Chap 72

5.3K 539 65
                                    

  3 tahun kemudian.

   Ryana merebahkan badan ke atas katil empuknya. Kepala ditoleh ke kiri, memandang laptop yang menyala memaparkan panggilannya yang belum terjawab.

   "mana ni, kalau ikut Pacific Time Zone sekarang petang." dia membebel seorang diri sambil mengiring menghadap laptop.

   Tak lama kemudian muncul wajah seseorang yang ditunggu-tunggu.

   "Hureen!"

   "Ryana!!"

   "weh kenapa kau makin tembam ni hahaha"

   Bukan nak sapa dengan kata-kata rindu, terus kutukan dia bagi. Bertuah punya Ryana!

   "kurang asam kau." terus Hureen tutup kamera laptopnya.

   "alah Hureen hahah aku gurau jela alolo. Kau ni dah lama tak jumpa pun takkan lah nak merajuk lagi?" Ryana pujuk sambil lewa.

   "kau tu ha dah lama tak jumpa pun tak reti pujuk aku betul-betul ke?" Hureen buat muka annoyed sebaik sahaja tangan dialih dari kamera.

   Ryana mencebik. Tiba-tiba senyum ditarik sampai kening.

   "eleh kau kalau aku tak pujuk pun kau masih ada cik abang sayang kau tu kan? Untunglah merajuk ada orang nak pujuk." Ryana sorok senyum nakal.

   Pipi Hureen dah mula bertukar warna. Kalau skrin laptop ni boleh tembus rasanya dah lama dia suku kepala Ryana.

   Ketawa Ryana meletus bila terkenangkan Hureen punya cik abang sayang.  Rasanya kalau boleh jumpa depan-depan mau dia gelak 3 hari 3 malam.

   "kau memang dah taknak jejak Malaysia dah ke?" cepat-cepat Hureen tukar topik.

   "ish kau ni. Mestilah balik cuma taktau bila. Raya haritu masa aku balik kau takde pulak. Lisa dengan Shone je sambut aku."

   "aku ada midterm lah masatu. Raya pun dekat sini je tau." balas Hureen.

   "oh family kau datang raya sana eh?"

   "haah"

   "mak ayah kau ada lah?" Ryana mengetap bibir menahan senyum.

   "haah" jawab Hureen tanpa syak wasangka.

   "adik-adik kau pun?"

   "haah"

   "cik abang sayang kau pun?"

   "haah" lepas je jawapan tu keluar dari mulut dia, terus bulat mata dia.

   Ryana bantai gelak.

   "EII AKU BENCI KAU DO RYANAAA"

   Hureen hempas hempas plushie unicorn nya atas katil sebelum tutup muka sendiri.

   "alah kau ni hahah lek ah. Malu-malu anjing pulak. Bukan aku tak kenal."

   "sebab kau kenal lah lagi aku malu." jawab Hureen dengan muka masih ditutup.

   Ryana menggeleng kepala.

   "Adam, Adam. Sampai sekarang aku rasa macam.. macam novel sangat. Kau curi diari dia, dia marah kau. Alololo"

   Hureen tarik nafas. Mula dah fasa menganjing si Ryana ni.

   "3 tahun dah kau ungkit benda ni Iman Ryanaaaaa tak penat ke ha."

   Ryana hanya mampu tayang sengih. Seronok tengok member bahagia.

   "eh pembetulan. Aku tak curi ok aku nak pulangkan kat dia je. Dia yang over" mata dijuling ke atas.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now