Chap 50

8.6K 640 24
                                    

       Firdaus bangun dari tidur. Tangannya meraba kepala dan kedua-dua belah lengan. Tiada kesan luka. Dia meraup muka.

       Mimpi tu lagi.

      "Aus! Bangun cepat,subuh dah nak habis." Daniel Adly mencampak tuala ke kepala Firdaus.

       Firdaus masih tercegat memikirkan mim-- tak. Serpihan memori tersebut. Kejadian yang meragut nyawa Irfan Najmi. Disebabkan kecuaian diri sendiri,Irfan terkorban.

       Kalaulah dia tak bukak kotak cincin tu. Kalaulah dia tengok kiri kanan masatu. Kalaulah...

       "Astaghfirullahalazim."

       Sebagai seorang muslim,mana boleh menyalahi takdir. Perkataan 'kalaulah' itu sendiri merupakan bisikan syaitan.

       "Nik Adnin Firdaus!" Jeritan Haziq menyentakkan Firdaus dari lamunan.

       Segera dia lompat dari katil dan menuju bilik air dalam hotel. Selesai solat subuh,dia menyarung tshirt ArTech yang berwarna merah dengan tulisan putih.

       "Ingat part masing-masing. Explain nanti biar jelas,function,material bahan gantian." Daniel mengingatkan ahli kumpulan.

       Firdaus capai tag nama lalu digantung dileher. Jam dipakai di tangan kiri. Matanya terpandang sebuah kotak di dalam bagasi. Dia mencapai kotak kecil lalu membukanya. Cincin berwarna hijau jed disarung di jari kelingking.

       "ArTech ready?" Cikgu Haizad menyoal sebaik sahaja semua orang dah ada kat lobi.

       "Ready!!"

# # #

       Ryana keluar dari teksi dengan jambangan bunga di tangan. Dia melangkah masuk ke dalam dewan dengan senyuman. Tak payah susah-susah nak menyelit sebab guru pengiring kalini cikgu baru jadi semestinya tak dapat cam muka dia.

       Dia perhatikan team Arista dari jauh. Sengihannya melebar sebaik sahaja ternampak Firdaus sedang menerangkan kepada para juri dengan penuh profesional dan macam biasalah muka acah pandai dia tu.

       Ketua juri mengangguk tanda faham. Firdaus tersenyum kecil lepas habis bagi penerangan. Sekarang part Haziq pulak untuk terangkan part dia. Firdaus toleh ke arah kanan bila rasa macam ada orang pandang dia.

       Ryana lambai kearah Firdaus sebelum buat thumbs up. Firdaus geleng kepala je sambil cuba untuk sorok senyum.

       Setelah habis penelitian dan pemarkahan,markah diumumkan pada skrin digital. Setelah agak lama menunggu,bendera Malaysia akhirnya kelihatan dengan kiraan markah. Malaysia berada di bawah India dengan perbezaan 2 markah.

       Pasukan robotik dari Malaysia melompat kegembiraan sambil memeluk team mates sendiri. Ada yang hi-5 sesama mereka. Yang tadah tangan bersyukur tu em jap nak kira. Em tak payah kiralah macam sikit sangat je. Mungkin bersyukur dalam hati.

       Firdaus berjalan ke arah Ryana dengan senyuman lebar. Kedua-dua tangannya dijulang ke langit. Ryana juling mata keatas.

       "Tahniah ah Artech." Ujarnya bila Firdaus berdiri dihadapannya.

       Firdaus dengan penuh keacahan menyebak rambutnya kebelakang. Tiba-tiba Ryana rasa macam nak lempang muka dia dengan jambangan bunga ni. Over betul!

       "Bila nak bagi bunga tu?" Soal Firdaus selamba. Tangan kanan dimasukkan dalam poket manakala tangan kiri dah dihulur.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now