Chap 70

6.9K 535 53
                                    

   Ryana mengunyah popcorn kegemarannya sambil menonton tv. Rasa seronok dapat bermalasan dirumah tanpa ada assignment dan deadline yang kejar macam tak cukup tanah,fuh tuhan je tau nikmat dia macam mana.

   Tak lama kemudian, Iskandar datang lalu mengambil tempat di sebelah Ryana. Pinggan berisi kentang goreng dan nugget diletakkan di atas meja kopi.

   Ye, mempunyai abang yang baik juga satu nikmat ye adik-adik sekalian.

   "cerita apa ni?"

   "another kento yamazaki's drama." balas Ryana.

   Iskandar menyandarkan badan ke sofa kulit untuk menyelesakan diri. Telinga mereka berdua disapa bunyi aneh sebaik sahaja iklan bersiaran. Ryana lipat maut pandang pintu biliknya yang terbuka sedikit.

   "wow Ran sejak bila Ran ada music box?" Emier keluar dengan kotak muzik ditangan tanpa rasa bersalah setelah ceroboh masuk bilik adiknya. Langkah dihayun lalu punggung dilabuhkan di atas sofa.

   "Kasya! Apa Kasya buat dekat bilik Ran?" Kotak muzik tersebut diambil dari tangan Emier.

   "Kasya nak ambik laptop Kasya je." balas Emier.

   "oh, sorry. Ran lupa nak simpan balik lepas guna semalam."

   Kepala Iskandar terteleng daripada tadi, memerhati drama sebabak. Matanya cekap menangkap sesuatu pada tangan Ryana.

   "mana Ran dqpat music box ni?" soal Emier.

    Iskandar menyuap seketul nugget ke dalam mulut sebelum bertanya soalan yang hampir sama.

   "apa tu?"

   Penuh cermat Ryana buka kotak muzik tersebut. Terserlah figura seorang puteri yang dilindungi oleh seorang kesatria diiringi dengan alunan muzik lembut yang menenangkan jiwa.

   "jumpa dekat mana?" soalan sama diulang.

   Ryana angkat bahu. Terkerut dahi Iskandar. Emier pula gatal tangan hendak membelek music box tersebut lalu kotak tersebut diambil dari Ryana.

   "masatu Ran bangun dari tidur, tetiba je kotak tu dah ada dekat tepi katil. Siap terbukak lagi. Ran tak tau siapa yang letak. Ingatkan abang Is bagi sebab birthday Ran. Tapi tula birthday Ran dah lepas. Zaman sekarang siapa je lagi ada music box macamni. Kalau musically tu berlambak lah kot."

   Iskandar berfikir sejenak. Kalau Emier dan dirinya sendiri tak tahu macam mana kotak tersebut boleh ada, mesti Naufal punya kerja. Dalam rumah tu cuma ada mereka berempat je.

   "ni macam yang dalam kotak haritu je.."

   Ryana dan Iskandar serentak memandang Emier. Emier yang sedar dirinya dipandang
segera mengangkat kepala.

   "kotak apa?"

   "haritu kan angah ada bawak barang dari rumah lama. Masa angah unpack barang tu, Kasya nampak kotak ni kot. Tapi tak sure lah sebab masatu tengah mamai. Hmm"

   Kotak muzik tersebut dibuka kembali. Melodi yang berkumandang didengar dengan penuh khusyuk.

   "macam betul je ini kotaknya. Sebab annoying gila bunyi."

   Barang dari rumah lama?

   "Kasya, kotak tu ada tulis alamat rumah lama tak?" soal Ryana.

   Emier cuba mengingat. "tak sure lah pulak rasanya takde. Sebab chauffeur yang tolong bawakkan. Angah..."

   Iskandar sumbat dua ketul nugget dalam mulut Emier. Dasar pakcik pakcik bawang. Jawab sikit-sikit sudahlah ni bagi satu perenggan nak buat apa. Naufal ni pun satu,time-time macam ni lah dia nak hilang.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now