Chap 56

8.3K 669 85
                                    

   Naufal terus terjun ke arah katil empuk miliknya. Okay bukanlah dia punya pun tapi dalam bilik hotel dia so kira halal jelah eh. Rasa macam hilang punggung bila duduk lama-lama dakam conference room masa perbincangan pasal developement Arista Group yang nak melebarkan sayap dalam bidang pelaburan untuk kapal terbang.

   Telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Masuk kalini dah dekat 10 kali jugaklah berbunyi. Dia intai nama pemanggil di skrin telefon.

   Imonster Ran

   Ni kalau bukan pasal lari dari hostel mesti kes terbang dari hostel. Walaupun sama je maksudnya tapi lain tau. Kalau terbang ni biasanya Ryana solo tapi kalau lari ni kira bergu. Eceh takdelah. Kalau lari tu ada orang ambik Ryana dan biasanya berlaku pada hujung minggu.

   Dengan perasaan malas yang membuak, dia capai telefon lalu di slide ke kanan.

   "Hello maaf ye sila call uber ke grabcar ke sebab angah penatlah Ran. Ok sayang Ran jugak. Bye."

     Dalam satu nafas je dia bercakap lalu panggilan dimatikan. Baru je nak tarik nafas, telefon berdering lagi. Pemanggil yang sama.

   "Hello? Kedai keranda di sini. Nak saiz berapa ye?" jawabnya selamba.

   "Well i dont know. Angah rasa Naito saiz yang mana?"

   "Eh kenapa Naito nak masuk keranda pulak? Kelmarin elok je dia cakap ngan abang." balas Naufal lagi.

   Diam. Naufal pandang skrin telefon. Tak dimatikan lagi tapi kenapa diam? Setelah lama mencerna, barulah neuron-neuron dalam otak Naufal mula berhubung. Hm kurang DHA agaknya ye.

   "Angah kenal Naito ke selama ni?" akhirnya Ryana bersuara.

   "ah? O-oh Naito ke haha angah dengar macam Naruto tadi. Kenapa dengan Naito?" segera Naufal berdalih walauoun gelaknya tadi sungguhlah fake.

   Ryana menghela nafas. "Angah, you know you're not a good liar, right?"

   "Eh dulu ustaz yang ajar angah kata tak elok menipu tau ahaha apalah Ran ni." Naufal berdalih lagi.

   "Tell me. Betul ke dia Naito?" Ryana cuba serkap jarang.

   "Dia who?" kalini Naufal bijak mengatur bicara.

   "Why you didnt tell me earlier, angah?"

   "I cant. I promised him not to tell you anything. Angah pun baru tahu sebenarnya."

   Kedua-dua mereka senyap. Ryana masih lagi berdebat dengan diri sendiri sama ada nak percaya yang Firdaus ialah Naito atau semua ini hanya kebetulan. There's not even a single clue! Manakala Naufal tak tau nak cakap apa.

   "Ran, you still there?" Naufal akhirnya bersuara.

   "yes."

   "Angah tau Ran dah besar. Ran dah matang, boleh fikir mana yang betul mana yang salah. Control your emotions okay? Do not dwell in your past. Dia dah hidup dengan rasa serba salah selama bertahun-tahun,Ran. He—"

   Belum sempat Naufal habiskan ayat, Ryana mematikan panggilan.

   "What on earth were you thinking, man?" Naufal campak handphone nya atas katil.

   Dia tak pasti apa yang Firdaus fikirkan tapi dia tau Firdaus dah fikir masak-masak. They are not kids anymore. Dia meraup muka. Sebenarnya dia lagi risau reaksi Ryana.

( & )

   Ad memulas tombol pintu bilik muzik demgan perlahan. Dia lupa pulak nak bawak balik alat muzik kegemarannya. Yelah nak buat perfomance kan untuk annual dinner, mestilah kena practise sikit.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now