Chap 25

12.1K 789 44
                                    

      Gate aspura sudah ditutup. Ryana menyepak gate itu sekuat hati. Sakit di hati mengatasi rasa sakit di kaki. Kecik besar sahaja blok aspura itu di matanya. Lagi-lagi bilik MT lelaki. Kalah tak mengenangkan yang dia tu perempuan dan Fakeh tu ketua umum,dah lama dia lompat pagar itu dan terus panjat naik bilik MT.

       "Taknak panjat ke?"

       Entah bila Firdaus ada disebelahnya pun dia tak tahu. Ryana tidak membalas. Kang Firdaus ni pulak penyek kena lipat dengan dia. Jangan main-main bila Ryana marah.

       Ryana berlalu pergi dari depan aspura. Firdaus menghantar pemergian Ryana dengan ekor mata bersama senyuman menawannya. Tergeleng-geleng kepalanya memikirkan perangai Ryana yang tak padan dengan junior. Perempuan pulak tu. Gaya macam taiko kawasan.

       Firdaus mengerling jam di tangan. 6.30 petang. Shoot! Tak mandi lagi ni. Makan malam pun belum ambik. Terus dia ambil jarak sebelum berlari dan melompat pagar aspura sebelum sempat pakcik jaga membuka pintu. Terkejut orang tua tu nampak kelibat hitam lompat pagar. Firdaus sengih. Dia kemudian berlalu ke blok kediamannya.

  
    Keesokan harinya.

      Ryana menyusup masuk ke dalam bilik disiplin. Waktu-waktu macamni biasanya kosong tanpa pengawasan mana-mana pengawas. Waktu pdp kot siapa je nak keluar. Lagi-lagi pengawas. Heh memang tak lah jawabnya.

       Tanpa membazir masa hatta sesaat,dia menghampiri rak yang menempatkan fail merit para pelajar yang biasanya disusun mengikut kelas. Matanya melilau mencari nama kelas.

       Bingo!

       Dengan rakus dia ambil fail itu dan mula menyelak satu per satu nama yang ada. Dari abjad A sehingga I. Baru je dia jumpa nama Iman Ryana,tombol pintu bilik disiplin dipulas. Bagaikan ninja,Ryana segera menyorok di bawah meja komputer yang kedudukannya tersorok dari pintu utama bilik disiplin.

       Berkajang sumpahan dihadiahkan kepada pengawas yang rajin pulak nak masuk bilik disiplin masa gawat macam ni. Dia mengintai dari meja.

       Cis. Nafiz rupanya. Si ketua disiplin yang bajet handsome walaupun ada rupa sikit namun perangai spesies Adam jugak.

       Uh oh code red. Dia menuju ke sini.

      
       'Damn it. Dont come any closer' Ryana terkumat-kamit.

       Nafiz berhenti di hadapan rak tersebut. Jarinya meluncur dari satu fail ke satu fail yang lain.

       "4 Khawarizmi. Mana fail kelas tu eh?" Katanya.

       Bulat mata Ryana mendengarnya. Mampus. Dalam hatinya tak putus berdoa supaya Nafiz cepat sikit berambus dari situ. Doa orang yang dizalimi makbul,kan?

       "Nafiz. Sir Ikhwan nak jumpa." Pengawas mana entah tiba-tiba muncul.

       Nafiz meletakkan kembali fail tersebut dan berlalu keluar. Ryana menarik nafas lega. Dia scan kad meritnya. Great. Firdaus is right. Markah meritnya dah bertambah dari negatif 12 ke positif 90 hek hek.

       Dia kembali mengepilkan kad meritnya bersama kad merit rakan sekelasnya yang lain. Fail diletakkan kembali. Tips menjadi stalker berjaya ; jangan tinggalkan apa-apa bukti di tempat kejadian.

       And now,mission accomplish!

(&)

       "Apa?"

       "So he did that on purpose?'

       "Apa do masalah dia tu? Dendam kesumat betul Adam dengan kau."

       Elle,Lisa dan Hureen buat muka tak percaya mendengar cerita Ryana.

       "Yepp. Aku tak tahu apa masalah dia. Memang sengaja nak buli aku ke apa? Kalau aku buat laporan tentang salah guna kuasa,boleh terus kena lucut jawatan tu." Balas Ryana.

       "Entah-entah.."

       Tiga pasang mata tertumpu pada Lisa.

       "Adam suka kau kot weh."

       Ryana terus baling bantal peluknya tepat ke muka Lisa. Ada ke patut keluarkan kenyataan tak berasa di waktu-waktu macamni?

       "Pale kau. Tak rasional langsung. Punyalah menyampah dia dengan aku sampai sanggup me'negatif'kan merit aku. Tetiba suka aku? Apehal do."

       Lisa angkat bahu. "Boleh je jadi." Katanya sambil membetulkan rambutnya yang tak kemas.

       Ryana juling mata keatas. Mintak dijauhkan lah benda merepek macamtu. Huh!

       "Oh yea. Pasal Ad tu cemana?" Elle membangkitkan isu.

       "Ad? Kenapa dengan dia?" Ryana tanya Elle balik.

       "Takde cerita baru ke?"

       "Oh. Aku tak jumpa dia lagilah. Lagipun sekarang ni tengah sibuk nak revision. Kadang-kadang kalau aku pergi pun dia takde." Balas Ryana.

       "Tapi kan,Ad tu apa nama penuh dia eh?" Hureen menyoal.

      Ryana angkat bahu. Tak pernah terlintas dalam fikiran dia pun untuk tahu lebih lanjut siapa Ad tu.

      "Adi? Adli?" Elle meneka.

       "Siapa kat ArCad ni nama dia Adi or Adli?" Hureen mempersoal.

       "Adnan? Adnin? Adlan?" Lisa menyuara pandangan.

       "Adam?" Giliran Hureen mencadang.

       "Siapa lagi kat sekolah namanya Adam?" Tanya Ryana.

       "Adam Fayyad!" Ketiga-ketiga suara bergabung.

       "Hell no!"

       Pecah ketawa ketiga-tiga budak bertuah tu. Anti gila si Ryana dengan Adam. Jangan nanti dapat kad kahwin engkorang berdua sudahlah.

       Tiba-tiba pintu bilik Ryana dikuak. Shone yang baru habis kelas tambahan menjegul kepala.

       "Cari Adam kan? Dia ada kat court depan blok Charlie."

       Ryana terus capai jumper biru nya dan bergegas menuju ke arah court badminton. Ada benda yang perlu diselesaikan sebab tulah dia inform dekat geng dia untuk report keberadaan Adam.

       Sesampainya di sana,dilihat court pada petang itu lengang. Mungkin baru lepas hujan dan semua orang lebih suka menikmati secawan coklat panas dan roti bakar dewan makan ataupun sedang berbungkus dalam selimut macam lil' cheezy wrap KFC tu.

       Matanya meliar mencari kelibat Adam. Matanya menangkap susuk tubuh tegap yang memakai baju Melayu hijau lumut beserta kain pelikat dan kopiah di kepala yang nampak sungguh Allahu ahli sorga sedang duduk membelakanginya.

       Terus Ryana meluru ke arah lelaki tersebut yang dipercayai Adam. Langkahnya berhenti di hadapan Adam. Ryana memeluk tubuh.

       "Adam Fayyad we need to talk."

       Adam angkat muka memandang pemilik suara tegas gaya orang nak berkawad tu.

       Pelukan di tubuh Ryana terlerai. Lidahnya kelu melihat wajah Adam yang suci murni bagai tiada dosa. Muka tegang Ryana yang menyimpan amarah terus kendur diganti dengan muka penuh simpati tahap Bersamamu raya.

       "Adam kau.. Kau nangis ke?"

      
     

    

 

    

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now