? Nak jatuhkan kredibiliti aku?"

Ryana tergamam. Bukan itu niat sebenarnya. Cuma dia dengar orang cerita bahawa ketua umum is a considerable person so kalau dia goreng alasan dia maybe just maybe Fakeh akan terima. AKAN. Tapi Adam ni pulak salah faham. "Wowo. Lek ah. PMS apa kau ni? I was just asking" balas Ryana. 'Duh,Ryana. Yang kau cari pasal dengan Majlis Tertinggi dah kenapa..' Dia memarahi diri sendiri.

Muka konco-konco Adam yang kat belakang tu dah macam apa je sebab tak sangka pun akan ada orang yang mencabar kewibawaan Adam. Like seriously? Budak tu baru form 4 kot.

"Boleh tak kau bagitau aku sebab kau lambat? Tu je aku nak. Dan kenapa kau ponteng? Kau lepak mana masa tu. Bagilah kerjasama sikit" pinta Adam. Ryana menarik nafas panjang,risau kalau-kalau jawapan yang akan dia bagi tu menyebabkan Adam lagi bengang.

"Yea I did skip several classes but on my own personal reason. Dan pasal lambat tu pulak,kau terlepas pandang sesuatu. Dalam seminggu,akan ada sehari je aku lambat. Itulah sebabnya aku lambat. Kalau dua hari pun,hari yang lambat tu aku memang lambat harhar," Ryana cuba gelak untuk meredakan suasana tapi cam hambar je.

Adam pandang Ryana macam Ryana tu nukleolus yang hanya boleh dilihat menerusi teleskop elektron (ceh) je. Fakeh mengeluh. "Kat mana kau selalu lepak masa kau skip class?" Soal Fakeh sebagai tanda toleransi memandangkan Adam tu macam nak letupkan Darul Syura ni je rupa dia. "Private and confidental." Jawab Ryana sambil senyum paksa. "Cikgu tahu ke sebab kau tu?" Fakeh bertanya lagi. "Only few of them" jawab Ryana.

Belum sempat Fakeh bertanya soalan lagi,azan Isya' berkumandang menandakan telah masuknya waktu Isya' di Subang Jaya. "So shall I go now?" Ryana pula tanya. "Even if we don't allow you to?" Ryana mengangguk. "Go." Adam mencelah. Ryana flash a warm smile sebelum meminta diri. "Sopan pulak tetiba" Sufian,ketua blok bersuara setelah lama terdiam. Adam menghantar pemergian Ryana dengan ekor mata.

"Dah. Jom masuk surau balik. Fakeh imam malam ni kehkeh" Sufian menepuk bahu Fakeh. Adam mengekori dari belakang.

***************

Adam duduk bertafakur di birai tangga surau. Laluan yang biasa digunakan oleh pelajar puteri untuk keluar masuk surau. Budak Ryana tu betul-betul dah sengetkan egonya heh. Muncul tah dari mana tah tetiba je nak mencabar kredibiliti dia. Tercalar gak ah ego.

"Dam,buat apa?" Fakeh menegur Adam sambil menepuk bahu Adam. "Takde ah. Aku terfikir je kenapa Rana.." Fakeh cepat-cepat membetulkan. "Ryana." Adam jeling Fakeh. "Ha Ryana tu taknak bagitau kita. Entah apa dia buat,kat mana ntah. Private and confidental" Adam mengajuk Ryana pada ayat terakhir. Fakeh tergelak. "Lek ah. Maksudnya dia memang adalah sebab tersendiri. Perempuan ni kan misteri orangnya" jawab Fakeh.

"Puih ah. Misteri pebenda ntah" Adam membantah. Fakeh menggeleng kepala. Faham bahawa tindakan Ryana yang mempersoalkan tugas Adam sebagai ketua asrama tu mencalarkan ego rakan karibnya. Ehm. Sebenarnya bukan ketua umum tak buat pape goyang kaki je,Fakeh ni ada je kat belakang Adam. Disebabkan soal siasat ni dijalankan dalam asrama jadi dia rasa Adam lebih layak.

"Lek je ah. Lepas ni kau bukannya jumpa pun Ryana tu. Kalau dia skip lagi,kita suruh MT perempuan check. Chill sudah~" Fakeh menepuk bahu Adam banyaj kali. Adam diam tak memberi respons. "Dahlah jom balik asrama. Kerja Physic kau tak siap lagi kan?" Adam tersentak. Matilah kalau tak siapkan kerja Puan Mira bagi.

Mereka berdua pun berjalan masuk aspura sambil berborak kosong. Tapi Adam tahu,dia kena juga cari siapa Ryana tu sebenarnya.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now