Chap 45

9.9K 757 29
                                    


       "What the hell."

       Mereka berdua memandang kearah cincin yang berada di tangan Ryana. Firdaus kehilangan kata-kata dek kejutan yang melampau. Silap haribulan boleh terus bisu!

       Tiba-tiba datang seorang pekerja lelaki mendekati meja mereka dengan muka gelabah yang amat.

       "Err cik?"

       Dua pasang mata kini tertumpu kepada pekerja tersebut. Nampak gaya macam budak lepasan SPM je.

       "Boleh bagi cincin tu balik tak? Sebenarnya tu cincin couple yang kat meja hujung tu. Abang tu nak lamar awek dia. Sa..saya tersalah letak agaknya tadi." Terketar-ketar dia bagi penjelasan.

       Dengan blurrnya Ryana menyerahkan cincin tersebut. Otaknya blank se blank space baby and I'll write your name. Ehh k tak tak.

       Pekerja tersebut pun pergi ke kaunter dan menyediakan aiskrim lagi satu untuk tebus kesalahannya mungkin. Ryana dan Firdaus kembali berpandangan.

       "What was that?" Soal Ryana.

       Firdaus angkat bahu.

       Okay this is awkward.

       "Nak balik sekarang tak?" Serentak mereka berdua bertanya.

       Lepastu dua-dua angguk kepala dan terus pergi meninggalkan tempat kejadian.

       "Err cik..cik!" Pekerja tersebut memanggil.

       Perlahan-lahan Ryana toleh belakang. Pekerja tersebut mendekati mereka bersama sapu tangan di tangan.

       "Tertinggal tadi atas meja. Hehe. Minta maaflah ye atas salah faham tadi. Saya akan lebih berhati-hati lepasni." Ujarnya lagi.

       Ryana angguk je sambil tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih.

       "By the way,korang memang sepadan. Kek kahwin nanti boleh tempah kat sini ye? Takpun mana-mana Baskin Robbin berdekatan kawasan cik."

       Eh sempat pulak dia ni promote.

       Lepas pekerja tu pergi,Ryana berjalan kearah Firdaus yang menunggu di depan eskalator.

       "Naik ke turun?" Soalnya.

       "I thought we're going home?" Balas Ryana.

       "Warden harini siapa?" Dia tanya lagi.

       "Encik Sharul. Kenapa?" Ryana tanya balik.

       "Aku hantar kau balik masa dah nak dinner sebab dia selalu ada kat dewan makan time tu. Gate yang dekat dengan trackfield tau." Jawab Firdaus sambil kakinya melangkah ke arah eskalator.

       Ryana mengejar dari belakang. Jam ditangan ditilik. Baru pukul 3.45 petang. Makan malam pukul 6.15 petang.

       Sedang mereka berjalan,Ryana berhenti depan kedai yang menjual alat muzik. Kedai tersebut agak besar berbanding kedai yang lain mungkin sebab semua jenis alat muzik ada dalam tu.

       Firdaus yang menyedari Ryana hilang dari sisinya terus pusing belakang. Dia patah balik dan memasuki kedai tersebut. Dia nampak Ryana tengah menekan kekunci piano yang berwarna pink pastel.

       Tiba-tiba dia teringat Naufal pernah cakap sesuatu pasal piano. Baru je dia nak tegur Ryana,seorang pekerja menghampirinya.

       "Encik nak cari gitar akustik yang baru ke?"

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now