Chap 51

10K 753 76
                                    

       45 minit kemudian.

       Adam brofist  dengan team dia lepas habis practise dan semua berpecah mengikut haluan masing-masing. Ada yang nak sambung practise sebab esok takde game tapi Adam dah kehabisan bateri.

       Dia kemas barang-barang dia,baru dia perasan Ryana yang dah terlungkup kat bangku.

       "Hoi bangun. Aku ingatkan kau dah balik tadi." Katanya sambil menggalas beg.

       "Ryana?" Dia sepak bangku bila Ryana tak bagi respon.

       "Hoi kau pengsan ke? Ke tidur? Iman Ryana? Weh tak kelakar do." Dia sepak bangku lagi.

       Handphone dikeluarkan dan nombor Naufal didail. Dia tak yakin Fakeh tahu Ryana ada kat sini jadi baik telefon abang dia terus,kan?

       "Fal,ni Adam."

       "Oh ha Adam. Kenapa?" Soal Naufal.

       "Kau tau tak Ryana kat mana?" Adam tanya balik.

       "Jepun. Kenapa?" Naufal tanya jugak.

       "Thank god. Hm aku nak inform ni. Tadi dia tolong aku practise lepas tu aku belikan coffee and.."

       "Coffee? Jangan kata kau beli latte?" Naufal potong penjelasan Adam.

       "Dia tak mati kan kalau minum latte?" Adam dah cuak.

       "Berapa banyak dia minum?"

       Adam mencari tin minuman Ryana. Tin tersebut diangkat.

       "Separuh? 3/4? Ha lebih kurang." Jawab Adam.

       "Dia tak boleh minum minuman bercaffein sebab nanti dia tidur tak bangun." Balas Naufal.

       "Caffein bukan merangsang otak ke? How.." Otak Adam masih cuba untuk menginterpretasi maklumat baru.

       "Caffein tu ubat tidur dia. Dont ask. My lil sister is a weirdo." Selamba Naufal jawab.

       "Um jadi? Aku nak buat apa ni? Hotel dia 15 minit dari sini kalau naik teksi."

       "Ada player perempuan tak? Mintak tolong dorang tumpangkan Ran dalam bilik dorang dulu boleh tak?" Balas Naufal.

       Panggilan ditamatkan. Adam masukkan tuala Ryana dalam beg dia dan zip lalu digantung di leher Ryana. Dia mencangkung sambil tersenyum senget.

       "Comel betul perangai tertidur kat tengah-tengah alam ni." Ujarnya sebelum meminta tolong 2 orang junior memapah  keluar.

       Mereka tertoleh ke kiri dan ke kanan mencari kalau-kalau ada kereta datang menghampiri. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti dihadapan mereka. Dari pintu pemandu,keluar seorang lelaki Jepun dalam umur 40-an.

       "I am Akahiro Miyuzawa,in charge for taking care of Miss Iman Ryana."

       Adam mengangguk. Lelaki tersebut segera bukakan pintu untuk Ryana. Adam menyuruh kedua-dua orang junior tersebut meletakkan Ryana dalam kereta.

       "Thanks for your concern." Miyuzawa tunduk hormat sebelum masuk ke dalam kereta.

       # # #

       Firdaus membaca kembali teks nya. Bebola matanya bergerak dari kiri ke kanan memeriksa sebarang typo atau ke-tidak jelas-an pada sebarang ayat. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

       "Aus speaking." Ujarnya.

       "..."

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now