Chap 29

12.1K 766 75
                                    


       "Laparnyaa!" Lisa memegang perutnya yang dah berdentam dentum mengalahkan bunyi guruh.

       "Ada ke orang puasa, kenyang?" Balas Elle.

       Ye. Harini hari khamis jadi Exco Rohani mengadakan puasa jamaie ataupun secara ringkas,pelajar islam ArCade dikehendaki berpuasa sunat.

       "Sebab aku tak puasalah aku lapar. Heheh" balas Lisa lagi.

       "Tsk. Aku sumbat pemadam ni kat mulut kau kang."

       Lisa jelir lidah. Elle sengaja lepak dalam bilik Lisa yang dikongsi bersama Ryana dengan Hureen. Hureen menghilang, mungkin menghadiri mesyuarat pengawas petang ni. Ryana pula sedap tidur diatas katil. Siap peluk bolster lagi!

       Lisa dan Elle kemudiannya menyambung semula kerja sekolah mereka. Tapikan, normallah kalau buat kerja petang-petang macamni, nak-nak pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa Vietnam menampar muka memang tak lama lah. Buat kerja Sejarah pulak tu halahh memang terlungkup 2 orang tu syahid atas meja.

   5.30 petang.

       "Hoi busuk! Bangunlah dah pukul 5 dah ni. Dah solat ke belum woii!" Hureen campak bantal kearah ketiga-tiga orang tu.

       Ryana bergolek ke sebelah kanan manakala Elle ubah posisi tidur.

       "WEH API API !! BANGUN CEPATT WOI API!" Hureen menjerit.

       Serta-merta Ryana bangun terus bergolek turun katil dengan bantal peluknya. Elle dan Lisa siap berdiri belakang Ryana lagi.

       "Mana api? Mana? Call bomba!" Ryana turut menjerit. Namun sedikit pelik bila Hureen tenang je berdiri. Mana apinya?

       "Kat neraka jahanam nanti. Dah pergi solat cepatlah!" Balas Hureen.

       Ryana,Elle dan Lisa pandang Hureen macam nak telan. Hureen segera lagi keluar bilik. Cis! Macamni ke kawan?

   6.40 petang.

     5 sekawan itu memasuki Dewan Makan Puteri dengan pinggang ditangan. Jatuh seinci rahang mereka bila tengok orang penuh gila! Kat bahagian main dish tu je dah sampai belakang siap boleh buat formasi huruf L. Kat bahagian dessert hmph lebih kurang je. Bahagian appetizer yang ada kurma dan segelas susu pun haihhh.

       Mereka berpecah. Ryana dan Shone beratur kat bahagian main dish. Hureen dan Elle kat bahagian dessert dan Lisa bahagian appetizer. Rasa macam barisan tak bergerak. Serious.

     5 minit berlalu.

       "Weh asal tak gerak doh?" Ryana menyuarakan ketidak puasan hatinya. Shone angkat bahu. Dia memanjangkan lehernya sambil berjengket untuk tengok apa yang menyebabkan kesesakan. Eceh.

       Ryana buat muka bengang. Dia malas nak keluarkan kuasa veto siap makan kat dalam bilik khas ber aircond  yang dikhaskan untuk tetamu tu. Dia membuang pandang ke arah Dewan Makan Putera. Lenggang weh! Tiba-tiba tanduk kecilnya mula tumbuh.

       "Shone." Dia memanggil Shone untuk mendekatkan telinga kepadanya. Shone lalu menggamit rakan mereka yang lain.

       "Kenapa?" Soal Lisa.

       "Tengok DM Putera. Lenggang je." Balas Ryana.

       "Ha yelah. Dorang kan selalu ambik pukul 7." Jawab Hureen.

       "Dahtu..?" Ryana angkat kening.

       "Dahtu? Dahtu apa?" Hureen tak faham manakal Elle dah buat muka terkejut sebelum mencarik senyum.

       "Gi sana jom."

       "Naisus! But how?" Balas Shone.

       "Purdah!" Elle bagi cadangan.

       "Yes! Kitakan memang pakai jubah sekarang. Tapi kita mana ada purdah ngek!"

       "Geng tudung labuh tu weh! Aku rasa dorang ada kut. Hureen cuba pergi mintakkan. Shone,pergi cari kain hitam lebih yang kat kelas tu. Mia pegang en?" Ryana keluarkan arahan.

       Mereka keluar barisan dan ready kat pintu belakang DM Puteri. Hureen muncul dengan sehelai purdah hitam ditangan.

       "Satu je?!"

       "Dorang tudung labuh ngok bukan geng purdah. Ni pun nasib baik ada akak tu pinjam kan. Cemana ni?" Balas Hureen.

       "Tunggu Shone." Jawab Ryana sambil mata tak lepas memandang DM Putera.

       Shone pun muncul dengan beberapa helai kain hitam. Huih siap digunting lagi tu. Mantaplah Shone!

       "Great. Okay dah pukul berapa dah ni cepat pakai purdah. Gerak pantas!" Ryana ikat tali purdah dengan cepat dan lead jalan ke arah DM Putera. Jubah pun warna gelap je semua ha eloklah tu.

       Sesampainya di DM Putera, Ryana terus serbu kaunter main dish yang berada di depan DM. Terkejut pakcik DM tengok namun dicedokkan jua lauk untuk mereka. Kemudian,mereka menuju ke bahagian dessert pula.

       "Hoi!"

       Terbejat langkah kelima-lima orang gadis itu. Mampus! Mereka memandang ke arah empunya suara. Syed Fakeh dan disebelahnya,Emier Akasyah.

       "Apa korang buat kat sini?"

       Gulp!

       Ryana menikam anak mata Fakeh. Dia mengarahkan kawannya untuk ambik je dessert tu. Emier terpana terpaku terscrewdriver ehh. (Hahah. K tak kelakar.)

       'Ran?' Fakeh miming tanpa suara.

       Ran kelipkan mata tanda mengiyakan beserta dengan anggukan kecil. Kemudian dia meletakkan jari telunjuk di mulut yang obviously ditutup dengan purdah.

       Fakeh keluar dari DM untuk menghalang kemasukan pelajar lelaki yang lain.

       'Aduh,apa lagi lah yang Ryana ni buat.' Fakeh tepuk dahi.

       "Cepat gais cepat." Ujar Ryana.

       "Ok dah. Jom." Balas Shone.

       Serentak mereka berlima berpaling untuk keluar DM tanpa menghiraukan kehadiran Emier yang masih kaku disitu.

       "Nanti!" Emier pegang tangan Ryana yang berlapikkan jubah.

       Ryana memandang tangan Emier. Eih suka hati dia je. Ryana memandang anak mata Emier yang berwarna coklat. Emier mempamer riak terkejut.

       "Ala abang Fakeh DM tak bukak lagi ke?" Satu suara dari luar memecahkan kesunyian.

       "Tadi abang DM tengah nak prepare. Lagi 5 minit kut" jawab Fakeh. Dalam hati berdoa agar Ryana dan geng jubah entah mana tah tu dah beredar.

       Ryana cuak. Rakan-rakannya yang lain dah gelabahm dengar suara dari luar macam ramai. Gila kau kalau kena tangkap dengan ward--

       "Fakeh! Kenapa berdiri kat tengah jalan ni?" Suara Cikgu Amir berkumandang.

       Shit.

       Ryana melepaskan pegangan Emier lalu segera berlalu bersama kawan-kawannya. Fakeh yang baru masuk DM menghela nafas lega. Dia menepuk bahu Emier.

       "Jom ambik makanan lepastu baca Quran kat surau." Katanya.

       "Dude,is that.." Emier blurr.

       "Dah. Jooommmm!" Fakeh seret Emier.

       Duh Ryana. You owe me an explaination.

   {A.N}

  Dengan terpublishnya chapter ini maka dengan ini secara rasminya Blossomaurora mengundur diri dari arena penulisan buat seketika. K tipu je. Lama jugaklah hahah.

  Jadi janganlah berharap sangat untuk chapter 30 selagi belum jejak bulan December okay? Pergi nangis jauh-jauh sana HAHA.

Kk bye nak hiatus ni. Btw,siapa rindu Ad sila komen :
'saya suka aurora'

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now